*
Golongan yang diharamkan Syurga jika tidak sempat bertaubat :
1. Penagih arak
2. Orang yg memutuskan
silaturrahim
3. Orang yang mengunakan sihir.
4. Pemakan riba.
5. Pemakan harta anak yatim tanpa hak.
6. Orang
yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Lelaki yang
dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya).
8. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.
9. Pemimpin rakyat yang tidak jujur.
10. Perempuan yang menyerupai lelaki.
11. Orang yang sombong.
Dari Abu Musa Al Asy’ari r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda:”Tiga orang yg tidak akan masuk syurga ialah penagih arak, orang yg memutuskan silaturrahim dan orang yang mengunakan sihir. Sesiapa mati dalam keadaan minum arak, maka kelak akan diberi minum oleh Allah air sungai ghauthah. Ketika Rasulullah ditanya tentang sungai tersebut, baginda menjawab, iaitu sungai yg mengalir dari kemaluan para perempuan penzina, yang berbau busuk dan mengganggu para penghuni neraka.” (HR. Ibnu Hibban)
Abu Hurairah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah saw. bersabda, "Empat orang yangg berhak bagi Allah untuk tidak memasukkannya ke syurga dan tidak akan dirasai nikmatnya iaitu penagih arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa hak dan orang yang derhaka kepada ibu bapanya.” (HR. Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan orang yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )
Nabi saw. bersabda, “Tiga orang yang tidak akan masuk syurga, anak yang derhaka kepada ibu atau bapanya, orang yang terus-menerus minum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” (HR Baihaqi)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga." (HR. Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Tiga manusia tidak akan masuk Syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang dayus dan perempuan yang menyerupai lelaki". (HR. Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim)
Nabi saw. bersabda, “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” (HR. Muslim)
Wallahu 'alam.
Link pilihan:
Golongan Tidak Dapat Mencium Bau Syurga
Kehebatan Syurga
*
Anti Spyware Mac Os
1 day ago












astargfirullahalazim..
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletesama2lah kita hindari dari menjadi orang yang sombong
astaga.. mintak simpang 3 golongan tu.. huhu
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTuan minta pautan dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam SENARAI BLOG POLITIK POPULAR. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai "Gambar-gambar dan Fakta-fakta yang menarik" Terima kasih kerjasama tuan
post yang ringkas tapi padat dengan dengan informasi dan kesedaran...
ReplyDeletenauzubillah daripada termasuk dalam golongan2 tu...
rasa sombong walau sebesar biji sawi tu sngat bahaya dan mudah menyerang manusia..nauzubillah
semoga Allah meniupkan keikhlasan dalam diri kita supaya perbuatan tersebut menjadi ibadat dan diterima Allah , amin
astargfirullahalazim..moga kita semua mendapat rahmat dari Allah.
ReplyDeleteAssalamualaikum..Terima kasih sharing..
ReplyDelete| Collagen Powder | Set Kecantikan/Kesuburan | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Set Penyusuan 3M |
Visit Me : | Kembara Anak Timur |
assalamualaikum...maaf saya nak copy post ni..bole?
ReplyDelete