"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hadith Dhaif

*

Al-Hafiz Ibnu Solah telah mentakrifkan hadith dhaif (lemah), dengan katanya bahawa: “setiap hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat hadith sahih dan tidak juga mencukupi syarat-syarat hadith hasan, maka itulah hadith dhaif”. (139تدريب الراوي :ص )

HUKUM BERAMAL DAN BERHUJAH DENGAN HADITH DHAIF

Boleh beramal dengan hadith dhaif pada fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu tetapi dengan beberapa syarat. Ini adalah pendapat jumhur ulama’. Di antaranya Amirul Mukminin Fil Hadith Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Hafiz Imam Nawawi, Imam Al-Suyuti, Al-Hafiz Al-Iraqi, Al-Khatib Al-Baghdadi dan lain-lain. Pendapat ini adalah yang muktamad di sisi Imam Muhaddithin kerana ianya disokong oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Syeikh Jamaluddin Al-Qasimi pernah menyatakan dalam kitab beliau ‘Qawaid Al-Tahdis’ m/s 113: “”هذا هو المعتمد عند الأئمة Ertinya: “Ini adalah pendapat yang muktamad di sisi imam-imam hadith”. (255-257: (الحديث الضعيف أسبابه وأحكامه)

Ada pun syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Al-Sakhawi dalam kitabnya, Al-Qaul Al-Badi’: “Aku telah mendengar daripada guru kami Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani r.h.m memberitahu berulang kali bahawa syarat-syarat beramal dengan hadith dhaif itu ada tiga:

1)      Bahawa kedhaifan hadith itu tidak bersangatan. Hadith yang bersangatan dhaif ialah perawinya pendusta atau yang dituduh dengan dusta. Syarat ini disepakati oleh ulama.

2)      Bahawa sesuatu hadith dhaif itu termasuk di dalam asal (Quran, Hadith, Ijma’ dan Qias) yang umum.

3)      Bahawa tidak mengiktikadkan datang daripada nabi shollallahu 'alaihi wasallam ketika beramal dengannya supaya tidak disandarkan kepada baginda shollallahu 'alaihi wasallam dengan apa yang tidak dikatakan.

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami ada menyebut mengapa dibenarkan beramal dengan hadith dhaif dalam fadha'il al-'amal : "Telah sepakat para ulama' boleh beramal dengan hadis dhaif dalam fadhail al-'amal; kerana jika ia adalah sahih (sebenarnya), maka ia akan diberikan haknya kerana mengamalkannya. Dan jika (ia tak sahih), maka ia tidak ada kesan ke atas hukum hakam (halal / haram) dan ia juga tidak mengurangi hak yang lain." (Dinaqalkan dari kitab Manhaj al-Naqd fi 'Ulum al-Hadith oleh Nuruddin al-'Itr, ms. 293)


Hadits Dha’if berbeza dengan Hadits Maudhu’.  Hadits Maudhu’ (hadis palsu) ialah sesuatu yang didakwa sebagai hadith tetapi telah diTOLAK atau disahkan sebenarnya ia bukan hadith. 





Link Pilihan :

Hukum Beramal dengan Hadis Daif

Memahami Hadis Dhaif 

Tidak boleh mengatakan “Rasulullah bersabda” pada hadits daif 

Dinilai dhaif tak semestinya dhaif ketika sampai kepada Imam-imam mazhab.

Memahami Hadis Maudhu'

https://www.facebook.com/sawanih/posts/605109959656314



1 ulasan:

Popular Posts