"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Sebutan AMIN Yang Betul

*

Sebutan “AMIN” yang betul ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah :

AA-MIIIIIIN - (A: panjang 2 harakat (mad badal), MIN: panjang 4–6 harakat (mad ‘aridh lis sukun) ertinya YA ALLAH, KABULKANLAH DOA KAMI.


Sebutan “AMIN” yang kurang tepat ketika mengaminkan doa atau selepas al-fatihah:

1. AMIN -  (A dan MIN sama-sama pendek) ertinya aman, tenteram.

2. AAAMIN - (A panjang dan MIN pendek) ertinya meminta perlindungan keamanan.

3. AMIIIIN - (A pendek dan MIN panjang) ertinya jujur, terpecaya.

4. AAAAAM-MIIIIIIN - (A: panjang 5 harakat, mim:bertasydid, dan MIN: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.


“Bila Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selesai membaca Al-Fatihah (dalam solat), baginda mengucapkan AMIN dengan suara keras dan panjang.” (HR. Bukhari dan Abu Dawud)

Abu Hurairah meriwayatkan sebagai berikut: "Bersabda Nabi : "Apabila imam membaca amin hendaklah kamu membaca AMIN, kerana sesungguhnya para malaikat juga membaca AMIN bersama dengan imam. Sesiapa yang bersamaan ucapan AMINnya dengan ucapan AMIN para malaikat, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu". (HR. Muslim)


Hukum menyebut AMIN selepas bacaan Fatihah adalah SUNAT, samada di dalam solat atau di luar solat. (Al-Tibyan, Imam Nawawi m/s 133)

Meninggalkan sebutan AMIN tidak membatalkan solat kerana ia bukan sebahagian dari Fatihah, dan bukan juga termasuk dalam rukun solat. Ia adalah doa yang digalakkan dibaca selepas Fatihah.



Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Sebutan Takbir Yang Salah

Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah


*

Popular Posts