Di dalam mahzab Syafie, hukum berpuasa sunat pada hari Jumaat tanpa disertakan puasa sunat pada hari Khamis atau tidak disertakan puasa sunat pada hari Sabtu adalah makruh.Dari Muhammad bin Abbad bin Ja’far, “Aku pernah bertanya kepada Jabir: Adakah Nabi melarang berpuasa sunat pada hari Jumaat ? Jabir menjawab: Ya." (HR Muslim).
Dari Juwairiah, “Bahawa Rasulullah SAW masuk kepada saya pada hari Jumaat sedang saya berpuasa. Maka sabdanya: “Adakah engkau sudah berpuasa kelmarin? Saya menjawab: Tidak. Sabdanya: Adakah engkau akan berpuasa esok? Saya menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Hendaklah engkau berbuka.” (HR Bukhari)
Nabi bersabda, “Hari Jumaat itu adalah hari Eid (hari raya), maka janganlah jadikan Eid kamu itu sebagai hari kamu berpuasa, kecuali kamu berpuasa sebelumnya atau sesudahnya.” (HR Ahmad)
Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu berpuasa pada Jumaat, kecuali bersama satu hari sebelumnya atau satu hari sesudahnya". (HR Muslim).
Link pilihan:
Kelebihan Hari Jumaat
*







9 comments:
syukran :)...
hari tu 1 rejab jatuh pada hari jumaat, dan ramai di kalangan kawan2 ofis sy berpuasa
apa pula hukumnya ye, maaf atas soalan yg jahil ini
kalau puasa satu hari sahaja tanpa puasa hari khamis atau sabtu, hukumnya makruh.
trime kasih... =)
Assalamualaikum,
sesuai sangat tajuk ni dengan saya, memang ada terfikir nak berpuasa hari ini, semalam .. dan saya pernahh juga terbaca tentang perlunya puasa sebelum atas selepas hari JUmaat kalau nak juga berpuasa hari ni. Cuma nakkan kepastian.. Terima kasih atas pengisian hari ini.. :)
salam.. nak tanya..
kalau puasa ganti/qada' hari jumaat pula mcmana ya?
perlukah berpuasa hr khamis atau hr sbtu juga?
sbb puasa ganti kan puasa wajib..
boleh bagi penjelasan? terima kasih
Assalamualaikum ..
saya ada soalan nak tnye ..
kalau mcm bulan Rejab dan Syaaban pula mcm mana
ye ?
kalau puasa selain isnin dan jumaat pada rejab dan syaaban pula bagaimana ?
terima kasih berkongsi.. baru jumpa hadis. selalu dengar orang kata ja. maceh sangat.. :)
salam..nk tanya sikit..
apa hukum kalau kita cakap kita tak berpuasa kpd seseorang?? padahal kita sedang berpuasa pada ketika itu..
adakah batal puasa itu?
mohon penerangan....
terima kasih..
Post a Comment