اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Sakaratul maut

*

Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.
Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Mari amalkan doa ini, moga Allah memberi pertolongan dan kemudahan kepada kita pada masa menempuhi sakaratul maut nanti.

“Allah humma haw win ‘alai na fii sakara til maut”.
(Ya Allah, permudahkanlah kami menghadapi sakaratul maut).

Jangan lupa meminta ampun kepada Allah di saat menhadapi sakaratul maut kerana pintu taubat masih terbuka selagi roh belum sampai ke halkom. Jika tidak dapat disebut dengan mulut, ucapkan di dalam hati, “Astagh firullah” atau “Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku”.

Di ketika ini kalimah yang perlu sering dilafazkan ialah “LA ILA HA ILLALLAH”.

Diharapkan ada ahli keluarga yang akan mengingatkan dan mengajarkan kita untuk menyebut “LA ILA HA ILLALLAH” di saat genting sakaratul maut nanti.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Sahih Al-Jami' 5/432].

Ibnu Arabi, seorang ulama tasawuf dan ahli tafsir, waktu sedang sakaratul maut, anaknya telah mentalkinkan “LA ILA HA ILLALLAH”, beliau sebaliknya menjawab, " Tidak!!! Tidak!!! Tidak!!! " Kejadian itu sangatlah mengejutkan anaknya. Setelah agak lega sedikit, dia meminta air, lalu dihulurkan oleh anaknya. Anaknya bertanya, " Mengapa bapa menafikan kalimah syahadah? " Beliau menjawab, " Oh, tidak anakku, aku tidak mendengarnya melainkan suara syaitan yang mengajak aku megikut agama Nasrani dan Yahudi! "

Pada saat sukar ini juga, iblis pula akan datang berusaha buat kali terakhir untuk menyesatkan kita.

Jika kita terpedaya dengan pujuk rayu iblis ketika sakaratul maut maka amatlah rugi kerana mendapat kesudahan yang buruk (Su ul hotimah).

Jika kita berjaya mengatasi tipu helah iblis ketika itu maka dapatlah kita kesudahan yang baik (Husnul hotimah).

Mari amalkan doa ini, moga Allah menolong kita untuk berjaya mendapat Husnul hotimah.

“Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah innaka antal wahab”
(Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.)

“Allah humma tim lana bi husnil hotimah, Wala tah tim ‘lai na bi su il hotimah”
(Ya Allah, dapatkanlah kami kesudahan yang baik dan jauhilah kami dari kesudahan yang buruk) - Klik Sini


Kepada Allah berserah.




Link Pilihan:

Mati Dalam Keadaan Islam



*

Kelebihan Ilmu

*
”Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim.” (HR Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu padanya nescaya Allah akan mudahkan padanya jalan ke syurga." (HR Muslim)

“ Sesiapa sahaja yang melalui satu jalan demi menuntut ilmu , maka Allah nanti akan melalukan ( mempermudahkan laluan orang itu ) ke syurga . Dan sesungguhnya para malaikat rh sentiasa membuka sayap-sayap mereka kerana mengharapkan keredhaan ( Allah ) kepada para penuntut ilmu . Dan sesungguhnya orang ‘alim itu , sentiasa akan diminta ampun untuknya oleh setiap makhluk yang berada di langit dan di bumi , hinggakan ikan-ikan di dalam air . Dan sesungguhnya kelebihan orang ‘alim di atas seorang ‘abid ( orang yang suka beramal – ibadat ) adalah seumpama kelebihan ( kedudukan ) bulan di atas segala planet . Sesungguhnya para ulama’ itu adalah para pewaris Para Nabi ( a.s ) . ( Dan ) sesungguhnya Para Nabi ( a.s ) tidak pernah mewariskan ( meninggalkan ) sebarang dinar ( duit emas ) ataupun dirham ( duit perak ) melainkan mereka semua hanya meninggal ilmu semata-mata . Maka sesiapa sahaja yang mengambil warisan ( daripada Para Nabi a.s itu ) , maka sesungguhnya dia benar-benar telah mengambil keuntungan yang terlalu besar". (HR Al-Imam at-Tirmizi)

"Keutamaan seorang alim (berilmu) atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (HR Tirmidzi)

Habib Ahmad bin Hasan al-`Aththas mengatakan: "Ilmu adalah alat, meskipun ilmu itu baik, ia hanyalah alat, bukan tujuan (matlamat). Makanya, ilmu harus diiringi adab, akhlak dan niat yang shalih. Ilmu sedemikianlah yang dapat menghantarkan seseorang kepada maqam-maqam yang tinggi. " 




*

Toma´ninah

*

Toma’ninah mesti dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.

Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun yang disebutkan.

Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, toma’ninah adalah rukun solat.

Rukun solat jika ditinggalkan maka solat itu TIDAH SAH.

"Allah tidak akan melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud. (HR Thabrani)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (HR Ahmad, Abu Daud dan Nasaie)

"Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka ? Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas). (HR Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)



Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Kesilapan ketika solat - tiada takbirratul-ihram

Kesilapan ketika solat – Sebutan takbir yang salah

Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah




*

Kisah Ayat Kursi

*

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadhan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Lepaskan aku, sesungguhnya aku orang miskin dan ada ramai anak.' Maka aku pun epaskannya. Pada keesokan harinya, Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu semalam ?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali kerana Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, aku tidak akan datang lagi selepas ini.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi. Keesokan harinya, Rasulullah bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'

Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu dan dia akan datang lagi.' Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali lagi, namun nyatanya kembali lagi.'

Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.' Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'Maka aku pun membebaskannya.

Keesokan hari, Rasulullah bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajariku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Bagindau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan sentiasa menurunkan pelindung bagimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.'

Maka Nabi bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'" (HR Bukhari)





Link pilihan:

Kelebihan Ayat Kursi



*

Jilat Jari Selepas Makan

*

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila kamu telah selesai makan, jangan dibersihkan jari-jari kamu sebelum kamu menjilatnya". (HR Muslim)



Link Pilihan :




*

Hukum Cukur Janggut

*
Dari Ibn Umar ra berkata bahawa “Kami telah diperintahkan oleh Nabi sallallahu `alaihi wa sallam supaya memelihara janggut.” (HR Muslim)

Mahzab Syafie menghukumkan makruh mencukur janggut. (al-Qaradawi, Fiqh atTaharah, Maktabah Wahbah (2002), ms 116).

Mazhab Hanafi pula menghukumkan makruh yang hampir kepada haram (makruh tahrimi).

Mazhab Maliki dan Hambali menghukumkan haram lelaki mencukur janggut.

Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Hukum Cukur Bulu Kening



*

Hadis Qudsi

*
Hadis Qudsi ialah hadis yang makna atau isi kandungannya datang dari Allah swt. tetapi lafaznya dari Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam Allah menyampaikan hal itu kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi. Berbeza dengan AlQuran yang diturunkan bersama lafaznya oleh Allah kepada Nabi. Hadis Qudsi ialah wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi tidak bersama lafaz sekali.

Kebiasaanya hadis qudsi diriwayatkan dengan ungkapan Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda dikuti dengan ungkapan Allah berfirman..

Dari Abu Hurairah ra. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, Allah berfirman, "Aku telah sediakan balasan nikmat untuk hambaKu yang beriman dan beramal soleh, kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, kenikmatan yang belum pernah didengar oleh telinga , kenikmatan yang belum pernah terbayang di hati manusia." (HR Tirmidzi)




Link pilihan:

Himpunan Hadis Qudsi

Koleksi Hadis Qudsi



*

Dilarang duduk di atas kubur

*
Daripada Abi Hurairah ra. Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Seseorang itu lebih baik baginya duduk di atas bara api sehingga terbakar kainnya dan kulitnya daripada duduk di atas kubur". (HR Muslim)

Larangan ini adalah bertujuan menghormati ahli kubur.




Link pilihan:

Kelebihan Ziarah Kubur



*

Sakit Menghapus Dosa

*

Dari Anas ra, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]

Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)



*

Link pilihan:


Pengertian Sabar

Pengertian Syukur


*

Dilarang pakai kasut/selipar ketika ziarah kubur

*

Basyir bin Handzalah ra, meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam menanggalkan sandalnya bila berada di kawasan perkuburan. (HR. an-Nasa’i, Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah)

Ketika aku menemani Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam melalui perkuburan kaum Muslimin, baginda terlihat seorang lelaki berjalan di antara kubur dengan memakai terompah, maka baginda pun bersabda, "Wahai orang yang memakai terompah, lepaskanlah kedua terompahmu itu. Maka orang tersebut memandang dan ketika bahawa yang dipandang itu adalah Rasulullah, dia pun segera melepaskan kedua terompahnya lalu melemparkan keduanya. (HR. al-Baihaqi)

Ibn Hajar berpendapat makruh hukumnya memakai sandal/kasut di kawasan perkuburan.

Imam at-Thahawi mengatakan jika kawasan perkuburan itu bersih dan selamat barulah ditanggalkan kasut atau sandal dengan tujuan menghormati ahli kubur, tetapi jika kawasan kuburan itu kotor atau berduri maka tidak perlu membuka alas kaki. 




Link pilihan:

Kebaikan Ziarah Kubur



*

Ziarah Kubur

*

"Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah kerana ia dapat melembutkan hati, mengalirkan air mata dan mengingatkan kepada akhirat dan janganlah kamu berkata perkara yang tidak baik". (HR al-Hakim)

"Sesungguhnya aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah, kerana padanya terdapat pengajaran". (HR Ahmad dan al-Hakim)

"Aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur maka sekarang ziarahilah kubur kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat". (HR Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkan kamu kepada kematian.” (HR Muslim).

Dari Sulaiman bin Buraidah dari ayahnya (Buraidah), Nabi sallallahu `alaihi wa sallam mengajarkan kepada mereka (para sahabat) apabila menziarahi perkuburan hendaklah ucapkan : "Salam sejahtera wahai penghuni kubur dari kalangan mukminin dan muslimin, sesungguhnya kami insya Allah akan menyusuli kamu semua, kami mohon keselamatan daripada Allah untuk diri kami dan untuk kamu semua". (HR Muslim)

Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Dilarang pakai kasut/selipar ketika ziarah kubur

Dilarang duduk di atas kubur


*

Fitnah Kubur

*
Diriwayatkan daripada Ummul Mukminin, Aisyah r.a, bahawa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam selalu berdoa :

اللهمَّ إني أعوذ بك من عذاب النار وفتنة النار ، وفتنة القبر وعذاب القبر


"Ya Allah, aku berlindung dengan kekuasaanMU dari azab neraka dan fitnah neraka dan dari fitnah kubur dan azab kubur". (Sahih Bukhari 6014)

Al-Hafidz Ibnu Hajar r.h menyebut maksud fitnah kubur ialah soalan dua malaikat di dalam kubur.

Mubarakfuri r.h menyebut, fitnah kubur ialah kesulitan apabila menjawab soalan dua malaikat di dalam kubur. (Rujuk, تحفة الاحوذي , 9/328 )

"Mintalah keampunan daripada Allah untuk si mati dan mintalah ketetapan (kebenaran di dalam menjawab), kerana dia sekarang sedang disoal". (HR. Abu Daud)




Link pilihan:

Baca Surah Al Mulk untuk selamat siksa azab kubur




*

Popular Posts