Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Derhaka kepada ibu bapa


Allah berfirman, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah." (al-Ahqaf: 15)

Nabi saw. bersabda, " Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim)

Allah berfirman, "Allah melarang kamu daripada menyembah selain kepadaNya dan menyuruh supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya "ahh" dan janganlah kamu membentak mereka tetapi ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. (Al- Isra': Ayat 23)

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu kamu". (HR Bukhari no: 5975 Kitab al-Adab)

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bertanya, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Mempersekutukan Allah. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Semua dosa akan ditangguhkan pembalasan sampai nanti hari kiamat, kecuali derhaka kepada ibu atau bapa, maka sesungguhnya Allah akan segerakan pembalasan kepada pelakunya dalam hidupnya (di dunia) sebelum dia meninggal dunia." (HR Hakim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga orang yang tidak akan masuk syurga: 1) orang yang derhaka kepada ibu bapanya. 2) lelaki yang dayus. 3) perempuan yang menyerupai laki-laki." (HR Nasa'i, Bazzar dan Hakim)



Link pilihan:

Cara berbakti kepada ibu bapa yang sudah meninggal dunia

Dosa sesama manusia

*

11 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
YA ALLLAH, AMPUNILAH DOA KEDUA IBU BAPAKU. HIMPUNKAN ROH MEREKA DI KALANGAN ORANG2 YG BERIMAN.

rizki said...

Assalamualaikum
mari instrospeksi diri,bahagiakanlah kedua orang tua kita.
salam kenal

Cebisan said...

Terima kasih atas peringatan

atuk said...

Assalamualaikum

peringatan yg berguna...

Wassalam

zaharizam said...

terimakasih kerana nasihat yg paling jadi peringatan pada anak anak zaman sekarang.

Ruziatun said...

terima kasih atas makluman....

YOUsoF said...

SubhanaAllah.. Sungguh besar dosa derhaka kepada mak bapak kan..


Terima kasih perkongsiannya.

Anonymous said...

terima kasih diatas peringatan

MegaHertz_Hafiz said...

Nice post...moga sama2 dapat ambil iktibar...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum saudara-saudaraku,
bagaimana pula jika kiranya ibu yang membangkitkan perasaan rasa kecewa dan marahnya anak? sedangkan anak itu bersungguh-sungguh untuk berbakti kepada ibunya dan menyedari hakikat bahawa 'syurga di bawah kaki ibu'.
Sebagai contoh, anak yang tinggal sebumbung dengan ibunya kerana kematian suami/bapanya. Anak rela melepaskan pangkat yang baru disandang naik, kepercayaan majikan tanpa belah-bagi, demi ibunya yang disayangi. Dengan nekadnya juga si isteri yang bekerja berpindah bersama.
Anak memelihara dan menjaga ibunya tanpa menginginkan apa-apa imbuhan semuanya kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang anak.
Namun, ketika anak dalam keperluan* si anak di cemuh/hina. Anak itu bukannya malaikat yang tiada perasaan, jika bertanyakan pendapat sesiapa sekalipun bahkan ustaz atau imam-imam pasti jawapannya, 'sabarlah..' bersabarlah... hakikatnya, kepada siapa yang merasai adakah mampu untuk bersabar? apakah kamu tiada perasaan?
Namun, kerana Allah swt dan RasulNya, si anak terpaksa berhati-hati dalam tuturnya, lebih baik diam.. berkata hanya yang perlu kepada ibunya, langkah kerjanya, tiada lagi gelak tawa sembang berbual yang rancak mahupun makan bersama bagi mengelakkan ibu 'melepaskan kata-kata ibarat doa tanpa hijab dengan Allah swt' jika ada yang tidak kena pada hati si ibu, kerana ibunya begitu mudah untuk melepaskan kata-kata yang mungkin merugikan si anak dunia akhirat(nauzubillah). Kini si anak memilih antara dua, terus berpura-pura atau tinggal di rumah yang lain. Bantulah anak ini, dia tidak mahu manjadi anak derhaka.

*keperluan 1; ketika anak sakit dan ingin meminjam sedikit wang dan akan membayar semula apabila telah menerima wang gaji pada akhir bulan, anak di cemuh, sedangkan si ibu terbang ke Indonesia makan angin! 2 hari kemudian anak dimasukkan ke hospital swasta, wang pendahuluan kemasukkan wad di pinjam dari saudara sebelah isteri.
*keperluan 2; kenderaan si anak rosak dan ingin memohon pertolongan ibunya, jawapannya sungguh menyayat hati! "aku bukan cop duit!" sedangkan itulah kenderaan yang digunakan bersama untuk sebarang keperluan..

dari dua perkara di atas, anak telah menyatakan " JIKA SAYA ADA CUKUP DUIT, SAYA TIDAK MINTAK PADA MAK.., SAYA CUMA MEMINJAM UNTUK SEMINGGU DUA DAN SAYA AKAN GANTI SELEPAS MENERIMA GAJI NANTI.." sedangkan orang lain yang meminjam namun tidak pernah berbayar masih boleh si ibu memberi kali kedua.. kerana apa? entahlahh.

Anonymous said...

ya allah. moga saudara/ri dianugerahkan kesabaran yang tinggi untuk redha dan lulus dalam ujian ini.

Post a Comment

Popular Posts