"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kelebihan Solat Witir

*



Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Jadikan penghabisan (penutup) solatmu pada waktu malam dengan solat witir.” (HR Muslim)

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam". (HR Muslim).
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Allah menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)

“Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiah) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta merah (unta yang terbaik). Itu lah Solat Witir". (HR Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah)

"Solat witir adalah benar. Sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami", Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim).


Wallahu a'lam.





Artikel pilihan:

Hukum Melakukan Solat Witir

Bolehkah solat witir 3 rakaat dengan 1 salam ?

Bolehkah solat tahajjud setelah witir ? 



*

Popular Posts