Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Khusyuk dalam solat

Menurut Imam ibnu al-Qayyim dalam bukunya, Madarij as-salikin, khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah, apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat adalah sunat hukumnya.

Bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal. Solatnya tetap sah cuma dia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.

Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya." (HR. Abu Dawud)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda: ”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR Bukhari)



Link pilihan:

Kepentingan khusyuk dalam solat

Kisah khusyuk dalam solat

Solatlah dengan tenang




*

3 comments:

||rararara|| said...

susah na khusyuk ni, byk sgt setan-setan :(

Erin said...

macam mana yek nak khusyuk dalam solat nih?

UglyPooh said...

ustazah masa skolah ckp kena tahu maksud bacaan. means hafal mksud surah2 yg slalu kita baca, duduk antara dua sujud, ruku', sujud,tahiyyat, qunut dll. ada sorang muallaf pun mengaku dia hanya boleh khusyu' solat lepas memahami maksud apa yg dibaca. dan bila khusyu' katanya nikmat solat tu sgt terasa, tk dpt diungkapkan ngn kata2. hati sgt tenang.

insyaallah. sama2 cari mksud bacaan solat. ingat skit2, lama2 ingat smua.:-)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...