Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Kelebihan Bulan Muharram

*

1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)





Link pilihan :

Kelebihan Hari Asyura - 10 Muharram

Muharram bukan bulan sial

Awal Muharram

Orang yang berhijrah sebenarnya ialah ..



*

10 comments:

  1. info yang bagus...akan cuba untuk berpuasa sunat..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Terimakasih utk perkongsian ilmu..Amat berguna.:).

    ReplyDelete
  3. ahlan wasahlan 1433H!Nice sharing, terkedepan dr org lain...: Ganjil Itu Istimewa

    ReplyDelete
  4. Maaf ye.. Ingat tak boleh komen tadi.
    Terima kasih kerana tanpa ilmu ini hqmba hanya seorang manusia yg hina dan lupa.
    Salamualaikum semua. Bai.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. ada orang tua2 kata bulan muharram tidak digalakkan untuk majlis akad nikah.. komen..

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah....info yg bermanfaat

    ReplyDelete

Popular Posts