Rob banaa aatinaa mil ladungka rahmatau
wa hai yik lana min amrinaa ra shadaa
*
Moga ada Manfaat
Daripada Rif'ah bin Rafi' al Zaraqiyyi radiyaLlahu 'anhu, katanya : Suatu hari kami telah solat bersama-sama Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam. Ketika mengangkat kepala dari RUKU', baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam lantas menyebut : سمع الله لمن حمده .. Tiba-tiba seorang lelaki di belakangnya (ketika bangkit daripada ruku') menyebut : ربنا ولك الحمد حمدا كثيرا طيبا مبارك فيه . (setelah selesai solat), RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam lalu berpaling ke belakang sambil bertanya : "Siapakah di antara kamu yang menyebutkan perkataan tadi ketika solat ? " Jawab lelaki tersebut : "Saya". RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam lantas bersabda : "Aku telah melihat lebih daripada tiga puluh orang para malaikat berebut-rebut untuk menjadi orang yang paling awal menulis ucapan tadi.(Sahih Bukhari Hadis nombor 799, Jilid 2/331-332. Sunan Abi Daud. Hadis no : 770, Jilid 1/204. Sunan an Nasa'i, Jilid 2/196. Al Muwattha', Jilid 1/211-212. Musnad Imam Ahmad, Jilid 4/340. )
Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu, katanya : "Sesungguhnya ada seorang lelaki datang. Lalu dia pun memasuki saf dalam keadaan sesak nafas. Maka (tiba-tiba selepas bangkit dari ruku') dia telah menyebutkan :AlHafiz Imam Ibnu Hajar al asqolany (Fathul Bari - Jilid 3/188) ketika mengulas hadith di atas membuat kesimpulan bahawa : HARUS mencipta atau menokok tambah lafaz-lafaz zikir yang tidak pernah diriwayatkan di dalam hadith-hadith sahih, dengan syarat ianya tidak bercanggah dengan lafaz-lafaz zikir yang diriwayatkan.
الحمد لله حمدا كثيرا طيبا مباركا فيه
Selepas selesai menunaikan solat, Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam lantas bertanya :"Siapakah di antara kamu yang menuturkan beberapa kalimat tertentu di dalam solat tadi ? Semua sahabat senyap tidak menjawab. Lantas RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam mengulangi soalan tadi :"Siapakah di antara kamu yang menuturkan beberapa kalimah tertentu di dalam solat tadi ? Sesungguhnya ucapannya itu, tidak mengandungi mudharat ! Tiba-tiba ada seorang lelaki menjawab : "Tadi ketika sampai, saya telah sesak nafas, lalu saya pun menyebutkan kalimah-kalimah tersebut (secara spontan). Rasulullah pun menjelaskan dengan bersabda : "Sesungguhnya aku telah melihat dua belas orang malaikat berebut-rebut (untuk menjadi orang yang paling awal) mencatatkannya dan (seterusnya) mengangkatnya ke langit. (Sohih Muslim, Jilid 1/419)