"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Orang Islam tidak kekal dalam Neraka

*

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Akan keluar dari Neraka sesiapa yang berkata La Ilaha illallah sedangkan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji kacang." (HR Bukhari)

Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai Haya' atau hayat (terdapat keraguan dari Imam Malik). Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. Tidakkah engkau melihat benih tersebut tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat." (Sahih Bukhari)

Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sungguh aku mengetahui orang-orang yang terakhir keluar dari neraka dan terakhir masuk syurga ialah seorang yang keluar dari neraka sambil merangkak-rangkak, lalu diperintah oleh Allah: Masuklah ke syurga, maka dia segera pergi ke syurga tetapi terbayang padanya syurga telah penuh, maka dia kembali dan berkata: Ya Tuhan, aku dapati syurga sudah penuh. Lalu diperintah lagi: Pergilah masuk syurga. Kemudian dia kembali berkata: Ya Tuhan, aku dapati syurga sudah penuh, kemudian diperintah: Pergilah masuk syurga, maka di sana untukmu seluas dunia sepuluh kali atau untukmu seluas dunia sepuluh kali ganda, maka dia berkata: Engkau mengejek dan mentertawakan aku sedang Engkau Raja yang berkuasa. Sungguh aku telah melihat Rasulullah tertawa ketika menerangkan hadis ini sehingga terlihat gigi gerahamnya. Dan itu serendah-rendah tingkat ahli syurga. (H.R. Bukhari dan Muslim)


Wallahu a'lam.



Artikel pilihan:

Jahanamiyyun (Bekas Penghuni Neraka)

Cara Hindari Neraka 


*

Popular Posts