Di dalam kitab Al-Fiqh wa Adillatuh, Dr.wahbah Zuhaili menyatakan kesepakatan para fuqaha tentang kenajisan daging babi walaupun disembelih mengikut syara' tetap najis, termasuk juga bulu, tulang dan kulit walaupun kulitnya disamak. Menurut Syafi'iah, babi dan apa yang lahir daripadanya walaupun hasil kacukan dengan haiwan lain yang halal adalah najis. Dengan ini bermaksud kulit babi dan keturunannya tetap najis walaupun disamak. (Kitabul Fiqh 'Ala Mazahibil-Arba'ah) Menurut pendapat yang zahir dalam mazhab Syafi’i, najis babi dipanggil najis mughallazah, iaitu najis berat. Cara menyucikan najis tersebut adalah khusus sebagaimana yang dinyatakan di bawah.
Dalam Kifayat al-Akhyar Fi Hal Ghayat al-Ikhtisar, susunan seorang ulama bermazhab Syafi'i, melontarkan persoalan. Adakah menyucikan najis babi itu sama dengan najis anjing ? Lalu dijawab, ada dua qaul iaitu qaul qadim dan qaul jadid. Dalam qaul jadid dinyatakan sama dengan najis anjing ( iaitu dibasuh tujuh kali salah satunya dengan tanah ) dan pendapat ini yang diqat'ikan (diputuskan) oleh sebahagian besar ulama Syafi'i. Ia berhujah dengan Qiyas Awla. Manakala dalam qaul qadim, dinyatakan sama macam najis lain,cukup dbasuh sekali jika ia dapat menghilangkannya. Dan pendapat dari qaul qadim ini yang dirajihkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya al-Majmuk Syarah al-Muhazzab. Qaul qadim ialah pendapat lama Imam Syafi'i ketika beliau berada di Baghdad. Qaul jadid ialah ijthad beliau yang baru semasa di Mesir. Wallahu a'lam. Sumber: http://www.najahudin.com/muat%20turun/Halal%20Food%20&%20Babi/Babi%20Menurut%20Perspektif%20Islam,%20Budaya%20Dan%20Agama%20Lain.pdf
“Sesiapa membaca surah al Ikhlas hingga selesai 10 kali, maka Allah membangunkan baginya sebuah rumah di syurga.” (HR. Ahmad) Dari Abu Darda’, Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Apakah seorang di antara kalian tidak mampu untuk membaca sepertiga Al Qur’an dalam semalam?” Mereka mengatakan, ”Bagaimana kami boleh membaca sebegitu?” Lalu Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Qul huwallahu ahad itu sebanding dengan sepertiga Al Qur’an.” (HR. Muslim no. 1922) Dari Abu Sa’id Al Khudri bahwa dia mendengar seorang membaca dengan berulang-ulang ’Qul huwallahu ahad’. Tatkala pagi hari, orang yang mendengar tadi mendatangi Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam dan menceritakan kejadian tersebut. Kemudian Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, ”Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya surah ini sebanding dengan sepertiga Al Qur’an”. (HR. Bukhari) An Nawawi mengatakan, dalam riwayat yang lainnya dikatakan : ”Sesungguhnya Allah membagi Al Qur’an menjadi tiga bahagian. Lalu Allah menjadikan surat Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) menjadi satu bahagian dari 3 bahagian tadi.” Lalu Al Qodhi mengatakan bahwa Al Maziri berkata, ”Dikatakan bahwa maknanya adalah Al Qur’an itu ada tiga bahagian iaitu membicarakan (1) kisah-kisah, (2) hukum, dan (3) sifat-sifat Allah. Sedangkan surat Qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlash) ini berisi pembahasan mengenai sifat-sifat Allah. Oleh kerana itu, surat ini disebut sepertiga Al Qur’an dari bahagian yang ada. (Syarh Shahih Muslim, 6/94) Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata, “Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan pada aku untuk membaca mu’awwidzaat selepas solat.” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surat Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas (Fathul Bari, 9/62) Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Bacalah surat QUL HUWALLAHU AHAD, QUL A'UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A'UDZU BIRABBIL FALAQ ketika petang dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akan mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan." (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428) Dari 'Aisyah radhiyallohu 'anha, dia berkata, "Apabila Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surat Al Ikhlas) dan Mu'awidzatain (Surat An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika baginda sakit, baginda menyuruhku melakukan seperti itu" (HR. Bukhari no. 5748) Dari Jabir bin Samroh, beliau mengatakan, “Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam biasa ketika solat maghrib pada malam Jum’at membaca Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas)". Dari’ Aisyah rodhiyallohu ‘anha, Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Sebaik-baik surah yang dibaca ketika solat dua qobliyah subuh adalah Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273) Abdullah bin Mas’ud rodhiyallohu ‘anhu mengatakan, “Aku tidak dapat menghitung kerana sangat sering aku mendengar Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam membaca surah pada solat ba’diyah maghrib dan pada solat qobliyah subuh iaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surat Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surat Al Ikhlas).” (HR. Tirmidzi no. 431) Wallahu a'lam.
Sebutan “AMIN” yang betul ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah : AA-MIIIIIIN - (A: panjang 2 harakat (mad badal), MIN: panjang 4–6 harakat (mad ‘aridh lis sukun) ertinya YA ALLAH, KABULKANLAH DOA KAMI. Sebutan “AMIN” yang kurang tepat ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah: 1. AMIN - (A dan MIN sama-sama pendek) ertinya aman, tenteram. 2. AAAMIN - (A panjang dan MIN pendek) ertinya meminta perlindungan keamanan. 3. AMIIIIN - (A pendek dan MIN panjang) ertinya jujur, terpecaya. 4. AAAAAM-MIIIIIIN - (A: panjang 5 harakat, mim:bertasydid, dan MIN: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’. “Bila Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selesai membaca Al-Fatihah (dalam solat), baginda mengucapkan AMIN dengan suara keras dan panjang.” (HR. Bukhari dan Abu Dawud) Abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi : "Apabila imam membaca amin hendaklah kamu membaca AMIN, kerana sesungguhnya para malaikat juga membaca AMIN bersama dengan imam. Sesiapa yang bersamaan ucapan AMINnya dengan ucapan AMIN para malaikat, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu". (HR. Muslim)
Hukum menyebut AMIN selepas bacaan Fatihah adalah SUNAT, samada di dalam solat atau di luar solat. (Al-Tibyan, Imam Nawawi m/s 133) Meninggalkan sebutan AMIN tidak membatalkan solat kerana ia bukan sebahagian dari Fatihah, dan bukan juga termasuk dalam rukun solat. Ia adalah doa yang digalakkan dibaca selepas Fatihah.
Di dalam Mazhab Syafie, anggota sujud dalam solat ada tujuh iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki. Hidung tidak termasuk dalam anggota sujud. Sah solatjika sujud seseorang meletakkan dahinya sahaja di atas lantai tanpa meletakkan hidungnya. Walaubagaimana pun, hukum meletakkan hidung bersama-sama dengan dahi ketika sujud adalah sunat. (Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Imam Syafie) Wallahu a'lam.
Di dalam Mahzab Syafie, hukum menghitamkan uban adalah HARAM, kecuali untuk pergi berperang. Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, ”Pada hari penaklukan Makkah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan rambut dan janggutnya yang putih beruban. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam.” (HR. Muslim). Ulama besar Syafi’iyah, An Nawawi membawakan hadits di atas, di dalam Bab “Dianjurkannya menwarna uban dengan shofroh (warna kuning), hamroh (warna merah) dan diharamkan menggunakan warna hitam”. Ketika menjelaskan hadits di atas An Nawawi rahimahullah mengatakan, “Menurut madzhab kami (Syafi’iyah), mewarna uban berlaku bagi lelaki mau pun perempuan iaitu dengan shofroh (warna kuning) atau hamroh (warna merah) dan diharamkan mewarna uban dengan warna hitam menurut pendapat yang terkuat. Ada pula yang mengatakan bahwa hukumnya hanyalah makruh (makruh tanzih). Namun pendapat yang menyatakan haram lebih tepat berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: “hindarilah warna hitam”. Inilah pendapat dalam madzhab kami.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kelak pada akhir zaman akan ada kaum yang mewarna (rambutnya) dengan hitam seperti tembolok burung merpati, mereka tidak akan mencium bau Syurga.” ( HR. Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Hibban dan Al Hakim) Wallahu a’lam. Link pilihan: Jangan Cabut Uban Hukum Mewarna Rambut
Amalan menjirus air ke kubur hukumnya SUNNAT di dalam mazhab Syafi`e. Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya dikira satu pembaziran.
Imam asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam telah menyiram air atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. (Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215)
Diriwayatkan oleh Amir bin Rabi'ah bahwa Rasulullah memerintahkan agar dipercikkan air di atas makam Utsman bin Madhum, hal ini tertulis dalam kitab Subulussalam karya Syaikh Muhammad bin Idris Asy-Syafii.
Makam Rasulullah juga disiram dengan air setelah pemakaman selesai sebagaimana tertulis dalam kitab Sunanul Kubra karya Imam Baihaqi bahwa Sayyididina Jabir bin Abdullah berkata: رش على قبر النبي الماءرشا،قال:وكان الذي رش الماء على قبره بلال بن رباح بقربة،بدأ من قبل رأسه من شقه الأيمن حتى نتهى إلى رجليه "Makam Nabi disiram dengan air. Yang bertugas menyiram air adalah Bilal bin Rabah dengan qirbah, dimulai dari bahagian kepala, dari sisi tubuh bahagian kanan, hingga sampai bahagian kedua kaki baginda."
* Dalam hadits sahih diriwayatkan oleh Imam Bukhori dan Muslim, Sayyidina Abdullah Ibnu Abbas menyebutkan bahwa suatu hari Rasulullah bersama sejumlah sahabat melewati 2 makam. Pada saat itu Rasulullah bersabda: إنهما ليعذبان وما يعذبان في كبير،أما أحدهما فكان لايستتر من البول،وأما الآخر فكان يمشي بالنميمة "Kedua penghuni makam ini sesungguhnya sedang disiksa dan keduanya disiksa bukan kerana dosa besar. Penghuni makam yang satu semasa hidupnya ketika buang air kecil tidak menutupi dirinya sedangkan yang lainnya suka mengadu domba." Kemudian Rasulullah mengambil sepotong pelepah daun kurma yg masih basah dan membaginya menjadi 2. Setelah itu baginda menyocoknya pada setiap makam. Para sahabat lantas bertanya kepada baginda, "Wahai Rasulullah mengapa melakukan hal ini ?" Rasulullah pun menjawab: لعله يخفف عنهما مالم ييبسنا "Semoga Allah meringankan siksa keduanya selama kedua pelepah kurma ini belum kering." (HR. Bukhori, Muslim,Tirmidzi,Nasai,Abu Dawud,Ibnu Majah dan Ahmad). Perbuatan Rasulullah ini dicontoh sahabat Buraidah Al-Aslami. Sayyidina Buraidah sebagaimana disebutkan dalam shahih Bukhori bahkan berwasiat agar diletakkan dua pelepah kurma di kuburnya kelak. Imam Bukhori menuliskan: وأوصى بريدة الأسلام أن يجعل في قبره جريدتان "Buraidah berwasiat agar dikuburnya diletakkan dua pelepah kurma." Menyimak sabda Nabi dan wasiat Buraidah diatas, maka sejumlah Ulama yang dapat dipercaya fatwanya mengizinkan dan menganjurkan tabur bunga diatas kubur. Khatib Asy-Syirbini,salah satu ulama madzhab Syafii dalam kitabnya, Mughnil Muntaj bahkan berkata:
ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر،وكذا الريحان ونحوه من الشيء الرطب،ولا يحوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا عند يبسه،لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الإستغفار "Dan disunnahkan untuk meletakkan pelapah kurma yang masih hijau diatas pusara, begitu juga wangian dan sejenisnya yang berasal dari tumbuhan yang masih segar. Dan seseorang tidak boleh mengambil apa yg diletakkan diatas kubur tersebut sebelum ia kering sebab pemiliknya tidak berpaling darinya kecuali setelah kering. Kerana setelah ia kering, ia sudah tidak bermanfaat lagi, sementara ketika ia masih segar ia memohonkan keampunan". Imam Qurthubi dalam kitabnya Al-Jamiu Li Ahkamil Quran berkata: "Sabda Rasulullah yang berbunyi,"Selama keduanya belum kering", merupakan suatu petunjuk bahwa selama masih basah, ia bertasbih kepada Allah dan jika telah kering ia tiada lagi bertasbih.
"Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan pula adalah bulan umatku".
Para muhadditsin tidak sekata dan tidak sepakat menghukumkannya sebagai maudhu`(Palsu). Jika ada yang menyatakannya sebagai maudhu`, maka ada pula yang akan menyatakan bahawa ianya bukan maudhu` tetapi dho`if dan sebagainya.
Imam as-Sayuthi rahimahUllah telah memasukkan hadits ini sebagai hadits yang ke 4411 dalam karya beliau "al-Jaami`ush Shoghir fi Ahaaditsil Basyiirin Nadziir". Jika sahaja hadits tersebut disepakati atas maudhu`nya, maka sudah pasti Imam as-Sayuthi yang terkenal dengan ilmu dan waraknya tidak akan bermudah-mudah meletakkannya dalam karya himpunan haditsnya tersebut. Sudah pasti Imam as-Sayuthi mengetahui akan hukum meriwayatkan hadits maudhu tanpa memperjelaskan kepalsuannya. Sebaliknya, Imam as-Sayuthi menjelaskan bahawa hadits tersebut ada mempunyai sanad yang mursal kepada seorang tabi`in yang agung iaitu Imam Hasan al-Bashri rahimahUllah sebagaimana diriwayatkan oleh Abul Fath bin Abil Fawaaris dalam kitabnya "'Amaali" dan darjatnya adalah DHO`IF (baca: dho`if bukan maudhu`).
Selanjutnya, Imam al-Munawi rahimahUllah, pengarang "Faidhul Qadiir" yang merupakan syarah bagi "Jami`ush Shoghir" pada halaman 24, juzuk ke-4, setelah menukil pendapat al-Hafiz al-'Iraqi rahimahUllah yang menghukumkan hadits tersebut sebagai dho`if jiddan (terlalu dhoif) [lagi sekali bacanya "dho`if jiddan", bukan "maudhu` jiddan"], kerana hadits-hadist mursal yang dinisbahkan kepada Imam Hasan al-Bashri tidak mempunyai nilai di sisi para ahli hadits, menyatakan bahawa adalah pelik jika sanad hadits tersebut dihukumkan sebagai mursal sahaja. Ini adalah kerana Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" telah meriwayatkan petikan - petikan hadits yang seumpamanya pada lafaz daripada tiga jalan yang bersambung kepada sahabat Junjungan, Sayyidina Anas r.a. Ibnu Nashr dan lain-lain muhaddits juga telah meriwayat petikan-petikan hadits yang seumpamanya dengan sanad yang sama. Maka ini menunjukkan bahawa hadits tersebut bukanlah semata-mata hadits mursal, tetapi hadits yang musnad yang bersambung sanad segala periwayatnya kepada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Wallahu a'lam.
Firman Allah (maksudnya): “Tidaklah engkau
diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman)
mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan
tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut peraturanNya). Dan apa jua harta yang baik yang
kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri
kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana
menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang
baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan
baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”. (Surah al-Baqarah ayat 272) Ibn Kathir mentafsirkan ayat di atas bahawa, pemberian sedekah boleh kepada sesiapa sahaja, sama ada muslim atau
bukan muslim , orang soleh atau tidak, tetap mendapat pahala dari sisi
Allah selagi tujuannya mencari keredhaan Allah. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/476, Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub)
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim) Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Orang fakir yang beriman akan masuk syurga mendahului orang kaya selama setengah hari (akhirat), iaitu 500 tahun (dunia).” (Hadis Sunan Ibni Majah No. 4122, Kitabul zuhdi )
(Moga Allah membalas bagi pihak kami akan segala kebajikan yang dilakukan oleh Junjungan Nabi Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan balasan yang selayaknya buat baginda)
"Sesiapa yang mengucapkan: Jazallahu `anna Muhammadam maa huwa ahluh, ia akan menyibukkan 70 malaikat pencatat amalan selama 1000 hari". (HR. Imam ath-Thabraani) 70 malaikat pencatat amalan akan sibuk mencatatkan kebaikan selama 1000 hari untuk orang yang mengucapkan doa tersebut. Wallahu a'lam.
Ibnu Munzir dengan sanad yang sahih menyebut bahawa bapa kandung Nabi Ibrahim 'alaihi salam ialah Tarrikh bin Syarukh bin Nahur bin Falih. Azar bukanlah bapa atau ayah kandung Nabi Ibrahim 'alaihi salam. Wallahu 'alam.
"Akan datang kepada umatku suatu zaman yang ketika itu orang yang berpegang kepada agamanya seperti menggenggam bara api." (HR. At-Tirmidzi) Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dalam kitab al-Fitan wal Malahim, no. 4333 bahwa Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda ketika menafsirkan ayat “alaikum anfusakum” (QS. al-Maidah: 105): “Bahkan perintahkanlah oleh kamu sekalian untuk berbuat amar ma’ruf nahi mungkar, sehingga jika engkau telah melihat manusia bersifat lokek, hawa nafsu meliar, dunia diutamakan, dan setiap orang yang mempunyai pendapat, telah bangga dengan pendapatnya sendiri, maka hendaklah kalian menjaga diri kalian sendiri dan meninggalkan orang-orang awam, kerana sungguh setelah itu akan ada hari-hari orang yang sabar ibarat menggenggam bara api. Orang yang beramal (pada zaman itu, akan mendapatkan pahala) seperti pahala lima puluh kali orang yang beramal di antara kalian.” Dalam riwayat lain ada tambahan, “Para shahabat ketika itu bertanya kepada Rasulullah, “Lima puluh kali kami atau mereka?” Rasulullah menegaskan, “lima puluh kali kamu sekalian (yakni para sahabat).” Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya di belakang kalian ada hari-hari kesabaran, kesabaran di hari itu seperti menggenggam bara api, bagi yang beramal pada waktu itu akan mendapatkan pahala lima puluh.” Seseorang bertanya: “Lima puluh dari mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “lima puluh kali kamu sekalian (yakni para sahabat).” (HR Abu Dawud, At Tirmidzi lihat Silsilah Ash Shahihah no. 494) Wallahu 'alam.
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sungguh aku tahu apa yang ada bersama Dajjal, bersamanya ada dua sungai mengalir. Salah satunya secara mata kasar berupa air putih dan yang lainnya secara mata kasar berupa api yang bergejolak. Bila ada yang menjumpainya, hendaklah mendatangi sungai yang dia lihat berupa api dan hendaklah menutup mata, kemudian hendaklah menundukkan kepala lalu meminumnya kerana sesungguhnya itu adalah air dingin." (HR. Bukhari) Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, Sesungguhnya Dajjal itu adalah seorang laki-laki yang pendek, berkaki bengkok, berambut kerinting, buta sebelah matanya, di atas matanya ada kulit tebal, diantara kedua matanya tertulis KAFIR (KAF, FA, RA) yang boleh dibaca oleh setiap mukmin." (HR. Bukhari) Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kalian selesai dari tasyahud akhir, hendaklah memohon perlindungan kepada Allah dari empat perkara, iaitu; dari azab neraka Jahannam, dari siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta dari fitnah Dajjal." (HR. Bukhari) Dari Abu Darda r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim) Wallahu a'lam.
Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda: "Sesiapa yang datang kepada TUKANG TILIK, kemudian bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka TIDAK DITERIMA SOLATNYA selama 40 HARI". (HR. Muslim) Wallahu a'lam.
Para Fuqaha telah menggunakan perkataan ikhtilaf dan khilaf dengan makna yang sama iaitu sesuatu yang tidak disepakati oleh para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihadiyah. Terdapat lebih dari satu pendapat atau pandangan yang berbeza. Adab dan sikap yang dituntut atas perkara yang telah menjadi ikhtilaf atau khilaf ulama ialah : - Dilarang mengkritik dan merendahkan pendapat yang dikemukakan. - Dilarang berbantah-bantah dan dipanjangkan perdebatan. - Tidak memandang salah atau ganjil terhadap pendapat yang dikemukakan. - Menghormati pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya. - Berbaik sangka dengan pendapat yang dikemukakan. - Berlapang dada dengan pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya. Wallahu a'lam.
Hukum memainkan gendang di dalam masjid adalah perkara khilafiah, ada ulama' membolehkannya dan ada ulama' melarangnya.
Adab dan sikap yang dituntut atas perkara yang telah menjadi ikhtilaf atau khilaf ulama ialah : - Dilarang mengkritik dan merendahkan pendapat yang dikemukakan. - Dilarang berbantah-bantah dan dipanjangkan perdebatan. - Tidak memandang salah atau ganjil terhadap pendapat yang dikemukakan. - Menghormati pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya. - Berbaik sangka dengan pendapat yang dikemukakan. - Berlapang dada dengan pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya. Wallahu 'alam.
Golongan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah percaya dan yakin bahawa semua Nabi dan Rasul Allah seluruhnya, mustahil atas mereka itu kufur dan sesat, sebelum menjadi Nabi dan selepas menjadi Nabi. Al Allamah al Qadhi Iyadh pula menyatakan dalam kitabnya al Syifa bi Tarif Huquq al Mustafa: Apa yang pasti, para nabi adalah maksum sebelum dilantik menjadi nabi dan terhindar dari kejahilan tentang Allah dan sifat-sifat-Nya, dan terpelihara daripada merasa ragu walau sedikitpun mengenai perkara ini. l-Imam al-Mulla ‘Ali al-Qari al-Hanafi yang menyatakan: Dalam kitab Syarh al-’Aqa’id dinyatakan, bahwa para Nabi as. maksum dari perbuatan dusta, khususnya dalam kaitannya dengan urusan syariat, penyampaian hukum, dan bimbingan kepada umat. Mengenai maksum dari perkara tersebut yang dilakukan secara sengaja telah menjadi ijmak, adapun yang dilakukan karena lupa, menurut pendapat mayoritas tetap maksum. Soal kemaksuman mereka dari dosa-dosa yang lain dapat diperincikan, bahwa menurut ijmak mereka maksum dari kekufuran, sebelum dan setelah turunnya wahyu, begitu juga —menurut pendapat jumhur— maksum dari dosa besar yang dilakukan secara sengaja. Berbeda dengan pengikut Hasyawi. Namun, maksum darinya kerana lupa juga dibolehkan oleh kebanyakan ulama’. Soal dosa kecil, menurut jumhur boleh saja. (al-Imam al-Mulla ‘Ali al-Qari al-Hanafi, Syarh Kitab al-Fiqh al-Akbar, Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah, Beirut, cetakan I, 1995, hal. 104)
Wallahu a'lam.
Salah satu keistimewaan para Nabi dan Rasul adalah bahawa mereka sebagai manusia yang paling sempurna kejadian dan akhlaknya, paling tinggi ilmunya, paling mulia keturunannya, paling benar perkataannya, paling dapat dipercayai, dan mereka terhindar dari segala samada secara fisik mahupun rohani.
Para Nabi sentiasa mendapat pengawasan, pertolongan dan petunjuk daripada Allah SWT. Oleh itu mereka terhindar dari segala perbuatan dosa. Artinya, mereka tergolong “maksum “, tidak melakukan kesalahan dengan sengaja apalagi perbuatan dosa. - See more at: http://sejukkan-iman.blogspot.sg/2011/12/sifat-nabi-dan-rasul.html#sthash.Whk4AAOi.dpuf