Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Tanaman Syurga

Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir, سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ (Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar). (Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Albani)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bertemu dengannya. Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang sedang engkau tanam ?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?" Tanaman itu ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar). Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga. (HR At Tirmidzi)

*

9 comments:

fRaMe+LenSeS said...

terima kasih berkongsi. :)

cik ah said...

alangkah indahnya jika kalimah2 ini yg sentiasa meniti dibibir remaja kita.....tp sayangnya,muzik barat jua diagungkn...

ZWAN SABRI said...

Thanks for sharing.. ;)

MySuaraBlog: Solat Elak Mati Pucuk

fuad ansari said...

nice sharing.. kalaulah manusia itu dapat melihat hakikat syurga, rasanya mau jugak masing2 sibuk dgn amal agama je.. (",)

faten suhaida said...

allahu akbar!
nikmat zikrullah..

Anonymous said...

izin ambil ..http://majuonlinecom.blogspot.com/

majuonline said...

isin ambil

B Suria Sari said...

minta izin share

Anonymous said...

insaallah sama-samalah kita mengamalkannya...moga-moga allah terima amalan kita sebagai saham diakhirat. Amin

Post a Comment

Popular Posts