اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Kelebihan Solat Tarawih

*

Hukum mengerjakan solat tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (Sahih Muslim) 

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi sallallahu `alaihi wa sallam: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan berqiam Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab, dia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. (HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malam bulan Ramadan dengan mengerjakan solat sunat.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang qiyam (solat sunat waktu malam di bulan Ramadan) bersama imam sehingga imam  beredar (selesai), ditulis baginya pahala qiyam satu malam penuh.” (HR At-Tirmizi)

Wallahu a'lam.






Artikel pilihan:

Kelebihan Solat Witir

Bolehkah solat witir 3 rakaat dengan 1 salam ?

Bolehkah solat tahajjud setelah witir ? 

Fadilat Tarawih Palsu

Kelebihan Lailatu Qadar


*

4 ulasan:

  1. Salam kenal...
    thanks atas ingatan...

    BalasPadam
  2. salam kenalan

    BalasPadam
  3. Solat atau apa apa amalan agama lainnya, termasuk tarawikh adalah ibadah, bukan ritual agama, bukan rutin agama, Mknya, laksanakanlah dgn sempurna, dgn sebaik baiknya, dirikanlah dgn tenang dan khusuk, jgn terburu jgn tergesa gesa. Biar sedikit asal sempurna, yg ingin menambah boleh didirikan secara berasingan atau dilakukan di rumah secara sendirian atau bersama keluarga.

    BalasPadam

Popular Posts