"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Bid'ah Hasanah

*

Penjelasan Tentang Bid'ah.

Dalam pengertian syari’at, bid’ah adalah:
اَلْمُحْدَثُ الَّذِيْ لَمْ يَنُصَّ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ وَلاَ جَاءَ فِيْ السُّـنَّةِ.
“Sesuatu yang baru yang tidak terdapat penyebutannya secara tertulis, baik di dalam al-Qur’an mau pun dalam hadits”. (Sharih al-Bayan, j. 1, h. 278)

Seorang ulama bahasa terkemuka, Abu Bakar Ibn al-‘Arabi menuliskan sebagai berikut:
لَيْسَتْ البِدْعَةُ وَالْمُحْدَثُ مَذْمُوْمَيْنِ لِلَفْظِ بِدْعَةٍ وَمُحْدَثٍ وَلاَ مَعْنَيَيْهِمَا، وَإِنَّمَا يُذَمُّ مِنَ البِدْعَةِ مَا يُخَالِفُ السُّـنَّةَ، وَيُذَمُّ مِنَ الْمُحْدَثَاتِ مَا دَعَا إِلَى الضَّلاَلَةِ.
“Perkara yang baru (Bid’ah atau Muhdats) tidak pasti tercela hanya kerana secara bahasa disebut Bid’ah atau Muhdats, atau dalam pengertian keduanya. Melainkan Bid’ah yang tercela itu adalah perkara baru yang menyalahi sunnah, dan Muhdats yang tercela itu adalah perkara baru yang mengajak kepada kesesatan”.
*
Imam Asy Syafie mengatakan : Bid'ah itu dua jenis: "Bid'ah yang dipuji (hasanah) dan bid'ah yang dikeji (dholalah / sesat). Apa yang selari dengan Sunnah itu maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya maka ia dikeji. (Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim (Lihat Fath al Bari 17/10)

Dalam riwayat lain, Imam Asy Syafie mengatakan : "Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis: (pertama) perkara baharu yang bercanggah dengan al Quran atau Sunnah atau athar sahabat atau ijma', maka inilah Bid'ah Dholalah (sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid'ah yang bukan keji (hasanah)" (Muhaddathah ghairu mazmumah) (Riwayat al Baihaqi dengan sanad yang sahih di dalam kitabnya Manaqib Syafi'e (lihat Fath Al Bari 17/10)
*
Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada bulan Ramadan, jawab beliau: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah melebihi 11 rakaat samada dalam bulan Ramadan atau pun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Al-Imam Jalaluddin al-Mahalli telah berkata di dalam kitab “al-Mahalli”, juzuk 1, halaman 217: Maksudnya: "Dan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan dalam Syarah al-Muhazzab, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi sembahyang [tarawih] pada zaman `Umar bin al-Khattab radiyallahu`anhu sebanyak 20 rakaat".

Khalifah Umar bin Al Khottob radhiyallahu ‘anhu ketika menganjurkan solat tarawih secara berjama’ah di masjid , beliau berkata,
الْبِدْعَةُ هَذِهِ
“Sebaik-baik bid’ah adalah ini”. [HR. Bukhari no. 2010]


Nabi tidak pernah solat malam melebihi 11 rakaat. Tiba-tiba ada sahabat pada zaman Khalifah Umar buat solat Tarawih 20 rakaat berjamaah di masjid. Sahabat tersebut jelas telah melakukan perkara BID'AH. Mustahil Khalifah Umar tak faham tentang bid'ah. Kenapa Khalifah Umar TIDAK MELARANG dan mengatakan mereka sesat ? Kenapa ?

Perbuatan sahabat tersebut jelas adalah bid'ah kerana mereka buat apa yang Nabi dan Khalifah tidak buat, tetapi ia bid'ah hasanah(terpuji & tidak sesat), Khalifah Umar tidak melarang sahabat tersebut dan tidak mengatakan mereka sesat kerana ia bid'ah hasanah.

Sebenarnya yang tidak mengikuti Khulafa arRasyidin itu orang yang MENOLAK bid’ah hasanah. Khulafa arRasyidin sendiri melakukan dan tidak melarang bid’ah hasanah. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita mengikuti Khulafaur Rasyidin. Sementara Khulafaur Rasyidin melakukan bid’ah hasanah. Bererti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita melakukan bid’ah hasanah. Dengan demikian kami yang berpendapat dengan adanya bid’ah hasanah itu sebenarnya mengikuti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan Khulafaur Rasyidin.

Wallahu A'lam.




*

Link pilihan:

Pengertian Bid'ah

Dalil Bid'ah Hasanah

Hakikat Bid'ah Hasanah

Di bahagian mana Imam Asy Syafie mengucapkan pembahagian bid'ah ?

Bid'ah hasanah dan bidah lughatan

Adakah semua bid'ah adalah sesat ? 

Kullu Bid`atin - Ust. Luthfi

Segera Menyedari Kesalahan Dalam Memahami Bid’ah

Contoh-contoh bid'ah yang diamalkan para sahabat

Dapat Hadiah Emas 

Bid'ah bukan hukum - Video

Bid'ah Hasanah Dan Bid'ah Dholalah - Video
  
https://assunnahfahamku.wordpress.com/2011/12/28/penjelasan-ulama-masyhur-tentang-bidah

https://generasisalaf.wordpress.com/2013/04/08/bidah-hasanah-dalam-pandangan-imam-syafii

http://www.aswj-rg.com/2013/12/kritikan-ilmiah-terhadap-buku-drmaza-bidaah-hasanah-istilah-yang-disalah-fahami-bab-1.html


*

11 ulasan:

  1. Ada perbedaan pendapat tentang masalah bid'ah ini. Masing-masing mengemukakan argumentasinya. Tentu kita berharap semua yang berseberangan pendapat tetap akur dan saling menghormati. Dunia yang damai dan sejuk harapan semua umat manusia di bumi ini. Salam cemerlang.

    BalasPadam

  2. TERtib

    “Dari Muadz ibn Jabal ra bahwa Nabi Saw ketika mengutusnya ke Yaman, Nabi bertanya: “Bagaimana kamu jika dihadapkan permasalahan hukum? Ia berkata: “Saya berhukum dengan kitab Allah”. Nabi berkata: “Jika tidak terdapat dalam kitab Allah” ?, ia berkata: “Saya berhukum dengan sunnah Rasulullah Saw”. Nabi berkata: “Jika tidak terdapat dalam sunnah Rasul Saw” ? ia berkata: “Saya akan berijtihad dan tidak berlebih (dalam ijtihad)”. Maka Rasul Saw memukul ke dada Muadz dan berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah sepakat dengan utusannya (Muadz) dengan apa yang diredhai Rasulullah Saw”

    Hal yang demikian dilakukan pula oleh Abu Bakar ra apabila terjadi kepada dirinya perselisihan, pertama ia merujuk kepada kitab Allah, jika ia temui hukumnya maka ia berhukum padanya. Jika tidak ditemui dalam kitab Allah dan ia mengetahui masalah itu dari Rasulullah Saw,, ia pun berhukum dengan sunnah Rasul. Jika ia ragu mendapati dalam sunnah Rasul Saw, ia kumpulkan para shahabat dan ia lakukan musyawarah. Kemudian ia sepakat dengan pendapat mereka lalu ia berhukum memutus permasalahan.

    Berdasarkan keterangan di atas itu
    bagaimanakah pendapat kalian yang mengada adakan, BIDAAH

    Sekiranya kalian FAHAM, tentu tiada Bidaah
    kata Muaz - “Saya akan berijtihad dan tidak berlebih (dalam ijtihad)”

    Ijtihad yang di sepakati, sebagaimana kelakuan Abu Bakar di atas, bukanlah bidaah, sebaliknya menurut TERTIB dalam berhukum

    Semoga kalian nampak dan dapat berfikir, agar memudahkan pemahaman kalian, bidaah tak boleh ujud, subhanallah

    kena ingat
    Barangsiapa yang tidak mahu kepada sunnah Rasulullah, bukanlah ia dari golongan baginda

    subhanallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bg ArRasikhunafilmi semmgnya tiada masalah memahamkan kaedah yg ijtihad dan amalan yg baik baik itu bukan bid'ah, tp bg org awam yg tidak mendlm ilmunyalah dikategorikan bid'ah itu kpd yg hasanah dan dholalah, bg memudahkan pemahaman, sbgmn juga dgn penafsiran dan pentakwilan ayat ayat mutashabihat.

      Padam
  3. Wahabiyah, bijak yg tak boleh diikut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada perkara yg disuruh maka laksanakanlah, ada perkara yg dilarang maka jauhilah, ada perkara yg didiamkan bukan kerana Tuhan lupa tapi sebagai Rahmat kpd kita.
      Sesetengah yg didiamkan itu lebih cenderung kpd kebaikan, sesetengahnya pula cenderung kpd yg buruk, tp masih termasuk perkara yg didiamkan maka terpulang kpd kita mana nak dibuat mana nak ditinggalkan. Jangan sampai kita pula mendahului Allah swt dan Rasullullah saw mengharam atau mewajibkan sesuatu yg didiamkan Allah swt.
      Ada banyak perkara yg tidak dilakukan oleh Nabi saw dan Sahabat sahabatnya r.anhum. dahulu yg kita lakukan hari ini, banyak antaranya yg cenderung kpd kebaikan, satu contohnya belajar membaca Al Quran menggunakan muqaddam, adakah perkara perkara sedemikian salah dan dholalah sesat yg boleh menyebabkan dimasukkan ke Neraka ? Bermudah mudah menuduh sesat golongan tak sependapat dan menganggap diri sendiri sahaja yg alim dan memahami agama adalah contoh keegoan berlebihan yg boleh menjebak kpd keangkuhan yg merupakan satu ciri kekufuran, na'uzubillah ! Inilah yg berlaku kpd golongan Khawarij dan inilah juga yg terjadi kpd Iblis laknatullah, hinggakan Keputusan Allah swt pun dianggap salah kerana memuliakan Nabi Adam a.s. melebihi dirinya.

      Padam
    2. Sikap Rasullullah saw terhdp Sahabat yg melakukan amalan yg tidak Baginda saw contohkan ; diselidiki apakah benar dilakukan, apa yg dilakukan dan mengapa dilakukan. Sebhgn digalakkan, sesetgh didiamkan, dan yg tidak sesuai dgn syariat atau fitrah ditegah, dan bukan melulu dituduh bid'ah dholalah sesat sbgmn golongan yg berfikrah wahabi, ego konon semata mata mengikut Sunnah tp akhlaknya jauh dr Sunnah.

      Padam
  4. Ijtihad alim ulama' mujtahid bukanlah bid'ah dholalah. amalan baik dan bnyk manfaatnya yg tidak dicontohkan oleh Rasullullah saw secara khusus tp tiada nas larangan Al Quran dan Hadis juga bukanlah bid'ah dholalah yg sesat dan ke neraka. Jgn sembarangan menuduh sesat mrk yg tak sealiran dan tak sependapat dgn kita.

    BalasPadam
  5. Antara bid'ah (hasanah) umat Nabi Isa a.s. yg tidak dicela, disebut dlm Al Quran ;
    "..., dan 'rahbaniyah", mrklah yg mengada ngadakannya, Kami tidak mewajibkannya ke atas mrk, (mrk melakukannya) kerana mencari keredan Allah (swt), lalu mrk tidak memeliharanya dgn pemeliharaan yg sepatutnya. Mk Kami berikan kpd org org yg beriman diantara mrk pahalanya, dan kbnykn dr mrk org org yg fasik." 57:27.

    BalasPadam
  6. Umat Nusantara sebelum kedatangan Islam biasa mengadakan upacara upacara persembahan tertentu bila hendak melakukan perkara perkara yg besar atau menghadapi peristiwa peristiwa yg besar dlm kehidupan. Begitu juga bila mendpt kejayaan kejayaan atau nikmat nikmat tertentu. Ianya dilakukan utk minta perlindungan dan gangguan dr makhluk makhluk yg jahat, atau sbg tanda syukur dan gembira dgn nikmat yg dikecapi.
    Adalah satu kebijaksanaan pd pendakwah pendakwah Islam Nusantara silam bila upacara upacara berkenaan ditukar kpd Yasinan, Tahlilan, zikrullah dan doa kpd Allah swt mohon ampunan, perlindungan, keselamatan, kejayaan dan kesyukuran atas nikmat yg diterima.

    Kemunculan pendokong pendokong wahabi dgn doktrin membid'ah sesatkan semua amalan amalan yg tidak berlaku pd zaman Rasullullah saw menimbulkan kekeliruan msykt, menimbulkan perpecahan dan permusuhan, sangka buruk sesama Islam, memperkecil memperlekeh amalan sesama Islam, bahkan hingga mengkhurafat syirikkan dan mengkafirkan golongan yg tak sependapat. Segala sifat 'utul, jawwaz dan mustakbir terhimpun dlm diri golongan sebegini, menganggap benar sendiri, alim sendiri, yg tak sealiran semuanya jahil dan sesat. Mudah mudahan Allah swt membuka hati kita semua utk dpt melihat Kebenaran seterusnya membibing kita di atas jalanNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ciri utama aliran atau ajaran sesat ; pemimpin yg ego dan angkuh, dgn pengikut yg taksub.

      Padam
  7. "Setiap anak Adam berdosa."
    Adakah para Nabi dan Rasul juga berdosa ?

    "Adalah manusia itu zalim lg jahil."
    Adakah para Nabi dan Rasul juga zalim lg jahil ?

    "Setiap bid'ah itu sesat."
    Adakah semua bid'ah itu sesat ?

    Tafsiran secara literal mudah semata mata semmgnya mengelirukan.
    Kerana itu bg kebnykn kita yg tidak mendalam ilmu, lbh selamat taklid kpd ulama' ulama' terdahulu yg menjadi ikutan majoriti umat sepnjg zaman.

    BalasPadam

Popular Posts