"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

SALAWAT

*

Firman Allah Taala yang berbunyi;
إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad sallallahualaihi wasallam); wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al-Ahzab ayat 56)

Disebutkan dalam kitab Imam al-Qurtubi di dalam Tafsirnya;إن معنى ذلك: أن الله يرحم النبي، وتدعو له ملائكته ويستغفرون،
“Sesunggunya makna (salawat Allah dan Malaikat kepada Nabi), bahawasanya ALLAH TAALA RAHMATI Nabi dan Malaikat mendoakan keampunan untuk Nabi...”

*

Wahabi Bukan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

*
Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan telah menjalankan amanah untuk mengkaji dan memutuskan bahawa fahaman Syiah dan Wahabi bukan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 



Rasulullah SAW bersumpah: "Demi zat yang menguasai jiwa Muhammad, sungguh umatku bakal terpecah menjadi 73 golongan. Maka yang satu golongan masuk syurga, sedangkan yang 72 golongan masuk neraka. Sahabat bertanya: Siapakah golongan (yang masuk Syurga) itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ahlus sunnah Wal jamaah” (HR. al-Tabrani)


https://m.youtube.com/watch?v=xpeqyKNUkgE

*

Tasawuf

*

Nasihat Imam Syafie:

فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح
فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح

Jadilah ahli feqah dan ahli tasawuf sekaligus, janganlah hanya salah satunya.

Sesungguhnya demi Allah saya ingin memberikan nasihat pada kamu.

Orang yang mempelajari ilmu feqah tapi tidak mahu pelajari tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa.

Orang yang pelajari tasawuf tapi tidak mempelajari ilmu feqah, maka dia akan jahil, bagaimana boleh dia menjadi baik ?  

[Diwan Al-Imam Asy-Syafie, hal. 47] terbitan Dar al-Jil Diwan (Beirut 1974) m/s:34



[Diwan Al-Imam Asy-Syafie, hal. 47] Dar al-Kutub al-`Ilmiyya (Beirut 1986) m/s:48



*

Link pilihan :

Khianat Atas Imam Syafie hal tasawuf 


*

Popular Posts