"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Bacaan Pada Hari Arafah

*

Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelum ku ucapkan adalah Laa ilaha il lallah hu wah dahu laa syari kalah, lahul mul ku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa,Tiada sekutu bagi-Nya, Bagi-Nya kerajaan dan pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi)

*

Di mana zakat fitrah perlu dibayar ?

*

Antara ulama Mazhab Syafie yang menyentuh tentang 'di mana zakat fitrah perlu dibayar', ialah Imam Asy-Syirazi dan Imam Nawawi r.a. Masing-masing dalam kitab al-Muhazzab dan kitab al-Majmuk.

Dalam al-Majmuk, Imam Nawawi r.a menyatakan :


إذا كان في وقت وجوب زكاة الفطر...في بلد ومالُه في آخر فأيّهما يُعتبر؟ فيه وجهان : (أحدهما) بلد المال كزكاة المال (وأصحهما) بلد ربِّ المال. ممّنْ صحّحه المصنّف في التنبيه والجرجاني في التحرير والغزالي والبغوى والرافعي وآخرون.


Terjemahan : Jika seseorang itu-sewaktu zakat fitrah wajib [ke atasnya]-[berada] di [sebuah] negeri, manakala hartanya [berada] di [negeri] lain, maka [negeri] mana satukah yang diambil kira [ketika membayar zakat fitrah]?


Terdapat dua pandangan; salah satunya : [yang diambil kira ialah] negeri [tempat di mana] harta [itu berada] sama seperti zakat harta [yang perlu dikeluarkan di tempat di mana harta itu berada].


[Pendapat] yang paling sahih [daripada kedua-dua pandangan ini] ialah [yang diambil kira ialah] negeri [tempat di mana] empunya harta [berada].


Antara mereka yang mentashihkannya (pendapat yang paling sahih), ialah pengarang (Imam Asy-Syirazi) dalam [kitabnya] at-Tanbih, al-Jurjani dalam [kitabnya] at-Tahrir, al-Ghazali, al-Baghawi, al-Rafi'e dan lain-lain.


Huraian:


Kenyataan Imam Nawawi di atas, berkaitan dengan seseorang yang mana tempatnya bekerja (بلد المال), berbeza dengan tempat zakat fitrah wajib ke atasnya.

Dalam Mazhab Syafie, zakat fitrah wajib ke atas seseorang bila bermulanya malam raya. Waktu 'wajib zakat fitrah' ini berakhir sebelum Maghrib hari raya pertama.


Justeru-dalam erti kata lain-kenyataan Imam Nawawi r.a di atas, berkaitan dengan seseorang yang mana tempatnya bekerja (tempat di mana hartanya berada), berbeza dengan tempatnya menyambut Hari Raya Aidil Fitri.


Dalam keadaan ini, yang diambil kira ketika mengeluarkan zakat fitrah-menurut pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie-ialah tempat di mana seseorang itu berada pada waktu zakat fitrah wajib ke atasnya (iaitu malam raya sehingga sebelum Maghrib Hari Raya pertama).


Justeru, seseorang yang bekerja di Kuala Lumpur, tetapi menyambut Hari Raya di Terengganu sebagai contoh, zakat fitrah hendaklah dibayar di Terengganu.


Inilah pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie, dan ditashihkan ramai ulama besar Mazhab Syafie seperti yang dinyatakan Imam Nawawi di atas.


Ittifaq ulama


Senada dengan pendapat yang paling sahih ini, ialah pendapat ulama besar Mazhab Hambali, Ibn Qudamah dalam kitabnya, al-Mughni. Beliau mencatatkan :


فأما زكاة الفطر فإنه يفرّقها في البلد الذي وجبتْ عليه فيه سواء كان ماله فيه أو لم يكن؛ لأنه سبب وجوب الزكاة ففرّقتْ في البلد

الذي سببها فيه

Terjemahan : Adapun zakat fitrah, ia diagihkan (dibayar) di negeri yang wajib ke atasnya [zakat fitrah], samada hartanya (sumber pendapatannya) [berada] di situ (di negeri di mana zakat fitrah wajib ke atasnya) atau tidak. Ini kerana ia (keberadaannya di negeri di mana zakat fitrah wajib ke atasnya) adalah sebab zakat fitrah wajib [ke atasnya], maka dibayar [zakat fitrah] di negeri yang [terdapat] sebab [wajibnya zakat fitrah ke atas] nya.


Sebenarnya, ulama-ulama empat mazhab (Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali) bersepakat dalam soal ini. Iaitu, zakat fitrah dikeluarkan di tempat di mana seseorang mukallaf itu berada pada malam atau Hari Raya pertama. Bukannya ditempat di mana seseorang itu bekerja, atau mencari rezeki.



Sebab mengapa zakat fitrah dibayar di tempat di mana seseorang itu berhari raya, turut dinyatakan oleh Syaikh al-Qaradhawi. Beliau menyatakan :

فيخرج المسلم زكاة فطره في البلد الذي يدركه فيه أول ليلة من شوال (ليلة العيد) ؛ لأن هذه الزكاة ليس سببها الصيام وإنما سببها الفطر ولهذا أضيفت إليه وسميت زكاة الفطر


Terjemahan : Maka [setiap] muslim [perlu] membayar zakat fitrah di negeri yang dia menemui malam pertama [bulan] Syawal (malam raya). Ini kerana, sebab zakat [fitrah] ini [menjadi wajib], bukannya puasa. Sebab [ia menjadi wajib] ialah [munculnya Hari Raya] Aidil Fitri. Dengan sebab itu, disandarkan [zakat ini] kepadanya (Hari Raya Aidil Fitri) dan dinamakan 'zakat al-fitr' (zakat Hari Raya Aidil Fitri).


Keliru 2 zakat :


Adapun 'pendapat' yang mengatakan zakat fitrah perlu dibayar di tempat seseorang mencari rezeki (jika bekerja di Kuala Lumpur, zakat fitrah hendaklah dibayar di Kuala Lumpur walaupun Hari Raya disambut di Terengganu, sebagai contoh), ia adalah pendapat yang bercanggah dengan pendapat paling sahih dalam Mazhab Syafie. Juga bertentangan dengan kesepakatan (ittifaq) para ulama mazhab empat.


Percanggahan dan pertentangan ini berlaku disebabkan kekeliruan antara zakat harta dan zakat fitrah.


Dalam zakat harta, memang zakat perlu dibayar atau dikeluarkan ditempat harta itu dijana dan diusahakan (perniagaan, penternakan atau pertanian yang dilakukan di Terengganu sebagai contoh, mesti dikeluarkan di Terengganu). Ini adalah pendapat jumhur ulama, termasuk ulama Mazhab Syafie.


Adapun dalam bab zakat fitrah, ia dikeluarkan di tempat di mana seseorang itu menyambut Hari Raya Aidilfitri, tanpa mengira lokasi sambutan Hari Raya Aidilfitri itu adalah tempatnya bekerja (seperti di bandar), atau tidak (seperti kampung kelahiran).


Wallahu a'lam.


*

Duduk Antara Dua Sujud

*
Sebutan bacaan yang betul.. lii.. nii, dibaca panjang sedikit (dua harkat)..


*

Hukum Mandi Telanjang

*

Hukum mandi dalam keadaan membuka aurat adalah dibolehkan di tempat yang tertutup.

Berkata Imam an-Nawawi : “Ada pun membuka aurat pada ketika sunyi dengan makna tidak dilihat oleh seseorang pun, jika kerana hajat, maka dibolehkan. Dan jika bukan kerana hajat, maka terdapat khilaf ulama tentang makruh dan haramnya. Pendapat yang lebih sahih menurut kami adalah haram”. (Syarah Muslim, Dar Ihya at-Turatsi al-Araby, Beirut, Juz. IV, Hal. 32)





*

Pintu Tawaduk

*

"Setelah bertahun-tahun menuntut ilmu, seorang pemuda menyatakan hasrat kepada ayahnya untuk mengajar akan ilmu yang telah beliau pelajari akan tetapi dihalang oleh ayahnya. Ayahnya menyuruh pemuda itu untuk pergi ke pasar mencari orang yang lebih rendah kedudukan daripada dirinya."

"Maka pemuda itu pergi ke pasar dan mencari seseorang yang lebih jahil dari dirinya. Akhirnya beliau menjumpai lelaki tua yang sedang memegang botol arak, lalu tibanya waktu solat seluruh penduduk di pasar pergi ke masjid menunaikan solat. Sekembalinya dari solat, pemuda itu mendapati lelaki tua itu masih memegang botol arak dan juga tidak menunaikan solat. Berkata di dalam hatinya pasti ini lebih jahil dariku. "

"Sebelum mendekati lelaki tua itu terdetik di hati pemuda itu mengatakan "lelaki tua ini jauh lebih tua dari aku, dia telah islam dulu sebelum aku, mungkin saja ini baru hari pertama melakukan dosa sedangkan mungkin bertahun-tahun sebelumnya dia melakukan amal kebaikan. Jika beliau meninggal mungkin timbangan pahalanya lebih berat daripada dosanya. Pemuda itu meninggalkan lelaki tua itu dan teruskan mencari."

Akhirnya pemuda itu bertemu dengan seekor anjing dan berkata "pasti saja aku lebih mulia dari anjing ini, anjing ini tidak berakal" Lalu terdetik dalam hatinya "di Yaumal Mahsyar kelak, aku akan disoal di hadapan Allah SWT tetapi anjing ini tidak, aku akan dihisab oleh Allah tetapi anjing ini tidak, aku akan melintasi titian sirat tetapi anjing ini akan hilang begitu sahaja menjadi debu."

"Andai aku gagal melintasi titian sirat nescaya diriku lebih hina dan anjing ini lebih mulia daripada aku. Beliau pulang ke rumahnya ditanya oleh ayahnya "Kamu sudah jumpa orang yang jahil dari kamu..?" kata pemuda itu "Tidak, aku tidak jumpa seorang pun yang lebih jahil daripada aku melainkan aku merasa diriku lebih jahil dari orang lain."

"Kata bapanya, "sesungguhnya kamu telah masuk kepada pintu tawadduk, keluarlah untuk memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat"

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

*

Tempoh Haid

*

Imam al-Ramli menjelaskan, menurut ulama bermazhab Syafi'i tempoh minima haid seorang wanita ialah sehari semalam dan maksima 15 hari. Darah yang keluar melebihi 15 hari dikira darah istihadah (darah penyakit). (al-Ramli, Nihayat al-muhtaj, jil. 1, hlm. 325)

*

Bacaan Al - Fatihah Bersanad

*
Mari menghayati dan ikut pergerakkan mulut Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih dalam bacaan Al-fatihah dgn betul. Syeikh ni merupkan manusia yang memegang sanad tertinggi dan telah diiktiraf oleh para ulama', beliau mempunyai bacaan yang paling tepat bacaannya di dunia ini. Sanadnya bersambung/bercantum dengan Rasulullah.

.


 Alhamdulillah. 

 *

Qaza' Dilarang Dalam Islam.

*

Mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain namanya Qaza'. Ia dilarang dalam Islam. (Rujuk Hadith Sohih Al Bukhari & Muslim)

Jika mahu mencukur cukur semuanya atau tinggalkan semuanya. Imam An Nawawi menyatakan Ijmak Ulama adalah dilarang, makruh karahah tanzihiyyah, melakukan Qaza' ini.

Jika tujuan melakukan style Qaza' ini mengikut gaya Yahudi maka ia haram yang jelas.

*

Tujuan ziarah maqam aulia

*

Seorang bertanya kepada al-Habib Umar bin Hafidz, dia menanyakan : Kenapa ziarah maqam Aulia..??!!! Sedangkan mereka tiada memberi kuasa atau manfaat apa-apa dan tempat meminta hanya pada Allah…??!”

Al-Habib Umar bin Hafidz lantas menjawab : “Benar wahai saudaraku, aku juga berpendapat sama denganmu, bahwa mereka tiada mempunyai kekuasaan dan manfaat apa-apa. Tetapi sedikit perbezaan ku dengan dirimu, kerana aku lebih senang menziarahi mereka kerana bagiku mereka tetap hidup dalam membangkitkan jiwa yang mati ini untuk cinta kepada Allah...!!!

Tapi aku sangat heran, kenapa engkau tiada melarang aku menziarahi ahli dunia, mereka juga tiada kuasa dan manfaat apa-apa. Bahkan duduk dgn mereka mematikan hati dan membuat lupa pada Allah. Yang mana kehidupan mereka bagiku seperti mayat yang berjalan. Rumah dan tempat tinggal mereka adalah tempat yang tiada membangkitkan jiwa untuk cinta pada Allah.

Hakekat kematian dan kehidupan di sisi Allah adalah jiwa. Banyak mereka yang dilihat hidup tapi sebenarnya mati, banyak mereka yang dilihat mati tapi sebenarnya hidup, banyak yang menziarahi pusara terdiri dari orang yang mati, sedangkan dalam pusara itulah orang yang hidup.Aku lebih senang menziarahi maqam kekasih Allah dan para syuhada' walaupun hanya pusara, tetapi ia mengingatkan aku akan kematian, kerana ia mengingatkan aku bahwa hidup adalah perjuangan, kerana aku dapat melihat jiwa mereka ada perjuangan cinta yang hebat sehingga mereka dicintai oleh Tuhannya lantaran kebenaran cinta mereka. Wahai saudaraku, ku ziarah maqam Aulia, kerana pada maqam mereka ada cinta, lantaran Cinta Allah pada mereka, seluruh tempat bersimpuh mereka dicintai Allah. Cinta tiada mengalami kematian, ia tetap hidup dan terus hidup dan akan melimpah kepada para pencintanya.

Aku berziarah kerana sebuah cinta, juga kerana ingin mengambil semangat mereka, agar aku dapat mengikuti mereka dalam mujahadahku. Aku mengangkat tangan di sisi maqam mereka, bukan meminta kuasa/manfaat dari mereka, akan tapi memohon kepada Allah agar aku juga dicintai Allah, sebagaimana mereka dicintai Allah.


*

Semut Bertasbih

*


Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

قرصت نملةٌ نبيًّا من الأنبياءِ ، فأمر بقريةِ النملِ فأُحْرِقت، فأوحى اللهُ إليه: أن قرصتك نملةٌ أحْرَقتَ أُمةً من الأُممِ تُسَبِّحُ؟

"Seekor semut menggigit seorang Nabi. Lalu, Nabi tersebut memerintahkan supaya perkampungan semut itu dibakar. Lalu Allah Ta'ala mewahyukan kepada Nabi tersebut: Hanya seekor semut yang menggigitmu, (kenapa) engkau membakar SATU UMAT daripada pelbagai UMAT YANG BERTASBIH? " [Shahih Bukhari (3309), Shahih Muslim (2241)]

*

Nasihat atau Menghina ?

*

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya sedang menghinamu" (Imam As-Syafie)

Ibnul Mubarok berkata: "Dahulu seseorang (para sahabat) apabila melihat pada saudaranya terdapat hal yang tidak dia sukai dia menasihatinya atau melarangnya dengan sembunyi, sehingga dia diberi pahala atas rahsia dan larangannya. Ada pun hari ini, apabila seseorang melihat apa yang dia tidak sukai, dia membuat marah saudaranya dan dia sebarkan aibnya." (Roudhotul Uqola' hlm. 197)

*

Subhanallah Walhamdulillah Walailaha illallah Wallahu Akbar

*

"Lazimkan membaca subha nallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon". (HR Ibnu Majah)

Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim عليه السلام – ketika malam saya diisra’kan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir, سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ (Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar). (HR At Tirmidzi)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bertemu dengannya. Dia sedang menanam tanaman, lalu Rasulullah bertanya, "Apa yang sedang engkau tanam ?" Aku menjawab, "Satu tanaman wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Mahukah aku beritahu tanaman yang lebih baik dari ini ?" Tanaman itu ialah Subhanallah, Walhamdulillah, Walailaha illallah, Wallahu Akbar (Maha suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tiada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar). Setiap satu bacaan akan ditanam untukmu sebatang pokok di Syurga. (HR At Tirmidzi)

*

Selamat Tahun Baru Hijriyah

*

Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. 

Bulan Muharram adalah salah satu daripada bulan-bulan Haram.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras di dalam bulan Haram. Amal kebaikan yang dilakukan dalam bulan Haram akan dibalas dengan balasan yang lebih besar.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).


Selamat menyambut tahun baru.  Moga Allah memberkati kita.




Link pilihan:

Doa Awal Tahun

Kelebihan Bulan Muharram

Maksud Maal Hijrah




*

Hukum Pegang Anjing

*

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, hukum pegang atau menyentuh anjing tanpa sebab yang memerlukan adalah HARAM.

Hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu dan menjaga haiwan ternak ataupun menjaga ladang atau kebun.

b) Haram memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah.

Wallahu a'lam.

Sumber: 
http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf





Link pilihan :



*

Kisah Keliru Dalam Mengambil Pelajaran

*

Syaqiiq al-Balkhi adalah kawan kepada Ibrahim bin Adham yang dikenali seorang ahli ibadah, zuhud dan tinggi tawakalnya kepada Allah. Hingga pernah sampai pada keadaan enggan untuk bekerja.

Musykil dengan keadaan temannya, Ibrahim bin Adham bertanya, “Apa yang menyebabkan kamu jadi begini ?” Syaqiiq menjawab, “Ketika saya sedang dalam perjalanan di padang pasir yang tandus, saya melihat seekor burung yang patah kedua sayapnya. Lalu saya berkata dalam hati, aku ingin tahu, dari mana burung itu mendapatkan rezeki. Maka aku pun memperhatikannya dari jarak yang dekat. Tiba-tiba datanglah seekor burung yang membawa makanan di paruhnya. Burung itu mendekatkan makanan ke paruh burung yang patah kedua sayapnya untuk menyuapnya. Maka saya berkata dalam hati, “Dzat yang mengilhamkan burung sehat untuk membawa rezeki kepada burung yang patah kedua sayapnya di tempat yang sepi ini pastilah berkuasa untuk memberiku rezeki di mana jua aku berada.” Maka sejak itu, aku putuskan untuk berhenti bekerja dan aku menyibukkan diriku dengan ibadah kepada Allah.

Ibrahim berkata, “Wahai Syaqiiq, mengapa kamu serupakan dirimu dengan burung yang cacat itu ? Mengapa kamu tidak berusaha menjadi burung sehat yang memberi makan burung yang sakit itu ? Bukankah itu lebih utama ? Bukankah Nabi shallallahu alaihi wa sallam pernah bersabda, “Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah ?” Sudah selayaknya bagi seorang mukmin memilih darjat yang paling tinggi dalam segala urusannya, sehingga dia boleh mencapai darjat orang yang berbakti ?"

Syaqiiq tersentak dengan pernyataan Ibrahim dan dia menyedari kekeliruannya dalam mengambil pelajaran.

(Tarikh Dimasyqi, Ibnu Asakir)

*

5 Hari Haram Puasa

*

Di dalam mazhab Syafi’i, hari-hari yang diharamkan berpuasa ada lima hari iaitu hari Aidil Fitri (1 Syawal), hari Aidill Adha (10 Zulhijjah) dan tiga hari tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah). (Matan Al Ghoyah wat Taqrib)

Dari Abu `Ubayd, katanya: Aku telah hadir merayakan hari raya bersama-sama dengan Saiyidina `Umar bin al-Khattab, lalu dia berkata, "Hari raya ini dan hari raya yang satu lagi, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang berpuasa padanya, iaitu hari raya Aidil fitri setelah kamu sempurnakan puasa kamu dan hari raya Aidil adha untuk kamu makan dari daging korban kamu". (HR. Bukhari)

".. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah melarang berpuasa pada dua hari, iaitu hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidil Adha." (HR. Muslim)

Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam supaya menyeru semasa di Mina bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum." (HR. Imam Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengutuskan Abdullah bin Huzafah menyeru di merata-rata tempat, di Mina, katanya: "Janganlah kamu berpuasa pada (ketiga-tiga) hari tasyriq ini kerana ditentukan untuk kamu menikmati makan minum dan untuk kamu mengingati Allah Azza wa Jalla".


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Kenapa isteri perlu izin suami untuk puasa sunat ? 

Hukum berpuasa selepas Nisfu Sya'ban




*



Haji Akbar

*

Disebutkan dalam Tuhfatul Ahwazi Syarh Jami’ At-Tirmizi: “Telah masyhur di kalangan masyarakat awam, bahawa hari Arafah, apabila bertepatan dengan hari Jumaat maka hajinya adalah Haji Akbar. Dan ini adalah pendapat yang tidak ada asasnya.” [Tuhfatul Ahwazi Syarh Turmuzi, 4:27].

Berkata Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah: “Adapun apa yang disebut oleh Raziin dalam kitab Jami’ dan dimarfu’kan (kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) hadis: (Sebaik-baik hari yang naik matahari padanya ialah hari Arafah, jika bertepatan dengan hari Jumaat maka lebih afdhal daripada tujuh puluh kali haji yang berwuquf pada hari lain.) Hadis ini aku tidak tahu kedudukannya, kerana tidak disebut siapakah sahabat yang meriwayatkannya, tidak disebut pula kitab yang mengeluarkannya..’ [Fath al-Bari 8/271]

Al-Shakhawi mengatakan: Walaupun hadis di atas tidak dapat dipertanggungjawabkan keshahihannya, al-Shakhawi menjelaskan bahwa kemungkinan terdapat kelebihan atau keistimewaan wuquf di Arafah yang bertepatan dengan Hari Jumaat kerana kelebihan boleh terjadi kerana kelebihan sesuatu tempat dan kelebihan beberapa hari atau waktu". [al-Maqashid al-Hasanah, Hal. 1127]
 
Wallahu a'lam.








*

Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

*



Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (HR. Bukhari)

"Tidak ada hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk beribadah kepadaNya melebihi sepuluh hari bulan Zulhijjah. Berpuasa pada setiap hari daripadanya menyamai ganjaran berpuasa setahun, dan beribadah pada setiap malam daripadanya menyamai ganjaran beribadah pada Lailatul Qadr." (HR. Imam at-Tirmidzi)

"Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR. Imam Ahmad)

Wallahu a'lam.





Link pilihan :

Kelebihan Bulan-bulan Haram

Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Kelebihan Ibadah Korban


Cara Nak Qada' Solat

*




Jumhur(majoriti) ulama mengatakan wajib qada' (ganti) solat fardu yang tertinggal. 

Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa yang terlupa solat atau tertidur, maka hendaklah dia mengerjakan solatnya apabila teringat (atau setelah terjaga). (Hadis Sahih Muslim).

Hadis di atas menunjukkan bahawa WAJIB hukumnya qada solat walaupun terlupa… inikan pula solat yang ditinggalkan dengan sengaja.

Perkara ini adalah ijma’ pendapat mazhab imam yang empat.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “‘Hutang kepada Allah terlebih utama untuk dijelaskan.” (Hadis riwayat Bukhari,Muslim,Ahmad,Abu Daud,at Tabrani,Baihaqi dan al Bazzar)

Wallahu 'alam.




Link pilihan :

http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa-2/1393-tahqiq-al-masa-il-siri-ke-1-hukum-qadha-bagi-seseorang-yang-meninggalkan-solat-dengan-sengaja

Hukum Meninggalkan Solat Fardu

Solat Sunat Menampung Kekurangan Solat Fardu

Kepentingan Solat


*

Surah Al-Kahfi Ayat 1 - 10

*
Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim)


Surah al-Khafi  ayat 1-10.

Audzubillahi minasyaitan nirrajim. Bismillahirrahmanirrahiim

1. Al ham du lil laa hil lazii an zala 'alaa 'ab di hil ki taa ba wa lam yaj' al la hu ie waja

2. Qay yi man li yun zi ra ba' sans sha dee dam mil la dun hu wa yu bash shi ral mu' mi nii nal lazi na yak ma luu nas soo li haa ti an na la hum aj ran kha sana

3. Maa ki sii na fii hi aa ba daa

4. Wa yun zi ral la dzii na qaa lut ta kha dzal loh hu wa la daa

5. Maa la hum bihi min 'il miu wa laa li aa baa ie him ka bu rat kali ma tat takh ru ju min af waa hi him iie ya quu luu na il laa ka dzi baa

6. Fa la 'al la ka baa khi 'un naf sa ka 'a laa aa saa ri him il lam yu' mi nuu bi haa dzal hadiis si aa sa faa

7. In naa ja 'al aa maa 'a lal ard di zii na tal la haa li nab lu wa hum iy yu hum ah sa nu 'a ma laa

8. Wa inn naa la jaa 'i luu na maa 'a lai haa so iee dan ju ru zaa

9. Am ha sib ta an na as khaa bal kah fi war ra qii mi kaa nuu min aa yaa ti naa 'a ja baa

10. Iz awal fit ya tu ie lal kah fi fa qo luu rob ba naa aa ti naa minl la dunk ka rah ma taw wa hay yi' la naa min am ri naa ra sya daa

Terjemahan :

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (Al-Kahfi: 1)

(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (Al-Kahfi: 2)

Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.(Al-Kahfi: 3)

Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak". (Al-Kahfi: 4)

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta. (Al-Kahfi: 5)

Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini. (Al-Kahfi: 6)

Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. (Al-Kahfi: 7)

Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus. (Al-Kahfi: 8)

Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? (Al-Kahfi: 9)

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (Al-Kahfi:10)







Wallahu 'alam.   



Link pilihan: 

Penerangan Tentang Surah Al-Kahfi


Kajian Tentang Dajjal

Kelebihan Surah Yasin 

Kelebihan Surah Al Mulk 

Ayat Seribu Dinar 

Kelebihan Surah Al Kahfi  


*

Taqab balallahu min naa wa mink kum

*

Taqab balallahu min naa wa mink kum.

Moga Allah menerima (ibadah) kami dan (ibadah) kamu.

Amin..

*

Semua Nabi Adalah Maksum

*

Semua Nabi adalah maksum, terpelihara daripada dosa, merangkumi 4 keadaan iaitu :

a. Kecil atau pun besar.

- Nabi Allah tidak pernah buat dosa sama ada di waktu kecil mahu pun apabila sudah dewasa.

- Nabi Allah juga tidak membuat dosa kecil mahu pun dosa besar.

b. Zahir ataupun batin.

- Nabi Allah tidak pernah buat dosa sama ada dari segi zahir (Yang Kelihatan) mahu pun dari segi batin (Tidak Kelihatan).

c. Sebelum atau pun selepas bangkit kenabian.

- Nabi Allah tidak pernah buat dosa, sama ada sebelum atau pun selepas bangkit Kenabian.

d. Sengaja atau pun lupa.

- Nabi Allah tidak pernah buat dosa sama ada dalam keadaan sengaja mahu pun dalam keadaan lupa. Sebabnya, kalau lupa sekalipun, maksiat akan tetap berlaku. Jadi, Nabi Allah tak pernah buat maksiat dalam keadaan lupa.

- Nabi juga tidak pernah lupa pada penyampaian Wahyu Allah. Jika Nabi Allah lupa, maka akan ada orang yang mengatakan ada ayat Al-Quran yang Nabi Allah lupa nak sampaikan.

- Adapun periwayatan mengenai Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam terlupa di dalam solat, maka sesungguhnya lupa Nabi shallallahu alaihi wa sallam di dalam solat kerana Istighal (sibuk) hatinya dengan membesarkan Allah.

Oleh itu, jika ada di dalam Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Adam as itu ada membuat maksiat atau dosa. Ia wajib ditakwilkan. 

Kesimpulannya, tiada Rasul Allah mahu pun Nabi Allah yang pernah membuat dosa.



Sumber: Kitab ‘Aqidatun Najin Fi ‘Ilmi Usuliddin, karangan Al-’Alim Al-’Allamah Asy-Syaikh Zainul ‘Abidin bin Muhammad Al-Fathani

*

Hukum Doakan Orang Bukan Islam

*

Imam Nawawi mengatakan HARUS doakan belas atau rahmat Allah kepada non Muslim yang masih hidup & keampunan atas kesalahannya tetapi bukan redha atas kekufurannya. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berdoa antaranya :
 ( اللهُمَّ اِغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ)

Namun bagi non-Muslim yang telah mati dalam keadaan tidak Islam, telah disepakati ulama, TIDAK BOLEH doakan KEAMPUNAN & RAHMAT Allah ke atas mereka berdasarkan larangan Allah Surah At-Taubah 113.


*

Kelebihan Solat Sunat

*


"Tidaklah seseorang mengerjakan solat kerana Allah dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga". (HR.  Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 728)

"Sesiapa yang mengerjakan solat sunat sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh". (HR. al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 380)


Imam Nawawi menjelaskan : Solat sunat yang paling afdal selepas sunat rawatib dan tarawih ialah solat dhuha, kemudian apa yang berkaitan dengan sesuatu perbuatan seperti dua rakaat tawaf jika kita tidak berpendapat mewajibkannya, dua rakaat ihram, tahiyyat masjid dan kemudian sunat wuduk. [al-Majmuk jil.4, hlm. 26]

Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Solat sunat menampung solat fardu

Hukum Meninggalkan Solat Fardu


*

Syaitan

*

"Sesungguhnya marah adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

Imam al-Ghazali berkata: Ahli ilmu berpendapat bahawa berlakunya sifat marah itu kerana urat saraf manusia ditarik oleh syaitan. Ini bermakna orang yang suka marah bererti telah mengikat persahabatan dengan syaitan.

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "syaitan mengikat di atas kepala orang yang tidur dengan tiga simpulan, lalu berkata: “Bagi kamu malam yang panjang, tidurlah!”. Apabila orang itu bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu simpulan. Apabila orang itu berwuduk, terbukalah satu lagi simpulan.Apabila orang itu bersolat, terbukalah kesemua simpulan. Maka pada hari itu orang tersebut akan bersemangat dan ceria. Jika tidak (iaitu ada simpulan yang masih terikat) maka pada hari itu orang tersebut akan merasa malas dan tidak ceria". (HR. Bukhari)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia ingat Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan. (HR. Bukhari)

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Jika salah seorang dari kalian hendak makan, makanlah dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, minumlah dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya" (HR. Muslim)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Sesungguhnya Allah Ta'ala membenci orang yang menguap. Menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya semampunya. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya." (HR Bukhari)
 
Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam : Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangan pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). (HR Muslim)

“Menguap ketika solat itu daripada syaitan. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.” (HR At-Tirmizi).

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya kamu tidak ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat dia solat". (HR Bukhari)

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda, "Jika salah seorang dari kamu solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai dia tidak tahu berapa rakaat yang dia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kamu mengalami hal itu, hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi)." (HR Bukhari dan Muslim)
Doa sebelum solat : Robbi a'u zubika min hamaza tisy shaya thiin, wa a'u zubika robbi any yah dhu ruun. (Ya Allah. Aku berlindung kepada Engkau daripada gangguan syaitan dan aku berlindung kepada Engkau wahai Tuhan dari kedatangan mereka.)

"Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

"Jika ada tiga orang lelaki dalam sesebuah kampung atau sesebuah desa tetapi tidak mengerjakan solat berjamaah di masjid, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh syaitan, oleh itu hendaklah engkau sentiasa menyatukan diri dengan jama'ah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)". (HR Ahmad).

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud berkata bahwa ada seorang yang diceritakan kepada Rasulullah yang terus tidur hingga pagi hari dan tidak bangun untuk mengerjakan solat. Maka Nabi Muhammad shallallahu alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya syaitan telah kencing pada telinganya !”. (Sahih Bukhari: 245)

Daripada Anas bin Malik, katanya: "Nabi shollallahu 'alaihi wasallam apabila mahu masuk tandas baginda mengucapkan: ALLAHUMA INNI 'AUU ZUBIKA MINAL KHUBU SI WAL KHABAA IZ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan lelaki dan syaitan perempuan)." (HR At-Tirmizi)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca: Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, walaa haula wala quwwata illa billah, maka malaikat akan berkata kepadanya: “kamu telah diberi petunjuk oleh Allah Ta’ala, dicukupkan dalam segala keperluanmu dan dijaga dari semua keburukan”, sehingga syaitan pun tidak boleh mendekatinya, dan syaitan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana mungkin kamu dapat memperdaya seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga oleh Allah Ta’ala ?” (HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822))

Sabda Rasulullah , "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” (HR Al-Baihaqi)

Dari Aisyah, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu dia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (HR. Ahmad dengan sanad hassan)

Wallahu a'lam.

*

Bermaafan

*

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam  pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan orang pada setiap hari khamis dan Isnin (dalam seminggu), lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, kepada setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali siapa saja yang terjadi antara dia dan saudaranya (seiman) sengketa permusuhan; iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)


"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." [HR. Muslim]


 
*

Doa Iftitah

*

Diriwayatkan daripada Sayyidina Ibnu `Umar radhiyAllahu `an huma: Ketika kami sedang mengerjakan solat bersama dengan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka seseorang daripada jemaah mengucapkan "Allahu akbaru kabira, wal-hamdulillahi katsiira, wa subhanAllahi bukrataw wa asiila". Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda (selepas solat): "Siapakah yang berkata dengan kalimah sedemikian?" Maka seorang lelaki menjawab: "Saya, wahai Rasulullah." Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda lagi: " Aku takjub dengannya (yakni dengan kalimah yang diucapkan tersebut) kerana telah dibukakan baginya pintu - pintu langit." Sayyidina `Ibnu `Umar radhiyaAllahu `anhuma berkata: "Maka aku tidak meninggalkan bacaan tersebut semenjak aku mendengar Rasullullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda sedemikian." (HR. Imam Muslim dalam "al-Jaami`ush Shahih", jilid 2 halaman 99)

Rugi kalau tak baca .. 

Wallahu a'lam.

Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2014/07/pembukaan-pintu-langit.html




Link pilihan:

Sebutan AMIN yang betul

Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah

Kesilapan ketika solat - tiada takbirratul-ihram

Iqamah / Qamat

 



*

Popular Posts