Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Jaga Solat

Nabi bersabda, Sesungguhnya amalan pertama yang akan dihisab bagi seseorang hamba di hari kiamat ialah SOLAT, jikalau solatnya baik maka dia termasuk orang yang bahagia lagi beruntung dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung." (HR Imam al-Tirmidzi)

Nabi bersabda: “Sesiapa yang memeliharanya solat, maka dia akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan di hari kiamat. Dan bagi mereka yang tidak menjaga solat, maka dia tidak akan memperolehi cahaya, bukti keterangan dan kebebasan, sedang di hari kiamat dia akan bersama Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubai bin Khalf.” (HR Imam Ahmad)

Ayat 42 & 43 di dalam surah Al-Muddaththir, مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ. قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Maksudnya: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka Saqar? Mereka menjawab, “Kami dahulu bukan daripada golongan orang yang mendirikan solat”.

Abu Qatadah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah berfirman, 'Hai Muhammad! Aku telah mewajibkan lima kali solat sehari semalam bagi umatmu. Aku telah berjanji dengan diriKu, sesiapa mengerjakan solatnya pada waktunya, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga. Umatmu yang tidak menjaga solatnya tidak termasuk dalam perjanjian ini". (Riwayat Abi Daud dan Ibnu Majah)

*

Pengertian khusyuk dalam solat

*

7 comments:

ZWAN SABRI said...

Hurmm, solat zwan x berapa nak cukup slalu.. harap sangat suapaya zwan akan rajin solat n solat sentiasa cukup tiap2 hari.. ;)

MySuaraBlog: Aku Dah Boleh Mengundi.. ;)

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam,puan/saudari,meminta pandangan/nasihat dari wanita berkaitan artikel yang di tulis di blog saya,silalah berkongsi bersamadi blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada puan/saudari.

Hidayatullah said...

Doa untuk semua tuan

k ayi said...

bagaimana caranya sholat yang khusu.....?

NAbila said...

aku akan selalu cube lebh kerap solat.,sbb slalu tinggal.,haih apw nak jadi.

Arina Shamsul said...

Assalammualaikum,nak minta izin,nak share artikel ni di facebook.boleh?

zie said...

Bolehkah q tanya apa solat bisa syah kalaw badan kita ada tinta yg menempel sperti tato misal kan !!!

Post a Comment

Popular Posts