"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Tawaduk - Rendahkan diri

*


Tawaduk (tawadhdhuk atau dhi'ah), adalah lawan sifat sombong atau takbur, Tawaduk adalah perasaan,  lintasan rasa rendah dan hina diri, termasuk pernyataan, perbuatan dan lisan. Dengan menyuburkan sifat dan sikap merendah diri dan hina, seseorang akan dapat mencegah penyakit takbur dan juga ujub.

Tawaduk diertikan oleh Imam Hassan Al-Basri ialah seseorang itu tidak melihat dirinya lebih daripada orang lain.

Ini adalah salah satu pesanan Lokmanulhakim kepada anaknya, “Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawaduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.”

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya Allah telah memberikan wahyu kepada ku, hendaklah kamu semua bersikap tawadduk, sehingga tidak ada seseorang yang membanggakan dirinya kepada atas orang lain - yakni merasa dirinya lebih mulia dari orang lain - dan tidak pula seseorang itu menganiaya orang lain kerana orang yang dianiaya dianggapnya lebih hina dari dirinya sendiri." (HR Muslim)

"Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan, sopan santun dan merendah diri." (HR. Ad-Dailami)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah tidak akan memberi tambahan kepada seorang hamba kerana gemar memberi maaf kecuali kemulian, dan tiada seorang pun yang merendahkan diri kerana mengharapkan keredhaan Allah kecuali Allah akan memberi darjat yang tinggi kepadanya." (HR. Muslim)



Wallahu a'lam.




Link pilihan :

Khusyuk

Takbur



*

Guru

*


Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi,  semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia".
(HR Tirmizi)

Ya Allah, ampunilah guru-guru kami dan berkatilah kehidupan mereka.

*

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

*
Allah hum mag fir li, zu nu bi, wa li wa li dai ya, war ham huma kama rob baya ni so qi ro 

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahawa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia? Rasul menjawab, Ada, engkau berdoalah untuk keduanya dan meminta diampunkan dosa-dosa mereka dan tunaikan wasiat dan janji-janji mereka dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarga mereka dan hormati serta muliakan kawan-kawan mereka.“ (HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Doakan ibu dan bapa

Kelebihan ibu dan bapa




Anak derhaka

*
"Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Nabi
sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi
sallallahu `alaihi wa sallam bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

"Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

"Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Dosa sesama manusia

Doakan ibu dan bapa

Kelebihan ibu dan bapa 


 

*

Hukum Menyambut Hari Ibu

*

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biar pun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Wallahu a'lam.

*



*



Jangan lebih 40 hari

*

"Nabi sallallahu `alaihi wa sallam telah menasihati kami agar merapi misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, dan jangan dibiarkannya lebih dari 40 hari." (HR Muslim)

1. Potong: Memotong atau memendekkan atau trim misai adalah lebih afdal dari mencukur atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.

2. Cabut: Mencabut bulu ketiak lebih afdal dari mencukur atau memotongnya kerana lebih menepati sunnah.

3. Cukur: Mencukur bulu ari-ari lebih afdal dari memotong atau mencabutnya kerana lebih menepati sunnah.



*

Jangan Cabut Uban

*

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satukebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (HR. Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadis ini hasan)

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban, walaupun sehelai dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman)

“Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti.” (HR. Abu Daud dan An Nasa’i)

Para ulama Syafi’i berpendapat bahwa hukum mencabut uban adalah makruh.

Larangan mencabut uban termasuk yang berada di misai / kumis, janggut, alis dan kepala.

Wallahu a’lam.




Link pilihan:

Hukum Menghitamkan Uban adalah HARAM




*

Hati Keras

*


"Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras". (HR. Tirmizi)

Dari Abu Hurairah, sesungguhnya ada seorang seseorg datang kepada Nabi sallallahu `alaihi wa sallam sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Ahmad)

*

Sebab utama masuk syurga dan neraka

*


Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga, Nabi menjawab, takwa kepada Allah dan akhlak mulia. Nabi juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka Nabi menjawab, mulut dan kemaluan. (HR. Tirmidzi)



Wallahu a'lam.



Link pilihan:

Cakap Bohong Dusta

Mengumpat



*

Golongan yang dinaungi Allah.

*

"Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:

1. Pemimpin yang adil,

2. Orang muda yang sentiasa beribadat kepada Allah,

3. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid,

4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah,

5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu dia menjawab, “Aku takut kepada Allah”,

6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,

7. Seorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”

(HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

*

Sabar

*

"Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku tatkala aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang Muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Dari Sa'id bin Abi Waqqash Radhiyallahu anhu, dia berkata. "Aku pernah bertanya : Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling keras cobaannya ? Beliau menjawab: Para nabi, kemudian orang pilihan dan orang pilihan lagi. Maka seseorang akan diuji menurut agamanya. Apabila agamanya merupakan (agama) yang kuat, maka cobaannya juga berat. Dan, apabila di dalam agamanya ada kelemahan, maka dia akan diuji menurut agamanya. Tidaklah cobaan menyusahkan seorang hamba sehingga ia meninggalkannya berjalan di atas bumi dan tidak ada satu kesalahan pun pada dirinya". (HR Ibnu Majah)

"Cubaan tetap akan menimpa atas diri orang mukmin dan mukminah, anak dan juga hartanya, sehingga dia bersua Allah dan pada dirinya tidak ada lagi satu kesalahan pun". (HR Al-Hakim)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit karena suatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

“Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut”. (Riwayat al-Hakim)

Dari Anas bin Malik, dia berkata. "Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam berkata. "Artinya :
Sesungguhnya Allah berfirman. 'Apabila Aku menguji hamba-Ku (dengan kebutaan) pada kedua matanya lalu dia bersabar, maka Aku akan mengganti kedua matanya itu dengan syurga". (HR Bukhari)

Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah menggambarkan: "Sesiapa yang mensabar-sabarkan diri (berusaha untuk sabar), maka Allah akan menjadikannya orang yang sabar". (HR. Bukhari)

Syair Arab mengatakan, “Sabar itu pahit tetapi hasilnya lebih manis daripada madu.

Wallahu a'lam.



*

Link pilihan:


Siapakah orang yang paling sabar ?

Siapakan orang yang kuat ?

Tanda tidak sabar ialah banyak mengeluh

Suami Isteri Perlu Sabar

Indahnya Sabar dan Syukur




*

Perancis haramkan pemakaian purdah

*

Perancis mengharamkan pemakaian purdah - Klik Sini

A rich Muslim man in France -Rachid Nekkaz- has put aside 1 million Euros and has vowed publically to use it to pay the fines for all those Muslim women in France who choose to hold on their burkas and niqaabs!

Seorang jutawan muslim di Perancis yang bernama Rachid Nekkaz telah memperuntukan wang sebanyak 1 juta Euro untuk membayarkan saman kepada sesiapa wanita Islam di Perancis yang memilih untuk terus memakai purdah atau niqob.

Allahu Akbar !!

*

Mohon keampunan Allah (Istighfar)

*


Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Dari Tsauban, "Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selesai solat, baginda beristighfar tiga kali." (HR Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmidz, Nasa’i). Al-Walid radhiallahu’anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda ? Dia menjawab: اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah." (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Daud)

"Sesiapa yang berkata :
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ Astaghfirullahal-‘azim allazi la ilaha illa huwal hayyul qayyum waatubu ilaih”, nescaya diampunkan baginya sekalipun dosanya sebesar lari dari medan perang." (HR At Tirmizi)

"Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya". (HR Abu Daud)

*

Jangan Aniaya Orang

*


Dari Abu Hurairah ra, Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat kesalahan terhadap seseorang, samada berupa kehormatan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) dari orang itu, sebelum tiba hari yang tiada lagi harta, dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh (pahala), maka akan diambil darinya untuk menebus kesalahannya, jika dia tidak mempunyai pahala kebaikan, maka akan diambilkan dosa orang itu untuk ditanggungkan kepadanya." (HR. Bukhari dan Muslim)

*

Maruah

*
"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri". " (HR Abu Daud)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR Muslim)

"Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim maka Allah menutupi kesalahannya di dunia dan di akhirat. (HR Ibn Majah)

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri". " (HR Abu Daud)

"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya. " (HR Abu Daud)

Wallau a'lam.



Link pilihan:

Berbaik-baik Sesama Islam



*

Rahmat Allah

*


Dari jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah shallaAllahu `alaihi wasallam bersabda: "Bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah belaka." (HR Muslim)



*

Ilmu HATI

*


Ilmu tasawuf adalah ilmu untuk memurnikan hati, minda, perasaan, niat atau nafsu sebagaimana yang dituntut oleh syarak.

Setiap manusia mempunyai perasaan. 
Perasaan adalah perkara yang tidak boleh dilihat tapi cuma boleh dirasai melalui jiwa, hati dan minda.

Perasaan hati boleh dikategori kepada 2 :
1. Perasaan hati yang baik.
2. Perasaan hati yang tak baik.

Sentiasalah semak perasaan hati kita. 
Sentiasalah betulkan perasaan hati kita.
Perasaan hati yang terdidik akan menghasilkan akhlak yang baik.


Antara persaaan hati yang baik dan setiap muslim mesti memilikinya :

Khauf - Klik Sini

Ikhlas - Klik Sini

Khusyuk - Klik Sini

Qonaah - Klik Sini

Ghibtah - Klik Sini

Yakin - Klik Sini

Tawaduk - Klik Sini

Takut Allah - Klik Sini

Sabar - Klik Sini

Malu - Klik Sini

Cinta - Klik Sini - Klik Sini

Syukur - Klik Sini

Raja' - Klik Sini   

Redha - Klik Sini    

Sangka Baik - Klik Sini    

Tawakkal - Klik Sini



Antara perasaan hati yang tak baik dan mesti dibuang dari diri setiap muslim :

Ujub - Klik Sini

Riak - Klik Sini

Sum'ah - Klik Sini

Bakhil - Klik Sini

Marah - Klik Sini

Hasad - Klik Sini 

Gopoh - Klik Sini

Takabur - Klik Sini

Was-was - Klik Sini
 

Wallahu a'lam.



















*

Sah solat pakai wangian beralkohol

*


Berikut adalah beberapa kemusykilan yang telah dijawab oleh panel penasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kod Rujukan Soalan 0h5ne
Soalan :
penggunaan minyak wangi beralkohol di dalam solat atau majlis majlis ilmu bagi lelaki. soalan nya adakah kita boleh menggunakannya atau tidak sebab banyak yang saya dengar mengatakan tidak boleh. tetapi saya ada membaca bahawa ianya tidak membtalkan solat, jadi apa hukum sebenar untuk kita memakai minyak wangi yang beralkohol. adakah boleh atau tidak langsung jika ingin dipakai ketika solat?
Jawapan :
Hukum memakai minyak wangi beralkohol ketika solat adalah harus. Kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah jenis alkohol industri dan bukannya alkohol yang terdapat dalam makanan.

Kod Rujukan Soalan g0wzt
Soalan :
salam ustaz..boleh ke pakai minyak wangi yang beralkohol dan kemudiannnya solat?sebab ada ustzh y ckp blh..
Jawapan :
Assalamualaikum..solat mereka yang memakai minyak wangi beralkohol adalah sah. Ini kerana alkohol yang terkandung di dalam perfume adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak. Ringkasnya alkohol yang terkandung di dalam perfume tidak dihukumkan najis.

Kod Rujukan Soalan 0fby1
Soalan :
Salam, Apakah hukumnya minyak wangi beralkohol digunakan dalam solat(ibadat).Adakah ianya najis?
Jawapan :
Waalaikumussalam Wrt. Wbt
Minyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis.

Kod Rujukan Soalan u3wk4
Soalan :
1.apakah hukum jika memakai minyak wangi beralkohol ketika melakukan ibadat..
Jawapan :
Assalamualaikum wrt., Minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh/harus dipakai dan boleh dibawa untuk melakukan ibadat.. Alkohol yang terkandung di dalam minyak wangi adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak.

Kod Rujukan Soalan xg4ad
Soalan :
Assalamualaikum wbt. Saya ingin mendapatkan kepastian pengunaan minyak wangi beralkohol ketika menunaikan Solat. Terima Kasih.
Jawapan :
waalaikumussalam...hukum solat adalah sah. Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan harus/boleh menggunakan minyak wangi beralkohol.


Sumber : http://islamgrid.gov.my/about.php
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Tel : 603-88864000 samb. 4275/4282
Alamat Email: islamgrid@islam.gov.my



Link pilihan:

Hukum Perempuan memakai wangian

*

Popular Posts