"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Solat Tarawih

*

Hukum mengerjakan solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

Jumhur Fuqaha' iaitu majoriti ulama feqah daripada Mazhab Hanafi, Syafii, Hambali dan sebahagian Maliki mengatakan tarawih 20 rakaat.

Al-Imam Jalaluddin al-Mahalli telah berkata di dalam kitab “al-Mahalli”, juzuk 1, halaman 217: Maksudnya: "Dan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan dalam Syarah al-Muhazzab, bahawasanya sahabat-sahabat Nabi sembahyang [tarawih] pada zaman `Umar bin al-Khattab radiyallahu`anhu sebanyak 20 rakaat".

Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malam bulan Ramadan dengan mengerjakan solat sunat.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Sahih Muslim) 

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi sallallahu `alaihi wa sallam: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, dia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Baihaqi)


Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang qiyam (solat sunat waktu malam di bulan Ramadan) bersama imam sehingga imam  beredar (selesai), ditulis baginya pahala qiyam satu malam penuh.” (HR At-Tirmizi)


Wallahu A'lam.



Artikel pilihan:

Solat Tarawih paling minima 2 rakaat

Kelebihan Solat Witir

Bolehkah solat witir 3 rakaat dengan 1 salam ?

Bolehkah solat tahajjud setelah witir ? 

Fadilat Tarawih Palsu

Kelebihan Lailatu Qadar


*

Sedekah di bulan Ramadan

*
"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". (HR al-Tirmizi)

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." (HR Bukhari)


Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Kelebihan Bulan Ramadan


*

Doa lailatul qadar

*
Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya bertanya, "Ya Rasulullah, jika saya tahu bila lailatul-qadar itu, apakah yang harus saya ucapkan pada malam itu ?" Nabi shollallahu 'alaihi wasallam menjawab: "Berdoalah, "Allahumma innaka ‘afu wun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anni" (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku). (HR Tirmidzi)

*

Dapat lapar dan dahaga sahaja

*

Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap bohong dan berkelakuan buruk ketika berpuasa, baginya tidak ada pahala di sisi Allah, baginya hanya lapar dan dahaga sahaja.” (HR Bukhari)

*

Beriman walaupun tidak pernah lihat

*


"Berbahagialah orang yang melihat ku dan beriman kepada ku,"  Nabi sallallahu `alaihi wa sallam ucapkan kalimat ini satu kali. "Berbahagialah orang yang beriman  kepada ku pada hal dia tidak pernah melihat ku." Nabi ucapkan kalimat terakhir  ini tujuh kali. (HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim).

*

Mardhatillah

*


Mardhatillah bererti keredhaan Allah. 
Redha Allah yang diharap. 

*

Mencari Ketenangan

*

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Apabila berkumpul suatu kaum dalam masjid untuk membaca Al-Quran dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada di dekatNya (para malaikat)". (HR. Muslim)


*

Link pilihan:

Bersikap Tenang, Jangan Tergesa-gesa

Gopoh Amalan Syaitan




*

Pesanan Nabi Ibrahim kepada umat Nabi Muhammad sallallahu `alaihi wa sallam

*
“Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim ketika malam saya diisra’kan dan Nabi Ibrahim as. berkata, Wahai Muhammad, sampaikanlah salam daripadaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir, سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ (Subhanallahi walhamdulillahi walaa ilaaha illallahu wallahu akbar). 
(HR Tirmidzi)

*

Doa mohon petunjuk dan kejayaan

*

                Robbana atina mil ladunka rahmatau wa hai yik lana min amrina rashada

*


Wives and children of the prophet Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam

*

Rasulullah's shallallahu ‘alaihi wasallam wives :
 1. Khadijah binti Khuwailid r.a.
 2. Saudah binti Zum'ah r.a.
 3. Aisyah binti Abu Bakar r.a.
 4. Hafsah binti Omar Al-Khattab r.a.
 5. Zainab bin Jahsyin r.a.
 6. Zainab binti Khuzaimah r.a.
 7. Ummu Salamah (Hindon binti Abi Umaiyah) r.a.
 8. Ummu Habibah (Ramlah binti Abi Sufian) r.a.
 9. Juwairiyah binti Al-Harith r.a.
10. Maimunah binti Al-Harith r.a.
11. Safiah binti Hoiyi bin Ahtab r.a.
12. Mariyah Al-Qibtiyah r.a.

Rasulullah's shallallahu ‘alaihi wasallam children with Khadijah r.a. :
1. Al-Qasim
2. 'Abdullah
3. Zainab
4. Ruqaiyah
5. Ummu Kalthum
6. Fatimah

Rasulullah's shallallahu ‘alaihi wasallam son with Mariyah Al-Qibtiyah r.a. :
1. Ibrahim


اللهم صلي على محمد وعلى ال محمد


*

Lengah Bayar Hutang, Zalim

*

"Bagi orang berkemampuan tetapi melewatkan pembayaran hutang adalah zalim, halal ke atas mereka dihukum". (HR Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban)

Sabda Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, "Orang mampu, yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman." (HR Bukhari)



Artikel pilihan:

Tidak dapat masuk syurga jika tidak mahu bayar hutang


*

Makna sebenar Silatu Rahim

*

Makna silatu rahim ialah berlaku ihsan kepada kaum kerabat. 

Pendapat yang lebih tepat berkaitan dengan maksud silatu rahim ialah hubungan di antara kerabat atau keluarga sahaja.

Hubungan selain daripada ahli keluarga, bukan disebut silatu rahim, ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam). 

Silah bermaksud hubungan dan ar-Rahim bermaksud pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

Imam Ibnul Atsir berkata, "Silatu rahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silatu rahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya." (Lisânul-‘Arab (XV/318).

Kaum kerabat terdiri daripada kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk dan anak yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam). 

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata "Ar-rahim secara umum adalah dimaksudkan untuk para kerabat dekat. Antara mereka terdapat garis nasab (keturunan), sama ada berhak mewarisi atau tidak, samada mahram atau tidak". (Fathul Bari, 10/414)

Kaum kerabat yang wajib dieratkan ikatan silatu rahim itu termasuklah kerabat mahram dan yang bukan mahram. Dalam Kitab az-Zawajir karangan Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullahu Ta‘ala ada menyebutkan bahawa kaum kerabat itu terbahagi kepada dua iaitu kaum kerabat mahram dan yang bukan mahram:

1. Kaum kerabat mahram ialah saudara yang haram bernikah dengannya seperti bapa, ibu, adik beradik lelaki dan perempuan dan anak-anak mereka, bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan emak.

2. Kaum kerabat dari bukan mahram ialah saudara yang halal bernikah dengannya seperti anak bapa saudara dan emak saudara sebelah bapa dan anak-anak mereka, anak bapa dan emak saudara sebelah emak dan anak-anak mereka.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatu rahim.” (HR Bukhari)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silatu rahim.” (HR Bukhari)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Tidak masuk Syurga, mereka yang memutuskan silatu rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)

Wallahu a'lam.

*


Hukum Meninggalkan Solat Fardu

*

Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar.

Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut.

"Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)

Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.

Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.

Wallahu a'lam.





Link pilihan :

Cara Qadak Ganti Solat Fardu

Solat Sunat Menampung Kekurangan Solat Fardu

Kepentingan Solat

https://www.facebook.com/shahrulzaman.ismail/videos/vb.1402607888/10214690079631289 


*

Selamat Hari Guru

*
Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi,  semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (HR Tirmizi)

Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.



*

Popular Posts