"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Hadis Qudsi

*
Hadis Qudsi ialah hadis yang makna atau isi kandungannya datang dari Allah swt. tetapi lafaznya dari Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam Allah menyampaikan hal itu kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi. Berbeza dengan AlQuran yang diturunkan bersama lafaznya oleh Allah kepada Nabi. Hadis Qudsi ialah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi tidak bersama lafaz sekali.

Kebiasaanya hadis qudsi diriwayatkan dengan ungkapan Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda dikuti dengan ungkapan Allah berfirman..

Dari Abu Hurairah ra. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, Allah berfirman, "Aku telah sediakan balasan nikmat untuk hambaKu yang beriman dan beramal soleh, kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, kenikmatan yang belum pernah didengar oleh telinga , kenikmatan yang belum pernah terbayang di hati manusia." (HR Tirmidzi)




Link pilihan:

Himpunan Hadis Qudsi

Koleksi Hadis Qudsi



*

Dilarang duduk di atas kubur

*
Daripada Abi Hurairah ra. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Seseorang itu lebih baik baginya duduk di atas bara api sehingga terbakar kainnya dan kulitnya daripada duduk di atas kubur". (HR Muslim)

Larangan ini adalah bertujuan menghormati ahli kubur.




Link pilihan:

Kelebihan Ziarah Kubur



*

Sakit Menghapus Dosa

*

Dari Anas ra, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)



*

Link pilihan:


Pengertian Sabar

Pengertian Syukur


*

Dilarang pakai kasut/selipar ketika ziarah kubur

*

Basyir bin Handzalah ra, meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam menanggalkan sandalnya bila berada di kawasan perkuburan. (HR. an-Nasa’i, Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Ketika aku menemani Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam melalui perkuburan kaum Muslimin, baginda terlihat seorang lelaki berjalan di antara kubur dengan memakai terompah, maka baginda pun bersabda, "Wahai orang yang memakai terompah, lepaskanlah kedua terompahmu itu. Maka orang tersebut memandang dan ketika bahawa yang dipandang itu adalah Rasulullah, dia pun segera melepaskan kedua terompahnya lalu melemparkan keduanya. (HR. al-Baihaqi)

Ibn Hajar berpendapat makruh hukumnya memakai sandal/kasut di kawasan perkuburan.

Imam at-Thahawi mengatakan jika kawasan perkuburan itu bersih dan selamat barulah ditanggalkan kasut atau sandal dengan tujuan menghormati ahli kubur, tetapi jika kawasan kuburan itu kotor atau berduri maka tidak perlu membuka alas kaki. 




Link pilihan:

Kebaikan Ziarah Kubur



*

Ziarah Kubur

*


Daripada Buraidah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Aku pernah melarang kalian daripada menziarahi kubur, sekarang ziarahilah ia". [[Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Isti'zan an-Nabiyy sallallahu 'alaihi wa sallam Rabbahu Fi Ziarah al-Qubur, hadis no: 977]]

Dalam riwayat At-Tirmizi disebutkan: Sesungguhnya ia (iaitu menziarahi kubur) akan mengingatkan diri kepada akhirat. [Jami' at-Tirmizi, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Jaa Fi ar-Rukhsah Fi Ziarah al-Qubur, hadis no: 1054, hasan sahih]

Daripada Buraidah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam pernah mengajar sahabat-sahabat apabila mereka keluar untuk pergi ke tanah perkuburan untuk membaca:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللَّهُ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللَّهَ لَنَا وَلَكُمْ الْعَافِيَةَ.
Kesejahteraan ke atas kalian wahai penduduk tempat ini daripada kalangan orang beriman dan muslim. Sesungguhnya kami, Insya-Allah, akan menyertai kalian. Aku memohon kepada Allah kesejahteraan untuk diri kami dan diri kalian. [Sahih Muslim, Kitab al-Janaiz, Bab Ma Yuqal 'Inda Dukhul al-Qubur wa ad-Dua' li Ahliha, hadis no: 975]

Wallahu a'lam.

*
Link pilihan:


https://www.facebook.com/DrRozaimiRamle/posts/1493238604036968

Dilarang pakai kasut/selipar ketika ziarah kubur

Dilarang duduk di atas kubur

Jirus Air Atas Kubur

Baca Al Quran Ketika Ziarah Kubur

Hadiah Pahala Bacaan AlQuran

Bina Binaan Atas Kubur


Kenduri Arwah

Ziarah Makam Nabi

Ziarah Makam Aulia




*

Fitnah Kubur

*
Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.a, bahawa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selalu berdoa :

اللهمَّ إني أعوذ بك من عذاب النار وفتنة النار ، وفتنة القبر وعذاب القبر


"Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaanMU dari azab neraka dan fitnah neraka dan dari fitnah kubur dan azab kubur". (Sahih Bukhari 6014)

Al-Hafidz Ibnu Hajar r.h menyebut maksud fitnah kubur ialah soalan dua malaikat di dalam kubur.

Mubarakfuri r.h menyebut, fitnah kubur ialah kesulitan apabila menjawab soalan dua malaikat di dalam kubur. (Rujuk, تحفة الاحوذي , 9/328 )

"Mintalah keampunan daripada Allah untuk si mati dan mintalah ketetapan (kebenaran di dalam menjawab), kerana dia sekarang sedang disoal". (HR. Abu Daud)




Link pilihan:

Baca Surah Al Mulk untuk selamat siksa azab kubur




*

Api

*
Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Api yang kamu nyalakan di dunia ini hanya sepertujuh puluh dari panas api neraka. Kalau sebahagian kecil sahaja api neraka jatuh ke dunia nescaya mendidih air laut kerana panasnya.” (HR. Muslim)



Wallahu a'lam,



Link pilihan:

Kelebihan Hari Jumaat

Neraka



*

Hutang

*


Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, "Orang mampu, yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman." (HR Bukhari)

"Bagi orang berkemampuan, melewatkan pembayaran hutang adalah zalim, halal ke atas mereka dihukum". (HR Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban)

Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, "Sesiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun sesiapa yang meminjam dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" (HR Bukhari)

Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, “Jiwa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskannya.” (HR Muslim)

Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (HR Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

"Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)



Artikel pilihan:

Bahaya  TIDAK MAHU  bayar hutang


*

Abu Lahap

*

Abu Lahap adalah musuh utama Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahap sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi sehingga berusaha agar Nabi dibunuh.

Abu Lahap adalah bapa saudara Nabi sallallahu `alaihi wa sallam. Nama sebenar Abu Lahap ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Abu Lahab adalah abang kepada ayahanda Nabi, Abdullah bin Abdul Mutalib.


Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Mutalib bermimpi bertemu Abu Lahab dan Abbas bertanya padanya, “bagaimana keadaan mu?”, Abu Lahab menjawab, “aku sedang disiksa, tetapi pada setiap hari isnin siksaan ke atas aku diringankan kerana pada hari kelahiran Muhammad sallallahu `alaihi wa sallam, aku telah membebaskan hambaku Tsuwaibah kerana sangat gembira dengan kelahirannya”. (Sahih Bukhari no.4813)

Manusia yang zalim pun diberi keringanan siksaan kerana pernah gembira dengan kelahiran Nabi sallallahu `alaihi wa sallam.



*

Hidupkan Sunnah

*



"Sesiapa menghidupkan sunnahku maka dia benar-benar mencintaiku, sesiapa yang mencintaiku maka dia akan bersamaku di syurga." (HR. Tirmidzi)

*

Amalan Bangun Tidur

*

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (HR. Muslim)


Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda akan membaca Alhamdulillahil lazi ahyana ba' dama ama tana wailai hin nushur (Segala puji Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan(tidur) kami dan kepadaNya tempat kembali). (HR Bukhari)

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum dia mencucinya tiga kali.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Link pilihan:

Adab Menguap



*

Cara Nabi tidur

*
Waktu Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wa sallam hendak tidur, lazimnya baginda meletakkan tapak tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (HR Thabarani)

Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki diatas kaki yang lain. “Daripada Abbad bi Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas kaki yang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Dilarang tidur meniarap



*

Berwuduk sebelum tidur

*

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu hendak tidur, hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wuduk untuk melakukan solat." (HR. Bukhari dan Muslim)

Imam Nawawi mengatakan, “Para ulama mazhab kami (Syafi’iyah) sepakat bahwa tidak dianjurkan bagi wanita haid atau nifas untuk berwuduk (sebelum tidur). (Syarh Shahih Muslim, 3:218)





Link pilihan:

Kelebihan berwuduk

Tidur adalah ibadah

Mengambil Wuduk Ketika Hadas Besar 



*

Dilarang tidur meniarap

*
Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi sallallahu `alaihi wa sallam sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata,  "Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Wallahu a'lam,



Link pilihan:

Tidur adalah ibadah



*

Tidur adalah Ibadah

*
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersolat ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan solat. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Wallahua'lam.




Link pilihan:

Baca Ayat Kursi sebelum tidur

Istighfar sebelum tidur

Berwuduk sebelum tidur

Doa sebelum dan selepas tidur

Masukkan air ke dalam hidung bila bangun tidur

Dilarang tidur meniarap

Cara Nabi Tidur


*

Surah Al Mulk, selamat dari siksa kubur

*
Dari Abu Hurairah, Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Ada satu surah dari al qur'an yang terdiri dari tiga puluh ayat yang dapat memberi syafa'at kepada yang membacanya, sampai dia diampuni, iaitu: "Tabaarakalladzii biyadihil mulk… (surat Al Mulk)" (HR. Tirmidzi no. 2891, Abu Daud no. 1400, Ibnu Majah no. 3786, dan Ahmad 2/299).

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, dia berkata, “Sesiapa membaca “Tabarokalladzi bi yadihil mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari siksa /azab kubur.” (HR. An Nasai dan Al Hakim)



Link pilihan:

Fitnah Kubur

Mati Tanpa Dosa

Doa lindung siksa / azab kubur



*

Doa lindung azab kubur

*

Dari ‘Aisyah ra., "Aku tidak lihat Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam selepas solat melainkan baginda meminta perlindungan daripada azab kubur”. (HR Bukhari dan Muslim)




Link pilihan:

Fitnah Kubur

Mati Tanpa Dosa

Surah Al Mulk, penyelamat azab siksa kubur



*

Mati Tanpa Dosa

*
Jangan takut mati.
Yang perlu kita takuti adalah azab siksa sesudah mati.
Akan ada azab kubur, azab di Mahsyar dan azab Neraka.
Azab siksa adalah balasan untuk sesiapa yang mempunyai dosa.

Untuk selamat dari azab siksa selepas mati adalah mati tanpa dosa.

Untuk mencapai matlamat mati tanpa dosa:

1. Jaga diri dari melakukan dosa. Perkara WAJIB, jangan tinggal. Perkara haram, jangan buat.

2. Segera bertaubat jika melakukan dosa.

3. Segera memohan maaf dan halal jika melakukan kesalahan kepada manusia lain.

4. Bayar semua hutang. Pastikan waris tahu hutang kita dan ingatkan mereka untuk membayar hutang tersebut jika kita meninggal dunia.

5. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dosa, keselamatan dan perlindungan dari siksa azab neraka dan siksa kubur.



Link pilihan:

Siksaan Neraka Yang Paling Ringan

Doa lindung azab kubur

Mati dalam keadaan Islam

Syarat diterima taubat

Persediaan Untuk Mati

Tidak Dapat Masuk Syurga Jika Tidak Mahu Bayar Hutang



*

Air dimasuki lalat boleh diminum

*

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." (Sahih Bukhari)

*

Popular Posts