*
Kisah Abi Al-Wafa’ menyedarkan seorang yang was-was.
Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali tetapi aku masih was-was atau ragu, adakah mandi wajib aku sah atau tidak ? Bagaimana pendapat tuan syeikh dalam perkara ini? Lalu syeikh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib solat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syeikh: Kerana Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia sedar dan kanak-kanak sehingga dia baligh”. Orang yang menyelam di dalam air beberapa kali tetapi dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.
Was-was atau keraguan adalah berpunca dari hasutan syaitan.
Firman Allah SWT : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian manusia, yang menguasai sekelian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". (An-Nas : 1-6)
Antara usaha untuk mengatasi was-was ialah membaca isti'azah (memohon perlindungan kepada Allah) agar dilindungi dari hasutan syaitan. Di antara isti'azah yang biasa ialah ta'awwuz iaitu lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).
Wallahu 'alam.
Link pilihan:
Isti'azah
Doa Sebelum Solat
*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
* Sabda Nabi SAW.: Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka ? Para sahabat menjawab, Ya. Baginda bersabda, 'utul (suka be...
-
* Berkata Ali radhiyallahu'anhu: Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam melarang aku memakai cincin pada jari ini dan ini. Belia...
-
* Allah Ta’ala menyediakan sebuah telaga khas kepada Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yang terletak di padang Mahsyar pada h...
-
* Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Alla...
-
* Daripada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, bahawa baginda berkata, "Apa yang ...
-
* Gerhana bulan separa dijangka akan berlaku pada malam ini dan dapat dilihat di Malaysia mulai jam 2 pagi 26 April 2013. Firman Allah, ...
-
* Kita mestilah mempunyai perasaan belas kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan. Daripada Abdullah bin Amr r.a., Nabi SAW bersabda...
-
* Ali bin Abi Talib ra. menceritakan bahawa Fatimah ra. (isterinya, juga puteri Rasulullah) sering merasa sakit tangan dan keletihan ke...
-
* Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali...












Like ! ^^
ReplyDeletesyukran ^_^
ReplyDeleteAssalamualaikum..Terima kasih sharing..
ReplyDelete| Collagen Powder | Set Kecantikan/Kesuburan | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Set Penyusuan 3M |
Visit Me : | Kembara Anak Timur |