Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Kelebihan Hari Jumaat

*

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR Muslim).

Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya hari Juma‘at adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jum‘at itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jum‘at juga akan terjadinya hari Kiamat”. (HR Ibnu Majah)

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (HR Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah).

Rasulullah bersabda maksudnya : “Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya”. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar.” (HR Abu Daud)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR At-Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan, semuanya adalah penghapus dosa-dosa di antara kedua-duanya selagi mana dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim)



Link pilihan:

Solat Jumaat

Hukum bercakap semasa imam khutbah Jumaat

Hukum puasa sunat pada hari Jumaat

Fitnah Kubur



*

14 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum n salam jumaat...
Maafkan sy wahai pemunya blog.. Izinkan sy share apa2 info2 berguna di blog ini ye...

Lenggang Kangkung said...

silakan..

Mengharap RedhaMu said...

as'salam...ya ukhti....kasi pinjam hadis2 ya... membuat pelengkap bagi yang kekurangan... :)

dieyz said...

Salam, mohon Share ya..

Anonymous said...

salam, ,mohan share ya..

mychaci said...

salam.Terimakasih tuan rumah kerana memberi peluang saya berkongsi maklumat ini dengan tuan.Izinkan saya memaparkan pada blog saya ktg2u.blogspot.com

Mohd Mustaqim said...

assalamualaikum.. mohon share ye.

Anonymous said...

jika meninggal dunia di hari jumaat dan dikebumikan pada hari sabtu kerana kesuntukan waktu dan cuaca tak mengizinkan, apakah ini juga dikira bebas dari fitnah kubur? maaf saya ini jahil dan mahukan penjelasan. terima kasih.

Anonymous said...

Assalammualaikum n salam jumaat...
Maafkan sy wahai pemunya blog.. Izinkan sy share apa2 info2 berguna di blog ini ye..nak berkongsi ilmu

Syeera said...

mintak izin share kelebihan hari jumaat nie ye..:).terima kasih..:))

wan salmah said...

salam,
izinkan saya copy dan menggunakan bahan2 di sini ya..terima kasih..

Fared@mamat said...

mohon share info2 dalam blog ini yer....

khoirul huda said...

maaf saya copy dari sini gak apa2 kan , bukanya saya mau mempublikasikan tp mau sya sa agar tidak lupa

Anonymous said...

Alhamdulillah... saya minta izin untuk berkongsi maklumat saudara kepada saudara-saudara Islam Muslimin dan Muslimat. Semoga Allah SWT memberi Rahmat kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa di jalan-Nya.. Inshaallah..

Post a Comment

Popular Posts