Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Gopoh

*
Mengikut Imam al-Ghazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu.

Gopoh atau terburu buru atau tergesa gesa adalah sifat yang tidak baik. 

Daripada Sahl Bin Sa’ad, Rasulullah saw. bersabda.,“Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” (HR Tirmizi)

Rasulullah saw. bersabda, “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” (HR Muslim)

Moga ada manfaat.






Link pilihan:

Bersikap Tenang, Jangan Tergesa-gesa

Mencari Ketenangan

Isti'jal - Gopoh dalam perjuangan



*

4 comments:

Popular Posts