"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Najis Babi Khinzir

*
Di dalam kitab Al-Fiqh wa Adillatuh, Dr.wahbah Zuhaili menyatakan kesepakatan para fuqaha tentang kenajisan daging babi walaupun disembelih mengikut syara' tetap najis, termasuk juga bulu, tulang dan kulit walaupun kulitnya disamak.

Menurut Syafi'iah, babi dan apa yang lahir daripadanya walaupun hasil kacukan dengan haiwan lain yang halal adalah najis. Dengan ini bermaksud kulit babi dan keturunannya tetap najis walaupun disamak. (Kitabul Fiqh 'Ala Mazahibil-Arba'ah)

Menurut pendapat yang zahir dalam mazhab Syafi’i, najis babi dipanggil najis mughallazah, iaitu najis berat. Cara menyucikan najis tersebut adalah khusus sebagaimana yang dinyatakan di bawah. 

Dalam Kifayat al-Akhyar Fi Hal Ghayat al-Ikhtisar, susunan seorang ulama bermazhab Syafi'i, melontarkan persoalan. Adakah menyucikan najis babi itu sama dengan najis anjing ? Lalu dijawab, ada dua qaul iaitu qaul qadim dan qaul jadid. Dalam qaul jadid dinyatakan sama dengan najis anjing ( iaitu dibasuh tujuh kali salah satunya dengan tanah ) dan pendapat ini yang diqat'ikan (diputuskan) oleh sebahagian besar ulama Syafi'i. Ia berhujah dengan Qiyas Awla.

Manakala dalam qaul qadim, dinyatakan sama macam najis lain, cukup dbasuh sekali jika ia dapat menghilangkannya. Dan pendapat dari qaul qadim ini yang dirajihkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmuk Syarah al-Muhazzab.

Qaul qadim ialah pendapat lama Imam Syafi'i ketika beliau berada di Baghdad. 
Qaul jadid ialah ijthad beliau yang baru semasa di Mesir.

Wallahu a'lam.


Sumber: http://www.najahudin.com/muat%20turun/Halal%20Food%20&%20Babi/Babi%20Menurut%20Perspektif%20Islam,%20Budaya%20Dan%20Agama%20Lain.pdf




Link pilihan :




*

Popular Posts