Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Mengumpat / Ghibah


Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.





Orang Yang Muflis

*

29 comments:

hidayu samsudin said...

salam...minta copy n3 ini

Wan Mohd Muslim Dan Wan Mohd Wazir said...

salam..subhanallah...ampunila dosa2 ku..

hazimah said...

as-salam..minta izin copy hadith brknaan mengumpt ye...

fieza said...

izinkan saya copy sket ye

Anonymous said...

assalam...minta izin nk share ye..

Anonymous said...

salam..izinkan saya untuk copy entry ni ye..

aZeeMaH said...

salam...mohon kongsi entry ini.tq.

miss aku said...

salam. mohon kongsi jugak ye..syukran jazilan..

Anonymous said...

salam, syukur dapat tazkirah begini. Mudahan kita sentiasa dapat menjernihkan hati kita dari niat yang tidak diredhai Allah. Terima kasih.

Anonymous said...

Salam. Tazkirah begini baik untuk kita ambil pengajaran. Sangat bermanfaat. Jika kita tahu keburukan seseorang kita doakan agar dia berubah dan bimbing dia dengan teguran yang bijaksana. Kadangkala dia terlalai atau tersilap sebagaimana kita manusia biasa. Sekadar renungan bersama.

Anonymous said...

minta nk copy link ye.

faradiba said...

salam.. mohon mintak input2 dari entry ini.. tq

Furqan said...

asslmkum..mnta izin copy..terima kasih

ayong said...

minta izin copy ye.terima kasih

Nur Faizzah said...

mtk copy yerkk bleh ?
tq (:

cik L.A.L.A said...

SAYA copy entry nie ek..trima kaseh...

melymelykalot said...

nak copy! tenks^^,

Anonymous said...

Minta izin copy...

Anonymous said...

mengumpat ni bahaya sebab kita tak sedar bahawa kita tu mengumpat tapi harus kita ingat bahawa umpat itu wujud apabila kedua-dua belah pihak punyai masalah terutama selisih faham, dengki , iri hati dsb .. pendek kata bila tercetusnya pengadohan lebih cepat perkara umpat itu berlaku dan terjadi akibat kedua2 belah pihak masing2 rasa tak puas hati.

USWAH HASANAH said...

!!

siti hajar said...

mintak izin ni..nk c0py..

amerul said...

nak copy boleh?????

Anonymous said...

terkilan rasa hati hari ini member seunit umpat saya ,kebetulan dia tak perasan saya berada dibelakang dia.niat saya nak bantu tugas ofis.setiap hari asyik kerja mencarut yang dia jadikan bahan gelak ..hai kak long kak long..insaflah

Anonymous said...

Assalamualaikum. Minta izin copy. Thanks

Anonymous said...

Assalamualaikum. Minta izin nak share. Thanks

Abu Ridhwan An Nadwi said...
This comment has been removed by the author.
Abu Ridhwan An Nadwi said...

Kifarah mengumpat ialah daengan engkau meminta maaf terhadap orang yang engkau umpat.

Anonymous said...

Minta copy ya..

Anonymous said...

tip nk elak mengumpat..kurangkan bcakap benda x bfaedah..bykkan bzikir..moga mereka yang suka mengumpat diberikan hidayah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...