"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Punca kesesatan akidah Salafi Wahabi

 





PUNCA KESESATAN AKIDAH FAHAMAN SALAFI WAHABI adalah 'ISBAT/TETAPKAN MAKNA ZAHIR KEPADA AYAT SIFAT YANG MUTASYABIHAT'.

Nas adalah ayat Quran dan Hadis. 

Nas (ayat Quran dan Hadis) ada yang MUHKAMAT (jelas) dan ada yang MUTASYABIHAT (sulit/samar).

Ayat Mutasyabihat adalah Nas (ayat Quran dan Hadis) yang MUTASYABIHAT.

Ayat sifat adalah Nas (ayat Quran dan Hadis) yang berkaitan dengan sifat Allah.

Ayat sifat ada yang muhkamat (seperti wujud, sama', basar dll) dan ada yang mutasyabihat (seperti istawa, yad, nuzul dll).

Salaf ialah nama zaman merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad hingga 300 HIJRAH. 3 kurun pertama itu 3 Abad pertama (0-300 H).

Kaedah Salaf menangani Ayat Sifat :

1. Isbat Makna - Ditetapkan makna (maksud) dengan makna zahir dari sudut bahasa.

2. Tafwid Makna - Tidak Takwil, Tidak dimaknakan,  Serah makna sebenar kepada Allah. 

3. Takwil Makna - Memalingkan sesuatu lafaz daripada makna zahir dari sudut bahasa. Memberi makna lain selain dari makna zahir.

Kaedah menangani Ayat Sifat yang MUHKAMAT:

Salaf amal Isbat/tetapkan Makna.

Salafi Wahabi amal Isbat/tetapkan Makna.

Kaedah menangani Ayat Sifat yang MUTASYABIHAT:

KEBANYAKAN Salaf amal Tafwid/Serah Makna.

SEBAHAGIAN Salaf amal Takwil Makna.

Salaf TIDAK amal Isbat/tetapkan Makna.

Salafi Wahabi amal Isbat/tetapkan Makna.

Salafi Wahabi amal Isbat/tetapkan MAKNA ZAHIR kepada Ayat Mutasyabihat kerana mereka beranggapan SEMUA ayat sifat adalah MUHKAMAT.

Salaf BERPALING atau MENGELAK daripada Isbat/tetapkan MAKNA ZAHIR kepada ayat MUTASYABIHAT kerana mereka MAKLUM MAKNA ZAHIR (MENGETAHUI MAKNA ZAHIR)  itu TIDAK  LAYAK UNTUK ALLAH KERANA AKAN TASYBIH (menyifatkan Allah dengan sifat makhluk) atau TAJSIM (menjisimkan Allah).

Salafi Wahabi amal Isbat/tetapkan MAKNA ZAHIR kepada ayat MUTASYABIHAT maka terjebaklah kepada TASYBIH dan TAJSIM.

SALAFI WAHABI TERSESAT AKIDAH angkara TIDAK MENGIKUTI CARA SALAF BERAMAL DENGAN AYAT MUTASYABIHAT.

Salaf berpegang pada ZAHIR ayat mutasyabihat. Beriman dengan ayat Quran dan Hadis.

Salaf TIDAK berpegang kepada 'MAKNA ZAHIR' ayat mutasyabihat.

Salafi Wahabi berpegang kepada 'MAKNA ZAHIR' ayat mutasyabihat.

SALAFI WAHABI - ISBAT/TETAPKAN MAKNA AYAT MUTASYABIHAT.

SALAF - TIDAK ISBAT/TETAPKAN MAKNA AYAT MUTASYABIHAT.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa: "Realitinya, bagi sesiapa yang membaca karangan para ulama' SALAF berkenaan ayat-ayat MUTASYABIHAT, maka dia akan dapati bahawa, KEBANYAKAN daripada mereka MENINGGALKAN USAHA untuk mendalami MAKNA ayat-ayat mutasyabihat tersebut, TIDAK BERSUSAH PAYAH UNTUK MENTAFSIRKANNYA DENGAN SEBARANG UNGKAPAN. Perkara ini jelas bahkan, hampir kepada tahap muttafaqun alaih (disepakati oleh para ulama').." (Fusulun fil Aqidah ms. 40-41).

Imam Ibn Qudamah meriwayatkan  perkataan Imam Ahmad bin Hanbal r.a. yang berkata:

نؤمن بها ونصدق بها لا كيف ولا معنى،

Maksudnya: “Kita beriman dengannya (ayat nuzul dan sebagainya) dan membenarkannya tanpa kaif dan TANPA DIMAKNAKAN…” [Lam’atul I’tiqad m/s _

*

Surah Ali 'Imran ayat 7 -

هُوَ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتٰبَ مِنْهُ اٰيٰتٌ مُّحْكَمٰتٌ هُنَّ اُمُّ الْكِتٰبِ وَاُخَرُ مُتَشٰبِهٰتٌ ۗ 

Dialah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Qur'an) kepadamu (Muhammad). Di dalamnya terdapat ayat MUHKAMAT, itulah umul Kitab dan satu lagi ayat MUTASYABIHAT.

Imam Al-Razi mengatakan :

الذي يطابق ظاهره دلائل العقول فيكون محكما، وأما الذي يخالف ظاهره دلائل العقول فيكون متشابها

"MAKNA ZAHIR ayat  yang bertepatan dengan dalil-dalil akal ialah Muhkamat, adapun MAKNA ZAHIR ayat yang menyelisihi dalil-dalil akal maka ia Mutasyabihat." 

(Tafsir Al-razi - Mafatih Al-ghaib-, ketika menafsirkan ayat 7 Al-imran) 

Dari Aisyah rodiallahuanha:

قَالَتْ قَالَ : رَسُوْلِ اللّه صَلَى اللّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وصَحْبِه وَسَلَمْ ,إِذَاَ رَأَيْتُمْ الَذِيْنَ يَتْبَعُوْنَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ, يعْنِيْ القُرْآنَ فَأُوْلَئِكا الَذِيْنَ سَمّى اللّٰه فاحذروهم.

Rasulullah salllahuaiahiwasallam bersabda, “Jika kamu menyaksikan orang-orang yang mengikut (MAKNA ZAHIR) ayat mutasyabihat, mereka inilah yang disebutkan oleh Allah (SESAT, dalam surah Al Imran ayat 7), maka waspadalah terhadap mereka”. (H.R Bukhari 4547 & Muslim 2665)

Al Imam Ahmad ar-Rifa'i (W. 578 H) dalam kitab al Burhan al Mu-ayyad berkata:

وقال الإمام أحمد الرفاعي المتوفى سنة 578 هـ : "صونوا عقائدكم من التمسك بظاهر ما تشابه من الكتاب والسنة فإن ذلك من أصول الكفر"<

"Jagalah aqidah kamu sekalian dari berpegang kepada MAKNA ZAHIR ayat al Qur'an dan hadits Nabi Muhammad shallallahu 'alayhi wasallam yang MUTASYABIHAT sebab hal ini merupakan salah satu pangkal kekufuran".

Wallahu a'lam.

.

Popular Posts