Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Solat sunat menampung solat fardu


Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya amal seseorang yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat adalah solat, jika solatnya baik (diterima), maka beruntung dan berbahagialah dia. Dan jika solatnya rosak (tidak diterima), maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang sesuatu daripada solat fardunya, Allah berfirman: “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat sunat yang dapat menampung solat fardunya? ”Demikianlah keadaan semua amal yang lain dihisab.” (HR At-Tirmizi r.a.)

Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya amalan pertama manusia yang akan diperiksa pada hari akhirat ialah solatnya, berkata Tuhan kepada malaikat pada hal Dia Maha Mengetahui: Periksalah pada solat hamba-Ku sama ada dia menyempurnakannya atau tidak, kalau didapati dia telah menyempurnakan solatnya, maka tuliskanlah dengan sempurna, sebaliknya apabila didapati solat yang dilakukan tidak sempurna maka Allah berfirman yang bermaksud: “Lihatlah kalau hamba-Ku itu ada melakukan solat sunat? Kalau ada solat sunat yang dilakukannya maka Allah berfirman lagi, sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian semua amalannya yang lain diterima kerana kesempurnaan solatnya.” (HR Abu Daud)

*

6 comments:

wan or sean said...

YA ALLAH berilah kekuatan pada hamba mu ni,,
dapat menjalani hidop ni mengikut perintah mu dan meninggalkan larangan mu,,,serta ikut sunnah nabi muhammad s.a.w..
takotnye akan perhisaban mu YA ALLAH

Bella said...

As'salamualaikum , izinkan saya share . terima ksh .

Lenggang Kangkung said...

Bella, silakan

cik ungu said...

Allah sangat pemurah & penyayang.

walaupun solat tak sempurna, Dia tetap nak tolong hamba-hambanya. Dicari pulak dari solat sunat.

محمد رازيق said...

terima kasih atas perkongsian yang baik ni. ada amasa, jmput singgah blog sy, jmput bc signalkanan? signal kiri?

Anonymous said...

Terimakasih berkongsi ilmu......

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...