اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Neraka

*


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Sesungguhnya siksaan penghuni neraka yang paling ringan ialah seorang yang akan diletakkan di bawah telapak kakinya dua bara api neraka yang panasnya akan mendidihkan otak di kepalanya. ( HR Bukhari & Muslim )

Dari Abdullah bin Khaliq bin Jundub Al Jabili dia berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya di Neraka ada enam ular bagaikan leher-leher unta yang menyengat seorang di antara penghuni Neraka tersebut maka dia mendapatkan panasnya selama tujuh puluh tahun. Dan di dalam Neraka ada kala jengking yang besarnya bagaikan kaldai dan salah satu di antaranya kala jengkng tersebut menyengat seorang dari penghuni Neraka maka dia mendapatkan pedihnya sengatan tersebut selama empat puluh tahun.” (HR Imam Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim, dan Al Baihaqi)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Api yang kamu nyalakan di dunia ini hanya sepertujuh puluh dari panas api neraka. Kalau sebahagian kecil sahaja api neraka jatuh ke dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya.” (HR. Muslim)


Kejayaan sebenar ialah terselamat dari masuk neraka.

Wallahu a'lam




Link pilihan:

Orang Islam Tidak Kekal Dalam Neraka

Syurga




*

9 ulasan:

  1. Ya Allah Ya Tuhanku..hindarilah dari dosa2..

    BalasPadam
  2. semoga Allah mematikan kita dalam husnul khatimah dan menyelamatkan kita ketika meniti titian sirat

    BalasPadam
  3. Astaghfirullah

    BalasPadam
  4. Tiga tingkatan ahli saiiah,
    Dzolimin,
    Fasiqin,
    Kafirin.
    Kafirin pasti ke Neraka dan kekal di dlmnya.
    Fasikin yg tidak sampai ke tingkatan kufur juga ke Neraka, tp insyaAllah tidak kekal.
    Dzolimin yg tidak sampai ke tingkatan fasikin, mungkin ke Neraka tp insyaAllah tidak kekal, bahkan mungkin juga diampunkan dan tidak masuk Neraka, cuma sekadar "wariduha" sahaja bg memenuhi Sumpah Allah swt dlm Surah Maryam ayat 71.
    Ashabul A'raaf ? Kebaikannya menghalang dia ke Neraka, keburukkannya menghalang dia ke Syurga. Tp akhirnya ke Syurga juga dgn Rahmat Allah swt. Berapa lama menanti di Al A'raaf ? WaAllahu'alam !

    BalasPadam
  5. Sgt panasnya Neraka, letak kaki mendidih otak. Bayangkan berjln dan memijak di atas simen yg panas dihari yg panas, berjinjit jinjit dan melompat lompat kita. Itu baru panas simen terkena matahari yg jauh 10 minit cahayanya nak sampai ke bumi. Inikan pula panas Neraka.
    Utk merasakan sakitnya panas Neraka, ahli Neraka membesar dlm Neraka sehingga kulitnya sahaja setebal tiga hari perjalanan, na'uzubillah !

    BalasPadam
  6. Buat yg wajib, jauhi yg haram, bnykkan yg sunat, elakkan yg lagho (sia sia) dan makruh semampu mampunya.
    Berbaik dgn semua org, maafkan semuanya, sentiasa bersangka baik.
    Amalkan,
    Sayyidul / Penghulu Istighfar setiap pagi dan awal malam.
    Ayatul Kursi setiap lepas solat fardhu.
    Surah AtTakasur setiap malam.
    Dua ayat terakhir Surah Al Baqarah setiap malam.
    Mudah mudahan bertemu di Al Haudh.

    BalasPadam
  7. Sifat ahli Neraka;
    1. 'Utul : Kasar, mudah marah, buruk bahasanya, suka bertengkar dan berselisih.
    2. Jawwaz : Berlagak, ego,degil, keras kepala, rasa benar sendiri, pantang mengalah.
    3. Mustakbir : Angkuh, sombong, bongkak, membesar diri merasa diri hebat, meremehkan memperlekehkan org lain.
    Jauhilah, jika ada dlm diri, latihlah meninggalkannya dgn sabar, berlapang dada, memaafkan, dan berbuat baik, membantu, menolong dan mempermudahkan sesama manusia dan sesama makhluk.

    BalasPadam
  8. "Dan tiadalah seorg pun dr kamu kecuali akan mendtginya (Neraka itu), adalah yg demikian itu satu ketetapan dr Tuhanmu." 19:71.
    "Kemudian akan Kami selamatkan org org yg bertaqwa, dan akan Kami tinggalkan org org yg zalim dlm keadaan berlutut." 19:72.
    Mk itu berdoalah !
    "Katakanlah : Wahai Tuhanku ! Sekiranya Engkau perlihatkan kpdku apa (azab) yg Engkau janjikan / sediakan (kpd org org yg zalim itu), wahai Tuhanku ! Jgnlah Engkau jadikan aku tergolong di dlm golongan org org yg zalim itu." 23:93-94.
    Amiin !

    BalasPadam

Popular Posts