Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Puasa di bulan Rejab

*


Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam dan berpuasa di bulan-bulan Haram adalah sunat.

Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.

3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.

4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.

5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih.

6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).

Sumber: http://www.yussamir.com



Tambahan :

1 - Kelebihan Bulan Rejab

1 - Minda Madani Online : Berpuasa di Bulan Rejab

2 - Nasbun Nurain : Bulan Rejab menurut perspektif al-quran dan as-sunnah


*

8 comments:

fRaMe+LenSeS said...

dah nak masuk rejab.. sat ja.. ntah kita akan ada lagi ka tak untuk ramadhan nt. T.T

Azree said...

Alhamdulillah...

Hanya beberapa hari sahaja lagi Bulan rejab bakal menjelma,

Moga kita semua bersedia menyambutnya..

Kakzakie said...

Kadang-kadang lupa bulan berapa dah tapi Isnin/Khamis menjadi kebiasaan puasa sunat.

Miss Tembikai Bulat said...

sekarang dah selalu orang ingat bulan januari smpai disember je (termasuk diri sndri), haihhh, kena selalu ingat bulan2 islam ni :)

Anonymous said...

adakah btul bulan rejab itu bulan Allah??

Lina Lina said...

http://www.linafadzlina92.blogspot.com/

Lenggang Kangkung said...

Al-Iman Ibnu Jauzi mengatakan hadis ini.. "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku" adalah maudhu' (palsu) dan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. (Al-Maudhuuat, jilid 2, m/s 206)

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.

Sila baca juga link di bawah :

JAWAPAN TERHADAP KEMUSKILAN FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB

JAWAPAN TERHADAP KEMUSKILAN FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB .
oleh Ikhram Almukminun pada pada 05hb Jun 2011 pukul 7.00 ptg
JAWAPAN TERHADAP KEMUSKILAN FADHILAT BERPUASA DI BULAN REJAB AL MUHARRAM DAN KELEBIHAN REJAB .

Disusun oleh : Tuan Guru Abd. Raof Al Bahanjee, Al A’liyy.

Pondok Jalan Padang Ragut. Seri Repah . Tampin . Negeri Sembilan.

Malaysia.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Berkenaan mengenai puasa sunat di bulan Rajab , terdapat segelintir manusia yang mengembar gemburkan larangan berpuasa di bulan Rajab atau cuba menggambarkan tidak ada langsung dalil berpuasa dan beribadat dibulan Rajab dan tidak ada kelebihan bulan Rejab berbanding bulan-bulan selainnya ataupun sekurang-kurangnya cuba mengwas-waskan orang ramai terhadap keutamaan bulan Rajab dengan beralasankan hadis- hadis yang mengisahkan fadilat puasa di bulan Rajab adalah dhaif dan maudhu’. Maka mereka melarang atau sekurang- kurangnya menimbulkan perasaan tidak senang dan cinta untuk berpuasa dan beribadat di bulan Rajab dengan alasan yang tersebut sebenarnya adalah suatu kejahilan yang timbul daripada diri mereka sendiri ataupun akibat dari penyakit was-was yang tebal terhadap autoriti keilmuan para ulama yang muktabarah.

Ini boleh kita lihat kenyataannya daripada jawapan seorang ulama` yang Muhaqqiq Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau juzu yang kedua, mukasurat 3, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

Al Allamah Ibnu Hajar ini hidup dikurun ke9 hijrah, kira-kira 4 ratus tahun dahulu. Maka , persoalan ini sebenarnya telah dijawab terlebih dahulu kira-kira 4 ratus tahun dulu lagi. Tiba-tiba hari ini datang seorang hamba Allah yang mendakwa dirinya mempunyai Ilmu yang dipelajari melebihi tahap masa 3 tahun , cuba membongkar semula masalah ini , atas alasan Maudhu dan Dhaif hadisnya. Maka tak sunat puasa di bulan Rejab?. Apakah maksud sebenar beliau ini ?, Kalau sekadar untuk memaklumkan maudhu dan dhaif hadisnya sahaja tidaklah menjadi masalah. Tetapi kalau sampai membatalkan hukum sunat berpuasa di bulan Rajab dan melarang orang ramai mendapatkan kelebihan bulan Rajab , maka sudah termasuk kategori melakukan suatu yang bercanggah dengan kepentingan awam Muslimin. Sebenarnya bukan orang ramai yang dilarang mendapatkan fadilat berpuasa dibulan Rajab, beliaulah yang sepatutnya ditegah daripada menyebar –luas fahaman songsang tersebut.


sila sambung baca di link di bawah (copy address dan paste pada browser anda)


http://almukminun.blogspot.com/2011/06/jawapan-terhadap-kesmusykilan-fadhilat.html

Post a Comment

Popular Posts