Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Berzikir Semasa Bekerja

*

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan, tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan.   Walaupun mudah tetapi ramai yang gagal melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian. Punca atau sebab selalu terlupa berzikir adalah kerana lalai dan kerana tidak dibiasakan amalan berzikir.

Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah amalan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah diucapkan.

*

7 comments:

  1. jadinya..boleh terangkan bagaimana kaedahnya berzzikir sambil bekerja ini.Ambil contoh seorang 'technician' mesin atau seorang mekanik..terima kasih..

    ReplyDelete
  2. ingatlah nafas ,kerana kita tak pernah berhenti bernafas .jika berhenti bernafas ertinya ...mati
    ketika bernafas ingat apa yg mesti kita buat ,cuba amalkan insyaallah

    ReplyDelete
  3. Zikirlah dalam hati: Tasbih, tahmid, tahlil, takbir sebanyak mungkin.Apa saja perbuatan yg mengingatkan kita pdNya,adalah zikir.

    ReplyDelete
  4. amalan berkerja adalah zikir jika dibuat dengan niat yg betul iaitu kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah. Berzikir itu taat perintah pada waktunya, bukan pegang tasbih, Bekerja adalah perintah Allah, itulah zikir anda. Tutup muka macam Ninja bukan zikir, sbb tiada perintah Allah. Aurat wanita muka dan tangan. Tiada zikir ...Makruh .

    ReplyDelete
  5. amalan berkerja adalah zikir jika dibuat dengan niat yg betul iaitu kerana perintah Allah dan untuk sukakan Allah. Berzikir itu taat perintah pada waktunya, bukan pegang tasbih, Bekerja adalah perintah Allah, itulah zikir anda. Tutup muka macam Ninja bukan zikir, sbb tiada perintah Allah. Aurat wanita muka dan tangan. Tiada zikir ...Makruh .

    ReplyDelete
  6. Salam, terimakasih tuan punya blog, byk ilmu yg saya dapat di sini dan insyaAllah sama2 la kita amalkan..

    ReplyDelete

Popular Posts