*
Firman Allah (maksudnya): “Tidaklah engkau
diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman)
mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan
tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut peraturanNya). Dan apa jua harta yang baik yang
kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri
kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana
menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang
baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan
baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”. (Surah al-Baqarah ayat 272)
Ibn Kathir mentafsirkan ayat di atas bahawa, pemberian sedekah boleh kepada sesiapa sahaja, sama ada muslim atau
bukan muslim , orang soleh atau tidak, tetap mendapat pahala dari sisi
Allah selagi tujuannya mencari keredhaan Allah. (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/476, Saudi: Dar ‘Alam al-Kutub)
*



