Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Tanaman Syurga

Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir, سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ (Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar). (Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Albani)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertemu dengannya. Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang sedang engkau tanam ?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?" Tanaman itu ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar). Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga. (HR At Tirmidzi)

*

Jaga Solat

Nabi bersabda, Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung." (HR Imam al-Tirmidzi)

Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)

Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang yang mendirikan solat”.

Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, sesiapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah)

*

Pengertian khusyuk dalam solat

*

Doa elak risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek, beban hutang


Allah humma innii a’uu zubika minal hammi wal hazan, wa a’uu zubika minal ’ajzi wal kasasl,wa a’uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a’uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (HR Abu Dawud)

*

Bahaya Tidak Mahu Bayar Hutang

Dari Abdillah bin Abu Qatadah, dari Abu Qutadah , bahwasannyad ia telah mendengar dia menceritakan tentang Rasulullah , bahwasannya beliau telah berdiri di antara para shahabat kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Iman kepada Allah itu adalah amal-amal yang paling utama.” Maka berdirilah salah seorang shahabat kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa- dosa saya terhapus?” kemudian Rasulullah menjawab: “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah sedangkan engkau sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak mundur.” Kemudian Rasulullah berkata: “Bagaimana tadi apa yang engkau katakan?” Ia bertanya: “Bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya akan terhapus? Maka Rasulullah menjawab: “Ya, kecuali hutang (tidakakan terhapus), kerana sesungguhnya Jibril mengatakan demikian kepadaku.” (HR Muslim).

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR. Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)

Al Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah menjelaskan bahwa hak-hak yang terkaitan dengan manusia mesti diselesaikan sesama manusia. (Ikmalul Mu’allim, 6/155. Al Syarh Shahih Muslim, 6/362)

Imam Al Munawi Rahimahullah mengatakan: Maksud hutang di sini adalah semua hak sesama manusia samada berupa darah, harta, dan kehormatan. Hal itu tidak diampuni dengan mati syahid.

Hutang di atas adalah hutang yang dilakukan oleh orang yang tidak berniat untuk melunasinya, padahal dia mampu.

Ada pun bagi yang berniat melunasinya, tetapi ajal menjemputnya, atau orang yang tidak ada harta untuk membayarnya, dan dia juga berniat melunasinya, maka itu dimaafkan bahkan Allah Ta’ala yang akan membayarnya.

Al Qadhi ‘Iyadh mengatakan: Hal ini berlaku bagi orang yang memiliki sesuatu (mampu) untuk melunasi hutangnya. (Al Ikmal, 6/155).

Berkata Imam As Syaukani Rahimahullah: Ini terikat pada siapa saja yang memiliki harta yang dapat melunasi hutangnya. Ada pun orang yang tidak memiliki harta dan dia bertekad melunaskannya, maka telah ada beberapa hadits yang menunjukkan bahwa Allah Ta’ala akan menolong melunaskan untuknya. (Nailul Authar, 4/23)

Juga dikatakan oleh Imam Ash Shan’ani Rahimahullah: Yang demikian itu bagi siapa saja yang berhutang namun dia tidak berniat untuk melunasinya. (Subulus Salam, 3/51)

Ini juga dikatakan Imam Al Munawi: Perbincangan tentang ini berlaku pada siapa saja yang ingkar terhadap hutangnya. Ada pun bagi orang yang berhutang dengan cara yang dibenarkan dan dia tidak melanggar perjanjinya, maka dia tidaklah terhalang dari syurga. (Faidhul Qadir, 6/ 559)


Ringkasan :

1. Orang yang ada hutang tidak akan dapat masuk syurga.

2. Jangan ada niat untuk TIDAK MAHU BAYAR hutang.



Sumber: http://subhanallahu.multiply.com/journal/item/117/Co-Pas_Wafat_Dalam_Keadaan_Berhutang_Bagaimana_Nasibnya



Link pilihan:

Dosa berhutang tidak diampunkan Allah


*

Hukum minum berdiri

Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:

Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang minum sambil berdiri" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri" beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.

Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuhkan (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata: "aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri" hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka.

Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata: "Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang (berdiri)"

Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri.

Wallah-hu-a'lam (Allah lebih mengetahui)


Sumber: http://pcmansurah.forumotion.com/t322-hukum-makan-minum-berdiri

*

Beri SALAM dan baca BISMILLAH bila masuk rumah.


Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)

*

Jangan makan dan minum macam syaitan


Nabi bersabda, "Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya" [HR. Muslim]

*

Kasih Bapa


Suatu ketika Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu dan beberapa orang sahabat melihat seorang perempuan mendukung seorang lelaki tua. Lalu beliau bertanya kepada perempuan itu, “apakah perihalnya kamu ini?” Perempuan itu menjawab, “yang aku dukung ini adalah ayahku. Dia sudah tua (nyanyuk) dan mahu bermain denganku” Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu teruja dengan kejadian itu lalu berkata, “wahai sahabat, lihatlah perempuan ini. Beliau telah menunaikan hak bapanya ke atas dirinya” Perempuan itu membalas, “tidak ya Amir al-Mu’minin. Aku belum menunaikan hak bapaku ke atas diriku. Semasa dia menjaga ku ketika aku kecil, dia mendoakan panjang umurku. Tetapi semasa aku menjaganya ketika dia tua. Aku tertanya-tanya bilakah orang tua ini akan mati!”
(di petik dari http://saifulislam.com/4108)

Sesungguhnya kamu jika berbakti kepada kedua ibu bapamu tidak akan dapat menandingi kehebatan kasih sayang mereka pada kamu. Kasih sayang yang mereka limpahan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Sedangkan kamu berbakti kepada mereka dan mengharapkan balasan, samada ganjaran di dunia atau akhirat dan tidak kurang juga yang menanti-nanti kematian mereka.

*
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rezeki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim dengan kerabat.” (HR Imam Ahmad)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibu-bapanya yang tua salah seorang atau kedua-duanya, dan tidak dapat memasuki syurga.” (HR Muslim)

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap ibu dan bapa kamu dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, “Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka telah mengasihi aku pada waktu aku kecil” (al-Isra’ ayat 24)

*

Hukum bercakap semasa khutbah Jumaat

Dari Abu Hurairah ra., Nabi berkata, "Jika kamu berkata kepada sahabat kamu "Diam", semasa Imam sedang berkhutbah pada hari Jumaat, maka kamu telah berkata yang lagha (berkata perkara yang sia-sia)" [HR al-Bukhari #892, Muslim 851].

Nabi s.a.w.: "Jika kamu berkata kepada kawanmu, diam pada hari Jumaat dan khatib sedang membaca khutbah, maka tiada pahala Jumaat baginya." (Nailul Authar, dari Abu Hurairah).

Menurut mazhab imam l-Syafi’I, hukumnya MAKRUH berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Manakala tiga imam yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali) mengatakan HARAM berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah.

Berkata-kata ketika imam sedang berkhutbah menyebabkan TIDAK MENDAPAT PAHALA tetapi solat Jumaat tetap sah.

Dibenarkan berkata-kata dalam beberapa keadaan iaitu kerana mahu memberi amaran kepada si buta daripada terjatuh ke dalam telaga, mengerjakan solat tahiyatul masjid, mengucap `yarhamukallah’ kepada orang yang bersin apabia dia memuji Allah, menjawab salam dan membaca selawat apabila mendengar selawat.

Meng"amin"kan do'a Imam ketika khutbah kedua pada hari Jumaat tidaklah tergolong kepada perkataan yang sia-sia, ia dibenarkan, cuma dengan kadar suara yang perlahan. Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh, "Sesungguhnya apa yang syara'kan adalah agar seseorang itu adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339].



Link pilihan:

Solat Jumaat

Kelebihan Hari Jumaat

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat



*

Solat tahiyatul masjid

Solat Tahiyatul Masjid adalah solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lain, hanya niatnya untuk tahiyatul masjid.

Dilakukan untuk menghormati masjid.

Dilakukan apabila mula masuk ke dalam masjid, sebelum duduk.

Niat Solat Tahiyatul Masjid: “Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala".

Nabi bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat. (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Bacaan Tambahan -> Hukum berkaitan Solat Tahiyatul Masjid


*

Siksa neraka yang paling ringan

Daripada Nu'man Bin Basyir r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya. ( HR Bukhari & Muslim )

Mata yang tidak disentuh neraka


Rasulullah saw bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis kerana merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam jihad di jalan Allah.” (HR. Tirmidzi)

*

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat

Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.

Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).

Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)

Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)

Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).




Link pilihan:

Kelebihan Hari Jumaat



*

Perkahwinan

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa ALLAH ciptakan untuk kamu (kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu perasaan mawaddah (kasih sayang) dan rahmah (belas kasihan). (al-Rum, ayat 21)


Dari Anas ra : “Beberapa sahabat pernah mendatangi rumah istri-istri Nabi saw untuk menanyakan tentang ibadah baginda. Ketika mereka diberitahu, mereka dapati ibadah mereka itu sedikit. Mereka bertanya, ‘Dimana kedudukan kami di sisi Nabi saw, mengingat beliau telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang?’ Salah seorang di antara mereka berkata, ‘Saya akan melaksanakan solat malam dan tidak akan tidur.’ Yang lain berkata, ‘Saya akan berpuasa terus dan tidak akan berbuka.’ Dan yang lainnya berkata, ‘Saya akan menjauhi kaum wanita dan tidak akan berkawin selamanya.’ Kemudian datanglah Rasulullah saw dan bersabda, ‘Kaliankah yang mengatakan begini dan begitu itu? Demi Allah, sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah daripada kalian, dan paling bertakwa kepada Allah daripada kalian. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku melakukan solat malam dan aku tidur, dan aku berkahwin. Oleh itu, sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, maka ia bukan termasuk golonganku." (HR Muslim)

Klik -> Falsafah Perkahwinan dalam Islam

Klik -> Mawaddah Warrahmah

*

Wasiat Nabi saw kepada Mu’az bin Jabal

Mu’az bin Jabal ra menceritakan bahawa suatu hari Rasulullah saw memegang tangannya seraya mengucapkan, “Hai Mu’az, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu. Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu.” Lalu beliau bersabda, “Aku wasiatkan kepadamu hai Mu’az, jangan kamu tinggalkan bacaan setiap kali di akhir solat hendaknya kamu berdoa, ‘Allahumma a’in ni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatMu, bersyukur kepadaMu, dan beribadah dengan baik kepadaMu).” (HR Abu Daud)

*

Kelebihan Bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)


Tambahan:
KEUNGGULAN ISLAM - Kesahihan fadhilat amalan di bulan Rejab

*

Puasa di bulan Rejab

Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.

3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.

4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.

5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih.

6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).

Sumber: http://www.yussamir.com

*
Tambahan :

1 - Minda Madani Online : Berpuasa di Bulan Rejab

2 - Nasbun Nurain : Bulan Rejab menurut perspektif al-quran dan as-sunnah


*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...