"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kenapa isteri perlu izin suami untuk berpuasa sunat ?

*
Kenapa perlu izin suami ?

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Seorang isteri tidak boleh berpuasa selagi suaminya ada di rumah, kecuali atas keizinannya". (HR. Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Dari Abu Hurairah, Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu hari pun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan". (HR Bukhari dan Muslim)

Kebanyakan ulamak berpendapat keizinan suami hanya terbatas kepada puasa sunat, manakala puasa nazar, puasa qadha’ dan puasa Ramadhan tidak perlu izin suami. Imam Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim Jld 7 pg 115.

Rasional kenapa perlu mendapat keizinan suami sebelum berpuasa:
Imam Nawawi menjelaskan: suami berhak mengajak isterinya jima’ bila-bila masa dan pada hari apa sahaja, dan haknya itu wajib dipenuhi oleh isterinya ketika itu juga, dan tidak boleh ditangguhkan oleh kerana amalan sunat. 

Wallahu a'lam.







Link pilihan:

Kelebihan Puasa Enam Hari di bulan Syawal


*


Popular Posts