"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Tawakkal

*

“Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung-burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)

Pada zaman Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya tanpa diikat. Ketika ditanya, mengapa tidak diikat, dia menjawab, "Saya bertawakkal kepada Allah". Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Ikatlah dahulu unta itu, kemudian baru bertawakkal kepada Allah.” (HR. Tirmidzi).

Tawakal bererti berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi atau menunggu hasil suatu pekerjaan atau menanti akibat dari suatu keadaan setelah berusaha keras dalam berikhtiar dan bekerja sesuai dengan kemampuan.

Imam al-Ghazali merumuskan definisi tawakkal sebagai berikut, "Tawakkal ialah menyandarkan kepada Allah ketika menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.

Tawakkal adalah perkara yang tidak boleh dilihat tapi cuma boleh dirasai melalui jiwa, hati dan minda. Tawakkal merupakan hasil dari keyakinannya yang bulat kepada Allah, meyakini hanya Allah yang menguasai dan mengatur alam semesta ini. Keyakinan inilah yang mendorongnya untuk menyerahkan segala persoalannya kepada Allah. Hatinya tenang dan tenteram serta tidak ada rasa cemas kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Wallahu a'lam.

*

Popular Posts