Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Kelebihan Bulan Rejab

*

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)



Link Pilihan:

Puasa di bulan Rejab

Hadis palsu kelebihan bulan Rejab

Kesahihan fadhilat amalan di bulan Rejab


*

16 comments:

Kakzakie said...

Apa yg nyata walau apa jua amalan dilakukan tetap ada ganjarannya.

Mohd Yusuf said...

nice info...

Khairul said...

Alhamdulillah, semoga kita dapat ambil manfaat dan menambahkan amalan melalui puasa sunat.

nordalily said...

syukran :)

syue zamri said...

mudah-mudah semua dapat pedoman dari hadis supaya tidak berlaku pergaduhan dan permusuhan dalam bulan rejab ini...

siti said...

rebutlah tawaran ganjaran akhirat itu selagi mampu..barakahnya di dunia lagi terasa..

azam ani said...

assalam mualaikum.. nak copy entry ni ble?..
saya akan link dgn blog ni

Anonymous said...

asalkan ikhlas bribadat

mama2win said...

MOHON SHARE... TQ SIS

Mdsaf Kyo said...

Niatkan amalan ikhlas kerana Allah SWT, semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada org yg beramal...

E.M.0.Y said...

assalamualaikum.. mohon share.. =)

Anonymous said...

moga moga tiadalah pertelingkahan antara pas dan umno.

Anonymous said...

kembalilah kepada AlQuran dan hadis. Pasti tiada pertelingkahan pas umno. yang haq katakan haq dan bathil katakan bathil.Misal arak dan judi haram tetaplah haramnya.Misal wanita menutup aurat wajib , wajiblah hukumnya.Renungkanlah.

SUHANA SHUKOR said...

Assalamualaikum..mohon share ye..tq

cik.ieyqa said...

mohon share :)shukran

barut bayi said...

boleh puasa tiap hari khamis n jumaat kira syukur ALHAMDULILLAH. beramal mengikut kemampuan kita...

Post a Comment

Popular Posts