"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Anggota Sujud Dalam Solat

*

Di dalam Mazhab Syafie, anggota sujud dalam solat ada tujuh iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki. Hidung tidak termasuk dalam anggota sujud. Sah solat jika sujud seseorang meletakkan dahinya sahaja di atas lantai tanpa meletakkan hidungnya. Walaubagaimana pun, hukum meletakkan hidung bersama-sama dengan dahi ketika sujud adalah sunat. (Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Imam Syafie)

Wallahu a'lam.





Link pilihan:


Cara Sujud Yang Ditegah


Kesilapan ketika solat – Sebutan takbir yang salah


Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah





*

Popular Posts