"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Salaf Takwil

 






SALAF TAKWIL


Kaedah Salaf menangani Ayat Sifat :


1. Isbat Makna - Ditetapkan makna (maksud) dengan makna zahir dari sudut bahasa.


2. Tafwid Makna - Tidak Takwil, Tidak dimaknakan,  Serah makna sebenar kepada Allah. 


3. Takwil Makna - Memalingkan sesuatu lafaz daripada makna zahir dari sudut bahasa. Memberi makna lain selain dari makna zahir.


*

Salaf amal ISBAT MAKNA kepada ayat MUHKAMAT.


Salaf TIDAK amal ISBAT MAKNA kepada ayat MUTASYABIHAT.


KEBANYAKAN Salaf amal TAFWID MAKNA kepada ayat MUTASYABIHAT.


SEBAHAGIAN Salaf amal TAKWIL MAKNA kepada ayat MUTASYABIHAT.

*

Dalil berkaitan TAKWIL: 


Rasulullah mendoakan Ibnu Abbas dengan doa: 

 اللّهُمّ عَلّمْهُ الدّينَ وَفَقّهْهُ فَي التّأوِيْلِ

 “Ya Allah alimkanlah dia ilmu agama dan faqih dalam ilmu TAKWIL”. (H.R Ibnu Majah)


RIwayat Ibnu al-Mundziri:


عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ :(وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيْلَهُ اِلاَّ اللهُ وَ الرَّاسِخُوْنَ فِى الْعِلْمِ) قَالَ: اَنَـامِمَّنْ يَعْلَمُوْنَ تَـأْوِيْـلَهُ.(رواه ابن المنذر)


"Dari Ibnu Abbas tentang firman Allah (Ali 'imran: 7) : 'Dan tidak mengetahui takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya'. Berkata Ibnu Abbas: "Saya adalah di antara orang yang mengetahui takwilnya".


*

Tersebut dalam kitab Tafsir Bughawi:


Dan sungguh telah engkau tahu bahawa salafussaleh dan atas ketua mereka itu ialah yang ter'alim pada ummat ini yakni Abdullah ibn Abbas r'anhuma, sungguh telah menta'wil dia pada kebanyakan dari nas sifat-sifat Allah ta'ala dan itulah yang paling benar bagi sekalian ummat kerana telah dikhususkan dengan doa Rasulullah saw kepadanya dengan takwil.." Ya Allah alimkanlah dia akan ilmu agama dan faqihkan dia akan ilmu takwil "


Dan dengan ini diketahui akan dia bahawa takwil ini tidak dicela (dilarang) kerana kalau ia dilarang nescaya tidaklah Rasulullah saw mendoakan dia sedang beliau adalah anak bapa saudaranya..


*

IBNU ABBAS TAKWIL MAKNA AYAT MUTASYABIHAT


1) Ibnu Abbas menta’wîl makna ayat : يوم يُكْشَفُ عَ ن ساقٍ “Pada hari betis disingkapkan.” (QS. al Qalam [68]:42) Ibnu Abbas ra. berkata : “Disingkap dari kegentingan.” Disini kata ساقٍ (BETIS) dita’wîl dengan makna شِدَّ ةٌ “KEGENTINGAN”.


Ta’wîl ayat di atas ini telah disebutkan juga oleh Ibnu Hajar dalam Fathu al Bâri,13/428 dan Ibnu Jarir dalam tafsirnya 29/38. Ia mengawali tafsirnya dengan mengatakan, “Berkata sekelompok sahabat dan tabi’în dari para ahli ta’wîl, maknanya (ayat al-Qalam:42) ialah, “Hari di mana disingkap (diangkat) perkara yang genting.”


2) Ibnu Abbas ra. menta’wîl makna ayat : و السَّمَا ءَ بَنَيْناهَا بِأَيْدٍ و إِنَّا لَمُوسِعُو ن “Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan Sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa.” (QS adz Dzâriyât [51] : 47). Kata أَیْدٍ secara lahiriyah adalah TANGAN, ia bentuk jama’ dari kata یَدٌ . Ibnu Abbas ra. mena’wîl erti kata YADD(TANGAN) dalam ayat Adz-Dzariyat ini dengan بِقُوَّةٍ erti KEKUATAN. Demikian diriwayatkan al-Hafidz Imam Ibnu Jarir ath-Thabari dalam tafsirnya, 7/27. Selain dari Ibnu Abbas ra., ta’wîl serupa juga diriwayatkannya dari para tokoh Tabi’în dan para Salaf seperti Mujahid, Qatadah, Manshur Ibnu Zaid dan Sufyan.


3) Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : فَالْيَوْمَ نَنْسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَٰذَا

“Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini…” (QS. al A’râf [7]:51). Ibnu Abbas ra. menta’wil makna ayat ini yang menyebut perkataan MELUPAKAN dengan ta’wîl "MEMBIARKAN”. Ibnu Jarir berkata: “iaitu maka pada hari ini iaitu hari kiamat, Kami MELUPAKAN mereka, Dia berfirman, Kami MEMBIARKAN mereka dalam siksa..’ (Tafsir Ibnu Jarir, 8/201)


4) Tersebut dalam kitab Tafsir Bughawi: "Daripada ibni Abbas r'anhuma dan kebanyakan ulama tafsir, TAKWIL ISTAWA dengan IRTAFA'A (Tinggi darajat/martabat) ..


5)  Imam Ahmad r.a. menta’wilkan firman Allah:

“Telah datang Tuhanmu…” dengan maksud: “Telah datang pahalaNya”.

[Manaqib Ahmad bin Hanbal dan rujuk juga Al-Bidayah wa An-Nihayah 10/327]


*

SALAF TAKWIL MAKNA ISTAWA


Imam Abu Abdir Rahman Abdullah ibn Yahya ibn al-Mubarak (w 237 H), dalam karyanya berjudul Gharib al-Quran Wa Tafsiruh dalam menafsirkan firman Allah QS. Thaha: 5 mengatakan: “Al-Istiwa’ adalah al-Istaula (menguasai)”.[Gharib al-Quran wa Tafsiruh, h. 133]


Imam an-Nasafi menulis: Istawa ertinya Istaula, dari Imam Salaf Az-Zajjaj (241-311 H). (Tafsir An-Nasafi - Surat al-A’raf – ayat 54).


Imam al-Lughawiy Abu Ishaq Ibrahim ibn as-Sariyy az-Zajjaj (w 311 H) mentakwil makna Istawa dengan Istaula. [Ma’ani al-Quran wa I’rabuh, j. 3, h. 350]


Imam al-Mutakallim Abu Mansur Muhammad ibn Muhammad al-Maturidi al-Hanafi (w 333 H) menafsirkan firman Allah QS. Thaha: 5, berkata: “atau dalam makna menguasainya (menguasai arasy), kerana tidak ada menguasainya dan tidak ada yang mengaturnya selain Dia Allah”.[Ta’wilat Ahlussunnah, j. 1, h. 85]


Tersebut dalam kitab Tafsir Bughawi: "Daripada ibni Abbas r'anhuma dan kebanyakan ulama tafsir, TAKWIL makna ISTAWA dengan IRTAFA'A (Tinggi darajat/martabat) ..


Wallahu a'lam.



Popular Posts