"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang TERSELAMAT DARI NERAKA dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Riak dan Sum'ah

*
"Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (HR Imam Ahmad)

"Mahukah kalian aku beritahu sesuatu yang lebih aku takutkan daripada Dajal? Kami katakan: Tentu. Baginda bersabda: Riak, syirik yang tersembunyi iaitu apabila seseorang mengerjakan solat lalu dia menyempurnakan solatnya apabila mengetahui seseorang memandangnya." (HR Ibnu Majah)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: “Sesiapa sum'ah (memperdengarkan amalnya), maka Allah akan memperdengarkan aibnya dan sesiapa beramal kerana riak (memperlihatkan amalnya) maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat kelak.” (HR Bukhari dan Muslim) 

Riak ialah menampakan atau memperlihatkan ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. 

Sum'ah ialah memperdengarkan atau menceritakan atau memberitahu ibadah dengan niat mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Cara penyampaian boleh secara lisan atau tulisan.

Beza antara riak dan sum'ah ialah riak bersangkutan dengan deria mata atau penglihatan, sum'ah bersangkutan dengan deria telinga atau pendengaran.

Riak ialah menampakkan atau memperlihatkan. Sum'ah ialah memperdengarkan atau menceritakan atau memberitahu dengan cara bercakap atau menulis.

Berkata imam Qurtubi,: “Hakikat riak ialah menginginkan dunia dalam ibadah dan asalnya ialah menginginkan kedudukan di hati manusia.”

Al Hafidz Ibn Hajar menjelaskan “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan agar dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amal tersebut.”

Dikatakan riak dan sum'ah adalah kerana  niat atau tujuan yang tidak ikhlas,  niat untuk mendapat perhatian atau pujian manusia, kedudukan atau penghargaan atau keuntungan duniawi. Oleh itu hanya ALLAH sahaja yang mengetahui orang yang riak dan sum'ah.

Ibadah orang yang riak atau sum'ah akan ditolak serta tiada nilai disisi Allah.

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat dan setiap orang akan mendapat ganjaran sesuai dengan niatnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah yang berkata, ”Saya mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan kemudian dinampakkan kepadanya nikmat-nikmat yang diberikan kepadanya maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apa yang kamu lakukan dengannya?” Dia menjawab, “Aku berperang untuk-Mu sampai aku mati syahid.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau berperang kerana ingin disebut sebagai orang yang berani. Dan itu sudah kau perolehi.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kemudian seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya dan juga membaca Al Quran. Dia didatangkan kemudian ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang sudah didapatinya dan dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kau perbuat dengannya ?” Maka dia menjawab, “Aku menuntut ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Quran kerena-Mu.” Allah berfirman, ”Engkau dusta, sebenarnya engkau menuntut ilmu supaya disebut sebagai orang alim. Engkau membaca Quran supaya disebut sebagai Qari’.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ada seseorang yang telah mendapatkan anugerah banyak harta. Dia didatangkan dan ditunjukkan kepadanya nikmat-nikmat yang diperolehnya. Maka dia pun mengakuinya. Allah bertanya, “Apakah yang sudah kamu perbuat dengannya?” Dia menjawab, “Aku telah sedekahkan harta di jalan-Mu dan untuk-Mu.” Allah berfirman, “Engkau dusta, sebenarnya engkau lakukan untuk digelar orang yang dermawan dan engkau sudah memperolehnya.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengheretnya tertelungkup di atas wajahnya lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)




Link pilihan :

Ikhlas

Syirik



*

Kelebihan Hari Asyura - 10 Muharram

*


Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi shollallahu 'alaihi wasallam tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (HR Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi shollallahu 'alaihi wasallam. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a. dia menceritakan bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam mengutus seorang lelaki suku Aslam pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa hari ini hendaklahlah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklahlah dia puasa juga sejak mendengar pemgumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, " Penduduk Khaibar berpuasa pada hari asyura dan menjadikannya sebagai hari raya, dimana wanita mereka memakai perhiasan dan pakaian yang indah pada hari itu. Lalu Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Puasalah kamu pada hari itu". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (HR Muslim)

Imam Syafi`e Rahimahullahu Ta`ala menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla', disunatkan berpuasa tiga hari iaitu hari kesembilan (Tasu`a'), kesepuluh (`Asyura') dan kesebelas bulan Muharram. Tetapi tidak ditegah jika berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja.

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Syu`abul Iman" daripada hadits Sayyidina Abu Hurairah RA yang menyatakan: "Sesiapa yang melapangkan/menyenangkan atas keluarganya dan ahli rumahnya pada hari `Asyura, Allah akan melapangkan atasnya sepanjang tahun."

Diriwayatkan oleh Ibnu `Abdil Bar dengan sanad yang jayyid (elok) daripada Sayyidina Jaabir bin Abdullah yang berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: " Sesiapa yang meluaskan (yakni melapangkan atau menyenangkan) atas dirinya dan ahli keluarganya pada hari `Asyura, Allah akan meluaskan (rezekinya) sepanjang tahun." Sayyidina Jabir RA berkata: "Kami telah mencubanya dan memperolehi yang sedemikian tadi (yakni apa yang dinyatakan tadi)." ("Tuhfatul Muhibbin wa Minhatul Mustarsyidin" pada halaman 71-72)

Yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ di dalam hadis di atas adalah berbelanja pada makanan dan minuman lebih banyak atau lebih istimewa daripada hari biasa, serta menggembirakan anak-anak contohnya dengan menghulur belanja lebih dan yang seumpamanya. Selain daripada ahli keluarga, maksud menyenangkan di dalam hadis di atas termasuk juga kepada kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin dengan syarat apa yang dilakukannya itu tidak membebankan dirinya.

Wallahu 'alam.





Link pilihan :



*

Derhaka kepada ibu bapa

*

"Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

"Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

"Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)

Wallahu a'lam.




Link pilihan:

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Dosa sesama manusia

Doakan ibu dan bapa

Kelebihan ibu dan bapa 


 

*

Syirik

*

Dari Abu Bakrah ra., Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Syirik. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Dari Abdullah bin Mas'ud r. a. Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa mati dalam keadaan dia melakukan sebarang syirik terhadap Allah, dia akan masuk neraka.” (HR Bukhari dan Muslim)



Artikel pilihan:

Dosa syirik, apakah benar-benar tidak akan diampun ?

*

Orang yang berhijrah ialah ..

*


Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin terselamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah". (HR Bukhari no 6484)




Artikel pilihan:

Kisah Hijrah Rasulullah 


*

Maksud Maal Hijrah

*

Maal bermaksud "bersama".

Maal Hijrah, membawa maksud "bersama berhijrah" atau "bersama hayati Hijrah".

HIJRAH haruslah difahami sebagai berpindah dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Selamat Tahun Baru.




Link pilihan:

Kelebihan Bulan Muharram

Awal Muharram 

Hijrah Rasulullah 






*

Awal Muharram

*


Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar Islam. Bila tiba bulan Muharram maka tibalah tahun baru. Hari pertama tahun baru ialah pada 1 Muharram dan juga dipanggil awal Muharram.

Permulaan kiraan kalendar Islam ialah pada tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah dari Mekkah ke Madinah. Tahun berlaku peristiwa hijrah telah ditandakan sebagai tahun 1 atau tahun pertama kalendar Islam.

Tetapi, peristiwa hijrah Rasulullah bukan berlaku dalam bulan Muharram.  
 Pengkaji sejarah yang masyhur mengatakan hijrah Rasulullah tersebut berlaku dalam bulan Safar.


Selamat menyambut tahun baru.  Moga Allah memberkati kita.




Link pilihan:

Doa Awal Tahun

Kelebihan Bulan Muharram

Maksud Maal Hijrah




*

Isti'azah

*


Isti'azah ialah semua lafaz-lafaz atau bacaan-bacaan untuk meminta perlindungan kepada Allah.  

Di antara contoh isti'azah ialah surah An-Nas.  

Ta'awwuz juga satu antara isti'azah. Ta'awwuz ialah lafaz "A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim".

“Bahawasanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam membaca a’uzubillahi minasy syaitonir rajiim sebelum membaca al-Quran”. (HR Abdur Razzaq dalam Al-Musannaf ).


Wallahu a'lam.


*

Kelebihan Bulan Muharram

*


Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)

Wallahu 'alam.



Link pilihan :


Maksud Maal Hijrah

Kelebihan Hari Asyura - 10 Muharram

Awal Muharram

Orang yang berhijrah sebenarnya ialah ..



*

Doa masuk tandas

*

"Nabi shollallahu 'alaihi wasallam apabila hendak masuk tandas,  baginda mengucapkan: ALLAHUMA INNI 'AUU ZUBIKA MINAL KHUBU SI WAL KHABAA IZ (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada syaitan lelaki dan syaitan perempuan)." (HR At-Tirmizi)

*

Doa sebelum dan selepas tidur

*



النبي صلى الله عليه وسلم إذا أراد أن ينام قال : ( باسمك اللهم أموت وأحيا ) . وإذا استيقظ من منامه قال : ( الحمد الله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور ) .
الراوي: حذيفة بن اليمان المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 6324
خلاصة حكم المحدث: [صحيح]

Dari Huzaifa ra. bahawa apabila Nabi shollallahu 'alaihi wasallam hendak tidur, baginda akan membaca "Bismika Allahumma amutu wa ahya (Dengan Nama Engkau Ya Allah aku Hidup dan aku mati). Dan apabila baginda bangun dari tidur, beliau akan membaca Alhamdulilla hillazi ahya na ba' dama ama tana wailai hin nushur (Segala puji Allah menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami dan kepadaNya dibangkitkan). (HR Bukhari no 6324)

كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا أوى إلى فراشه قال : ( اللهم باسمك أحيا وأموت ) . وإذا أصبح قال : ( الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور ) .
الراوي: حذيفة بن اليمان المحدث: البخاري - المصدر: صحيح البخاري - الصفحة أو الرقم: 7394
خلاصة حكم المحدث: [صحيح]

Dari Huzaifa ra. bahawa apabila Nabi shollallahu 'alaihi wasallam hendak tidur, baginda akan membaca "Allahumma Bismika ahya wa amut (Ya Allah, Dengan Nama Mu aku Hidup dan aku mati). Dan apabila baginda bangun dari tidur, beliau akan membaca Alhamdulilla hillazi ahya na ba' dama ama tana wailai hin nushur (Segala puji Allah menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami dan kepadaNya dibangkitkan). (HR Bukhari no 7394)

*

Penghulu Istighfar

*
Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya: "Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan,

(Ya Allah, Engkaulah Tuhanku tiada Tuhan melainkan Engkau yang menjadikan aku dan akulah hambaMu dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)Mu dan aku terikat dengan perjanjian denganMu semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMu dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau).

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membacanya (penghulu istighfar) pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu dia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka dia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu dia meninggal dunia sebelum pagi hari maka dia termasuk dari ahli syurga". (HR. Bukhari)


Artikel pilihan:

Istighfar



*

Istighfar

*

Ibnu Umar menceritakan, kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah dan kami mendengar Rasulullah mengulang-ulang membaca sebanyak 100 kali doa yang berbunyi: “Ya Allah ampunilah aku dan terimalah taubat ku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Pengasih.” (HR Tirmidzi)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari, lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)

Dari Tsauban berkata: Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selesai solat, baginda beristighfar tiga kali." Sumber: Muslim (no. 135, 591), Abu Daud dalam Shahih Abu Daud (no. 1563), Ibnu Majah (no. 938), al-Tirmidzi dalam Shahih al-Tirmidzi (no. 300) dan al-Nasa’i dalam Shahih al-Nasa’i (no. 1336).

Al-Walid radhiallahu’anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda ? Dia menjawab: اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah (Aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah, aku memohon ampun kepada Allah)." Sumber: Muslim dalam Shahih Muslim (no. 591), al-Tirmidzi (no. 300) dan Abu Daud dalam Sunan Abu Daud (no. 2151).

"Sesiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi', akan diampuni dosa-dosanya, walaupun dia pernah lari dari medan peperangan". (HR Al Hakim)


Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa memperbanyak istighfar maka Allah Subha Nahuwa Taala akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah, al-Hakim daripada Abdullah bin Abbas)



Artikel pilihan:

Penghulu Istighfar


*

Doa elak musibah

*

Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa membaca ‘BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA’ WAHUWAS SAMII’UL ‘ALIIM’ di waktu pagi sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan kehendak Allah.” (HR Ahmad no 497)

Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah mendadak, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut.

Subhanallah.

*

Selamat Hari Raya 'idil Adha

*


Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.

- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yang berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)

- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi shollallahu 'alaihi wasallam keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'idil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi shollallahu 'alaihi wasallam apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

Salam 'idil Adha dari Lenggang Kangkung sekeluarga.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.



*

Amalan selepas solat

*
Dari Tsauban, "Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selesai solat, baginda beristighfar tiga kali." (HR Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmidz, Nasa’i). Al-Walid radhiallahu’anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda ? Dia menjawab: اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah." (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Daud)

 Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)

Daripada Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam bersabda, maksudnya, "Sesiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata yang lain, sebanyak sepuluh kali : Laa ila ha ilallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumithu wa hua 'ala kulli shyin qadir, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah.” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirnii minan narr” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)


*

Puasa Hari Arafah (9 Zulhijjah)

*

Hari Arafah adalah pada 9 Zulhijjah, hari umat Islam yang mengerjakan haji melakukan wukuf di Arafah.

- Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji.
Dari Abu Qatadah Al-Anshari -radhiallahu anhu- dia berkata:
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Rasulullah telah ditanya mengenai puasa hari Arafah (9 Zulhijjah)? maka Rasulullah menjawab : Dikaffarah(diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang(HR. Muslim no. 1162) 

- Hari Arafah hari istimewa.
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; "Tidak ada satu hari dimana Allah Taala paling ramai membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah." (Sahih Muslim)

- Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah.
“Sesungguhnya Allah memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hambaKu yang datang kepadaKu.“.(HR Ahmad)

- Digalakan berdoa dan berzikir pada Hari Arafah.


Dari Amr bin Syuaib bahwa Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Doa terbaik adalah doa di hari Arafah. Dan ucapan terbaik yang saya dan para nabi sebelum ku ucapkan pada hari itu adalah Laa ilaha il lallah hu wah dahu laa syari kalah, lahul mul ku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syay`in qadir. (Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Yang Maha Esa,Tiada sekutu bagi-Nya, Bagi-Nya kerajaan dan pujian, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu). (HR. At-Tirmizi)
Moga ada manfaat.







Link pilihan :

Keajaiban di Padang Arafah

Kelebihan Bulan Zulhijjah

Hari Raya 'idil Adha




*

Software Belajar Tajwid Percuma

*



Sila DOWNLOAD -> DI SINI


Kepada pemilik software ini, Lenggang Kangkung ucapkan jazaa kAllahu khaer (moga Allah membalasmu dengan kebaikan).

*

Kelebihan Bulan Zulhijjah

*

Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram. 

Bulan-bulan Haram dalam Islam ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).


Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (HR. Bukhari)

"Tidak ada hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk beribadah kepadaNya melebihi sepuluh hari bulan Zulhijjah. Berpuasa pada setiap hari daripadanya menyamai ganjaran berpuasa setahun, dan beribadah pada setiap malam daripadanya menyamai ganjaran beribadah pada Lailatul Qadr." (HR. Imam at-Tirmidzi)

"Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil (La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR. Imam Ahmad)

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah. "Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (HR. Muslim

Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (HR. Muslim)

Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (HR. Muslim)

Wallahu a'lam.




Link pilihan :

Kelebihan Bulan-bulan Haram

Kelebihan Hari Arafah (9 Zulhijjah)

Kelebihan Ibadah Korban




*

Popular Posts