Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Kelebihan Akhlak yang baik

*

Nabi saw. bersabda, ”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak.” (HR Bukhari)

Allah berfirman: “Sungguh engkau (Muhammad) memiliki akhlak yang agung.” (Al-Qalam: 4)

Rasulullah saw. pernah ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk syurga? Baginda menjawab, “takwa kepada Allah dan akhlak mulia”. Beliau juga ditanya tentang sebab paling banyak yang mengakibatkan orang masuk neraka, maka baginda menjawab, “mulut dan kemaluan” (HR. Tirmidzi)

Rasulullah saw bersabda, “Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya." (HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Nasai)

Rasulullah saw. bersabda, “Yang paling memberatkan mizan(timbangan) pada hari kiamat ialah akhlak yang baik.” (HR. Ahmad)

Sabda Rasulullah, "Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun bergurau, dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya." [HR Abu Dawud]

*

8 comments:

  1. insyaallah. amin...mudah2an sentiasa dilembutkan hati utk merubah diri

    ReplyDelete
  2. Hamba Allah Yang KerdilJanuary 29, 2012 at 11:33 AM

    Assalam...bagusnya sesiapa yg membuat blog ini...indah sungguh bahasanya...blog ini mampu mengubah cara umat islam zaman sekarang ni yg terlalu ketagih dgn ekonomi dan sosial zaman sekarang....ana sebagai umat islam yg kerdil ingin mengucapkan tahniah kepada hamba ALLAH yg berjaya membuat blog seindah ini...sekian dulu daripada saya..wasalam..:D (selalulah senyum kerna senyum itu sedekah)

    ReplyDelete
  3. Free PC games on mediafire download links. No fees or registration needed. Get it now!!

    myaoworld.yolasite.com/light-pc-games.php

    ReplyDelete

Popular Posts