"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Adab Khilafiah

*

Para Fuqaha telah menggunakan perkataan ikhtilaf dan khilaf dengan makna yang sama iaitu sesuatu yang tidak disepakati oleh para fuqaha dalam masalah-masalah ijtihadiyah. Terdapat lebih dari satu pendapat atau pandangan yang berbeza.

Adab dan sikap yang  dituntut atas perkara yang telah menjadi ikhtilaf atau khilaf ulama ialah :
- Dilarang mengkritik dan merendahkan pendapat yang dikemukakan.
- Dilarang berbantah-bantah dan dipanjangkan perdebatan.
- Tidak memandang salah atau ganjil terhadap pendapat yang dikemukakan.
- Menghormati pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya.
- Berbaik sangka dengan pendapat yang dikemukakan.
- Berlapang dada dengan pendapat ulama tersebut dan pengikut yang mengamalkannya.

Wallahu a'lam.



Sumber:

http://nasronhashim.blogspot.com/2012/07/adab-adab-berbeza-pendapat-khilafiah.html
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=882&Itemid=1
http://onemas-jendelailmu.blogspot.com/2010/11/nasehat-kepada-yang-suka-melemparkan.html



*



Popular Posts