Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Jangan Tidak Mahu Bayar Hutang

*

Dari Abdillah bin Abu Qatadah, dari Abu Qutadah , bahwasannyad ia telah mendengar dia menceritakan tentang Rasulullah , bahwasannya beliau telah berdiri di antara para shahabat kemudian menyebutkan, “Sesungguhnya Jihad fi Sabilillah dan Iman kepada Allah itu adalah amal-amal yang paling utama.” Maka berdirilah salah seorang shahabat kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua dosa- dosa saya terhapus?” kemudian Rasulullah menjawab: “Ya, jika engkau terbunuh fi sabilillah sedangkan engkau sabar, semata-mata mencari pahala, maju terus, tidak mundur.” Kemudian Rasulullah berkata: “Bagaimana tadi apa yang engkau katakan?” Ia bertanya: “Bagaimana pendapatmu jika saya terbunuh fi sabilillah, apakah semua kesalahan saya akan terhapus? Maka Rasulullah menjawab: “Ya, kecuali hutang (tidakakan terhapus), kerana sesungguhnya Jibril mengatakan demikian kepadaku.” (HR Muslim).

“Jiwa seorang mukmin tergantung kerana hutangnya, sampai hutang itu dilunaskannya.” (HR. At Tirmidzi)

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Orang yang mati syahid diampuni semua dosanya kecuali hutangnya.” (HR. Muslim)

"Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)

Al Qadhi ‘Iyadh Rahimahullah menjelaskan bahwa hak-hak yang terkaitan dengan manusia mesti diselesaikan sesama manusia. (Ikmalul Mu’allim, 6/155. Al Syarh Shahih Muslim, 6/362)

Imam Al Munawi Rahimahullah mengatakan: Maksud hutang di sini adalah semua hak sesama manusia samada berupa darah, harta, dan kehormatan. Hal itu tidak diampuni dengan mati syahid.

Hutang di atas adalah hutang yang dilakukan oleh orang yang tidak berniat untuk melunasinya, padahal dia mampu.

Ada pun bagi yang berniat melunasinya, tetapi ajal menjemputnya, atau orang yang tidak ada harta untuk membayarnya, dan dia juga berniat melunasinya, maka itu dimaafkan bahkan Allah Ta’ala yang akan membayarnya.

Al Qadhi ‘Iyadh mengatakan: Hal ini berlaku bagi orang yang memiliki sesuatu (mampu) untuk melunasi hutangnya. (Al Ikmal, 6/155).

Berkata Imam As Syaukani Rahimahullah: Ini terikat pada siapa saja yang memiliki harta yang dapat melunasi hutangnya. Ada pun orang yang tidak memiliki harta dan dia bertekad melunaskannya, maka telah ada beberapa hadits yang menunjukkan bahwa Allah Ta’ala akan menolong melunaskan untuknya. (Nailul Authar, 4/23)

Juga dikatakan oleh Imam Ash Shan’ani Rahimahullah: Yang demikian itu bagi siapa saja yang berhutang namun dia tidak berniat untuk melunasinya. (Subulus Salam, 3/51)

Ini juga dikatakan Imam Al Munawi: Perbincangan tentang ini berlaku pada siapa saja yang ingkar terhadap hutangnya. Ada pun bagi orang yang berhutang dengan cara yang dibenarkan dan dia tidak melanggar perjanjinya, maka dia tidaklah terhalang dari syurga. (Faidhul Qadir, 6/ 559)


Ringkasan: Orang yang ada hutang tetapi sengaja berniat untuk TIDAK MAHU BAYAR hutang tersebut, ancamannya ialah terhalang dari masuk syurga.




Sumber: http://subhanallahu.multiply.com/journal/item/117/Co-Pas_Wafat_Dalam_Keadaan_Berhutang_Bagaimana_Nasibnya




Artikel pilihan:

Jangan Tangguh Bayar Hutang


*

16 ulasan:

  1. Saya seorang bukan Muslim yang telah menolong seorang pelanggan untuk membayar cukai jalan keretanya. Sudah tiga tahun dan dia masih belum membayar saya walaupun saya telah memberitahunya berkali-kali. Dia asyik berjanji akan membayar hutangnya pada 'hari Khamis'. Kalau saya memberikan ayat-ayat al-Quran dari blog ini sebagai pedoman, adakah dia akan melunaskan hutangnya dengan saya? Atau sebaliknya? Walaupun kepada orang lain, RM81.36 itu tidak banyak, tetapi ianya masih duit yang mempunyai nilai.

    BalasPadam
  2. Tigrrr, cuba printkan posting ini dan poskan kepada dia. Saya harap dia akan sedar dan membayar hutang tersebut.

    BalasPadam
  3. Saya cuma ada no handphone dia. Saya pasti kalau saya bagi link kpdnya, terus tidak dihiraukan. Sebab itulah saya cuma boleh SMSkan ayat-ayat sahaja...Terima kasih kerana membalas soalan saya.

    BalasPadam
  4. Salam,tuan,kalau tuan ada pengalaman yang menarik di india,sila berkongsi dengan saya di blog saya...semoga Allah melimpahi keberkatan pada tuan.

    BalasPadam
  5. Salam..saya cuma ingin bertanya...Andaikata Siti mempunyai hutang dengan seseorang individu A sebagai contoh hutang tersebut sebanyak 500ribu, tiba-tiba perniagaan yang dijalankan tidak menjadi.. Individu A telah merampas semua projek sedia ada dengan nilai ratusan ribu yang mana Siti turut melaburkan duitnya pada projek tersebut dan individu A menuntut hutang lebih dari 500ribu contohnya sehingga mencecah jutaan ringgit dengan alasan dia perlu menanggung kerugian...Sedangkan semasa berurusan individu A menyatakan semua duit adalah miliknya...Pada masa yang sama meminta semua pihak yang individu A berhutang untuk menuntut hutang dari Siti...Siti memang mempunyai niat untuk melunaskan hutang sebanyak 500ribu tersebut...Adakah Siti berdosa sekiranya tidak dapat menjelaskan hutang tersebut dengan keadaan semua pejabat telah dihancurkan dan nama sudah dibusukkan pada semua pihak...Individu A merupakan seorang yang berpengaruh dan boleh melakukan apa saja yang dia hajati...

    BalasPadam
  6. Saya mempunyai pengalaman yang hampir sama denganPuan/Cik Siti. Cuma bezanya ia didalangi oleh ahli keluarga sendiri yang iri hati tapi tidak diketahui oleh rakan niaga saya. Banyakkan bersabar dan berserah pada Allah. Yang mana mampu untuk dibayar, bayarlah.

    BalasPadam
  7. bagaimana jika seseorang itu telah menghalalkan hutangnya? adakah saya perlu bayar?

    BalasPadam
  8. bagaimana pula jika saya mahu membayar hutang, tetapi pemberi hutang tidak mahu menerimanya atas dasar kawan? adakah hutang saya tidak perlu dibayar langsung? mohon penjelasan

    BalasPadam
  9. jika seseorang itu telah menghalalkan hutangnya? maka perlu bayar hutang tersebut.

    jika pemberi hutang tidak mahu menerimanya atas dasar kawan, maka hutang tersebut tidak perlu dibayar.

    BalasPadam
  10. Hutang negara sapo kno bayar ya ustaz???

    BalasPadam
  11. Salam. Sy ingin brtnya A hutang kpd B, tp melambatkan byr hutg sdgkn dia mmpu bli brg kprluannya sndri tnpa fikir B yg ingin mggunakan duit. Bila ditanya, dikata mengungkit. Bila tak ditanya, A pn trus snyap tnpa mnjelaskan apa2 tntg duit yg dihutangnya. Dsbbkn dia melwatkan hutang sdgkn mmpu, B pun halalkn sj hutang itu. Adakh A msih akn mnglami kesusahan hidup ke atas dirinya ats perbuatannya itu?

    BalasPadam
  12. macam nk selesaikan hutang orang kafir yg mati...sedangkn sya x thu nk bgi dekat siapa??

    BalasPadam
  13. Minta izin c&p terima kasih (mohd suykriy)

    BalasPadam
  14. ada orang hutang dengan saya banyak..dah 10 tahun x bayar..... Kawen boleh pulak buat kat resort...

    BalasPadam

Popular Posts