
Toma’ninah mesti dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.
Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun yang disebutkan.
Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, toma’ninah adalah rukun solat.
Rukun solat jika ditinggalkan maka solat itu TIDAH SAH.
Rasulullah saw. bersabda, "Allah tidak akan melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud. (HR Thabrani)
Rasulullah saw. melarang solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. (HR Ahmad, Abu Daud dan Nasaie)
Rasulullah saw. bersabda, "Seburuk-buruk orang yang mencuri ialah mereka yang mencuri daripada solat mereka. Sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri daripada solat mereka ? Rasulullah saw. menjawab: Mereka yang tidak sempurna rukuk dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas). (HR Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)
Wallahu 'alam.
Link pilihan:
Kesilapan ketika solat - tiada takbirratul-ihram
Kesilapan ketika solat – Sebutan takbir yang salah
Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah
*











Alhamdulillah, mudah2han jdi pringatan utk diri sy dlm jalankn perkara yg wajib..
ReplyDeleteSIAPA HINA ISLAM?
ReplyDeleteikutilah kisah penghinaan terhadap masjid dan ahli khariah kampung baru sedenak oleh pentadbir yang jahil dan zalim di www.karamsingwali.blogspot.com
salam semua,
ReplyDeletesudilah kiranya empunya blog dan sesiapa jua yang terbaca komen ini sama2 duduk berbincang tentang kepercayaan masing2...di blog saya telah saya kemukakan beberapa soalan yang mungkin mampu dijawab dengan bijaksana oleh para blogger di alam maya ini...saya harap kita dapat sama2 berbincang secara terbuka tentang apa yang selalu disebut kepercayaan dari sudut pandangan seorang manusia biasa...
saya jemput kawan2 meriahkan ruang perbincangan yang telah saya buka...
terima kasih.
sekian.
-Annur-