*
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya macam bulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, di mana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (HR. Bukhari)
“Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang licin itu.” (HR. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
“Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (HR. Ath-Thabrani)
Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas ra, Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya bidadari nanti akan menyanyi di syurga, bidadari yang cantik disembuyikan khusus untuk suami-suami yang mulia.” (Shahih al-Jami’: 1602)
Dari Abdullah ibnu Mas’ud ra, Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Kelompok pertama kali yang masuk syurga, wajah mereka bercahaya bagai bulan di malam purnama. Kelompok kedua seperti bintang kejora yang terbaik di langit. Bagi setiap orang dari ahli syurga itu diberi dua bidadari syurga. Pada setiap bidadari ada 70 perhiasan. Sumsum kakinya dapat terlihat dari balik daging dan perhiasannya, sebagaimana minuman merah dapat dilihat di gelas putih.” (HR. Thabrani dengan sanad shahih, dan Baihaqi dengan sanad hasan. Hadits hasan, shahih lighairi: Shahih al-Targhib: 3745)
“Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (HR. Thabrani)
Kejayaan sebenar ialah terselamat dari masuk neraka.
Wallahu a'lam.
Link pilihan:
Syurga
*
Was-was
*
Kisah Abi Al-Wafa’ menyedarkan seorang yang was-was.
Abu Al-Faraj Bin Al-Jauzi mengisahkan dari Abi Al-Wafa’ Bin ‘Uqail: Bahwa seorang lelaki berkata kepadanya: Aku telah menyelam dalam air beberapa kali tetapi aku masih was-was atau ragu, adakah mandi wajib aku sah atau tidak ? Bagaimana pendapat tuan syeikh dalam perkara ini? Lalu syeikh menjawab: Beredarlah kamu, sesungguhnya engkau tidak wajib solat. Lelaki tersebut bertanya: Mengapa demikian? Jawab syeikh: Kerana Nabi (sallallahu alaihi wasalam) telah bersabda: “Tidak diberi dosa tiga golongan manusia: Orang gila sehingga dia siuman, orang tidur sehingga dia sedar dan kanak-kanak sehingga dia baligh”. Orang yang menyelam di dalam air beberapa kali tetapi dia masih ragu, adakah air sampai ke tubuhnya atau tidak, maka dia adalah orang gila.
Was-was atau keraguan adalah berpunca dari hasutan syaitan.
Antara usaha untuk mengatasi was-was ialah membaca isti'azah (memohon perlindungan kepada Allah) agar dilindungi dari hasutan syaitan. Di antara isti'azah yang biasa ialah ta'awwuz iaitu lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim" (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).
Wallahu a'lam.
Link pilihan:
Isti'azah
Doa Sebelum Solat

Tawakkal
*
“Sungguh, seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung-burung. Mereka keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Al-Hakim)
Pada zaman Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam ada seorang sahabat yang meninggalkan untanya tanpa diikat. Ketika ditanya, mengapa tidak diikat, dia menjawab, "Saya bertawakkal kepada Allah". Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Ikatlah dahulu unta itu, kemudian baru bertawakkal kepada Allah.” (HR. Tirmidzi).
Tawakal bererti berserah diri sepenuhnya kepada Allah dalam menghadapi atau menunggu hasil suatu pekerjaan atau menanti akibat dari suatu keadaan setelah berusaha keras dalam berikhtiar dan bekerja sesuai dengan kemampuan.
Imam al-Ghazali merumuskan definisi tawakkal sebagai berikut, "Tawakkal ialah menyandarkan kepada Allah ketika menghadapi suatu kepentingan, bersandar kepadaNya dalam waktu kesukaran, teguh hati ketika ditimpa bencana disertai jiwa yang tenang dan hati yang tenteram.
Tawakkal adalah perkara yang tidak boleh dilihat tapi cuma boleh dirasai melalui jiwa, hati dan minda. Tawakkal merupakan hasil dari keyakinannya yang bulat kepada Allah, meyakini hanya Allah yang menguasai dan mengatur alam semesta ini. Keyakinan inilah yang mendorongnya untuk menyerahkan segala persoalannya kepada Allah. Hatinya tenang dan tenteram serta tidak ada rasa cemas kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Gopoh
*
Mengikut Imam al-Ghazali, gopoh-gapah merupakan penyakit kalbu yang mendesak seseorang agar segera mengerjakan sesuatu urusan sebaik-baik sahaja terlintas di hati, tanpa perancangan dan pertimbangan terlebih dulu.
Gopoh atau terburu buru atau tergesa gesa adalah sifat yang tidak baik.
“Gopoh-gapah itu merupakan sifat syaitan.” (HR Tirmizi)
“Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” (HR Al-Baihaqi)
Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat, nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang.” (HR Muslim)
Moga ada manfaat.
Link pilihan:
Bersikap Tenang, Jangan Tergesa-gesa
Mencari Ketenangan
Isti'jal - Gopoh dalam perjuangan

Takbir Yang Salah
*
Takbir ialah membaca atau menyebut Allahu Akbar.
Menyebut Allahu Akbar dengan lafaz Allahu Akbaar adalah SALAH dan TIDAK BETUL.
Iaitu sebutan BAR menjadi BAAR.
Yang betul, BAR disebut pendek dan bukan panjang seperti BAAAR.
Sebutan yang tidak tepat menyebabkan makna perkataan telah berubah:
Allahu Akbar maknanya Allah Maha Besar.
Allahu Akbaaar maknanya Allah gendang besar.
Imam Nawawi menyatakan di dalam kitabnya AL-AZKAAR, Maktabah Al-Ghazaali, P.O.BOX 448, Damsyiq..pada halaman 74: [Mafhumnya : Sesiapa (di dalam solatnya) bertakbir membaca Allahu Akbar dengan lafaz Allahu Akbaar maka TELAH TIDAK SAH solatnya iaitu batal solatnya).]
Imam Nawawi adalah seorang ulama dari mazhab Syafi'e.
Wallahu a'lam.
Link pilihan:
Sebutan AMIN yang betul
Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah
Kesilapan ketika solat - tiada takbirratul-ihram

La ila ha il lallah
*
Dari Jabir, “Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Zikir yang afdal (paling utama) adalah Laa ilaa ha il lallah". (HR. Tirmizi)
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang akhir kalamnya sebelum mati, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه , dia akan masuk syurga”. (HR. Abu Daud 3/190. Sahih Al-Jami' 5/432)
Dari Abu Hurairah bahawa dia telah bertanya kepada baginda Rasulullah, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling bahagia dengan syafaatmu pada hari kiamat nanti ?". Baginda bersabda, "Telah aku duga sebelum ini wahai Abu Hurairah, kamulah orang pertama yang akan bertanya soalan ini kepadaku kerana ingatan kamu yang sangat besar kepada hadis-hadisku. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku dihari kiamat kelak ialah orang yang membaca Laa ilaa ha il lallah dengan ikhlas dari batinnya ". (HR. Bukhari)
"Sesiapa membaca 'Laa ilaa ha il lallah' dengan ikhlas, maka dia akan masuk syurga". Seorang sahabat bertanya, "Apa yang membuktikan keikhlasan ?". Baginda menjawab, "Jika apa yang diucapkan itu boleh mencegahnya dari semua perkara yang diharamkan Allah". (Diriwayatkan oleh Tirmidzi al-Hakim di dalam kitabnya Nawadir al-Usul)
Wallahu 'alam.
Link pilihan:
Kelebihan Mati Syahid

Doa Untuk Gaza
*
*
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa kami,
Ya Allah, selamatkanlah saudara-saudara kami di Gaza,
Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami di Gaza.

Cukuplah Allah menjadi Penolong kami.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.
*
Mati Dalam Keadaan Islam
*
Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda; "Sesiapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia akan masuk syurga." (HR Muslim)
Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam (beriman), dia dijamin akan dapat masuk Syurga.
Sesiapa yang mati dalam keadaan Islam, ada juga yang akan masuk Neraka untuk pembalasan dosa tetapi dia tidak kekal di Neraka. Setelah selesai hukuman, dia akan dikeluarkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga.
Sesiapa yang mati dalam keadaan BUKAN ISLAM, dia tidak akan dapat masuk Syurga dan akan masuk Neraka dan kekal di Neraka buat selama-lamanya.
Wallahu a'lam.
Link pilihan:
Doa Kekal Hidayah
Jangan Terlalu Yakin Kita Mati Dalam Islam
Sakaratul Maut
Cara Hindari Neraka
Orang Islam Tidak Kekal Dalam Neraka

Masjid Al Aqsa yang sebenar
*
Sumber:
http://abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/
http://www.aqsasyarif.org.my/2010/06/kenali-masjid-al-aqsa/
https://www.facebook.com/masjid.aqsa
*
Semua yang berada di dalam garisan hijau di bawah adalah Masjid Al Aqsa
Semua yang berada di dalam garisan kuning di atas adalah Masjid Al Aqsa
Sumber:
http://abidfana.com/2009/11/01/bangunan-al-masjid-al-aqsa-yang-sebenarnya/
http://www.aqsasyarif.org.my/2010/06/kenali-masjid-al-aqsa/
https://www.facebook.com/masjid.aqsa
*
Hukum Qadha' Solat Fardu
*
Nabi bersabda, "Sesiapa yang lupa solat atau tertidur, maka dia mesti menggantikannya (qadha') apabila dia sedar." (HR Muslim)
Imam Nawawi menerangkan dalam kitab Syarah Muslim: Seorang yang meninggalkan atau tertinggal atau terlupa solat fardu, WAJIB diqadha' atau diganti. Sekiranya ditinggalkan kerana uzur yang memaksa maka qadha' boleh dilambatkan. Sekiranya tanpa uzur, maka wajib diqadha' dengan segera.
*
Artikel pilihan:
Hukum Meninggalkan Solat Fardu
Kepentingan Solat

Amalan Pada Hari Raya Aidil Adha
*
- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)
- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. (H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)
- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )
- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. (H.R : Jama'ah)
- Perbanyakkan Zikir
"Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR Imam Ahmad)
Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.
Salam 'idil Adha dari Lenggang Kangkung sekeluarga.
Link pilihan :
Kelebihan Ibadah Korban
Kelebihan Bulan-bulan Haram

Bulan Haram
*
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)
Empat bulan daripada bulan-bulan Hijrah disebut sebagai bulan haram. Bulan Haram yang dihormati itu ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
Para ulama’ bersepakat bahawa dinamakan keempat-empat bulan ini sebagai bulan-bulan haram kerana diharamkan dalamnya peperangan dan kezaliman. Al-Syeikh ‘Abd al-Rahman al-Sa’diy dalam kitab tafsirnya Taysir al-Karim al-Rahman menyatakan bahawa bulan-bulan ini dinamakan bulan-bulan haram kerana kehormatan dan pengharaman perang yang terdapat padanya.
Firman Allah SWT: “Janganlah kamu menzalimi diri kamu semua dalamnya (bulan-bulan haram)”. (Surah al-Taubah: 6). Al-Imam al-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir menyatakan bahawa kezaliman yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah peperangan dan juga apa saja tindakan yang menjurus kepada kezaliman. Daripada ayat ini al-Hafiz Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyatakan bahawa sesuatu kezaliman itu hukumnya adalah berdosa dan haram dan apabila dilakukan dalam bulan-bulan haram maka dosanya adalah lebih berat. Dalam mazhab al-Syafi’ie pula menetapkan bahawa sesiapa yang melakukan pembunuhan dengan tidak sengaja pada bulan-bulan haram maka diyah (denda) yang dikenakan ke atasnya adalah lebih berat berbanding bulan-bulan biasa.
Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.
Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.
Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)
Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).
Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .
Link pilihan :
Kelebihan Bulan Zulhijjah

Berzikir Semasa Bekerja
*
Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan, tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Walaupun mudah tetapi ramai yang gagal melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian. Punca atau sebab selalu terlupa berzikir adalah kerana lalai dan kerana tidak dibiasakan amalan berzikir.
Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah akan diucapkan.

Jujur
*
Dari Ibnu Mas'ud ra. dari Nabi sallallahu `alaihi wa sallam beliau bersabda, "Sesungguhnya benar/jujur itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga, seseorang yang membiasakan benar/jujur sehingga dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang benar/jujur. Dan berhati-hatilah kalian dengan dusta, sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan kejahatan itu membawa ke neraka, seseorang yang selalu atau membiasakan berdusta akan ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta." (HR Bukhari dan Muslim)
Link pilihan:
Pemimpin yang tidak jujur

Subhanallahi wabihamdih
*
Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang mengucapkan سبحان الله و بحمده (SUBHA NALLAHI WA BIHAM DIH) (Maha Suci Allah dan segala pujian bagi-Nya) dalam satu hari seratus kali, nescaya dihapuskan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Follow my blog with Bloglovin

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Ucapkan tasbih سبحان الله و بحمده (SUBHA NALLAHI WA BIHAM DIH) seratus kali, niscaya akan dicatat baginya seribu kebaikan dan dihapus baginya seribu keburukan." (HR. Muslim)
*
*
Follow my blog with Bloglovin
*
Ringan di lidah, berat di timbangan
*
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Dua kalimah yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan dan keduanya dicintai oleh Allah iaitu Subha nallahi wabihamdih, Subha nallahil ‘azim.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Aqiqah / Akikah
*
AKIKAH / AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
"Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
HUKUM AQIQAH
Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda diangkat menjadi Rasul.
Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.
Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.
Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.
Sumber: http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/qurbandanaqiqah.htm
Berdasarkan keterangan kitab Fathul Mu’in dan hasyiahnya, I’anah al-Thalibin Juz. II, Hal. 335-336, dapat dijelaskan sebagai berikut :
a. Aqiqah adalah sembelihan karena lahir seorang anak pada ketika mengguntingkan rambutnya.
b. Yang utama 2 ekor kambing untuk anak laki-laki dan seekor kambing untuk anak perempuan
c. Disunnatkan aqiqah atas orang yang wajib nafkah atasnya anak itu, yaitu ayahnya, kakek, atau walinya yang lain secara berurutan.
d. Waktunya mulai hari lahirnya sampai baligh. Yang utama adalah pada hari ketujuh kelahirannya. Apabila sudah baligh, walinya tidak melakukan aqiqah untuknya, maka sunnat baginya melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.
e. Cara memberikan daging aqiqah boleh dilakukan dengan menyedeqahkan daging mentah, dan boleh dengan mengirimkan daging yang sudah masak kepada fakir miskin dan juga boleh dengan memanggil mereka untuk makan daging yang sudah masak (kenduri). Mengirimkan daging yang sudah masak kepada fakir miskin lebih utama.
Link pilihan :
Ibadah Korban

Saya ikhlas ni ?
*
Allah jua yang maha mengetahui.
Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang karana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya tertelungkup di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran karena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya tertelungkup di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan, dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk menyeretnya tertelungkup di atas wajahnya hingga dilemparkan ke dalam neraka.” (HR. Muslim)
Link pilihan :
Pengertian Ikhlas

Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
* Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ay...
-
* "Sesiapa mengucapkan astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, akan diampuni dosa...
-
1. Allahumma laka sumtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin Maksudnya, "Ya Allah bagi Engkau ...
-
* Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh ....
-
* Jika ditanya Allah ada dimana ? Jawablah: Allah ADA TANPA bertempat, tiada bagi Allah Aina (di mana). (Sumber: ...
-
* Penjelasan Status Hadis Doa Bulan Rejab Hadis Rejab Bulan Allah - Hadis Palsu ? Kelebihan Bulan Rejab *
-
* "Wahai orang-orang yang beriman, telah ditentukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah ditentukan ke atas umat-umat sebelum kam...
-
* Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh: DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2 Kubang Keria...
-
* Waktu Solat Dhuha Secara umumnya waktu melakukan solat sunat Dhuha mengikut syarak bermula dari selepas terbit matahari iaitu angga...
-
* Penjelasan Tentang Bid'ah. Dalam pengertian syari’at, bid’ah adalah: اَلْمُحْدَثُ الَّذِيْ لَمْ يَنُصَّ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ ...