Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Amalan selepas solat

*
Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)

*

17 comments:

  1. saya mohon share tazkirah yang anda ada di blog ini ya. terima kasih
    norlita zaiyana

    ReplyDelete
  2. Mohon share semua tazkirah ni. Alhamdulillah byk mbantu.semoga admin sentiasa dalam redha Allah s.w.t

    ReplyDelete
  3. Mohon share semua tazkirah2 yg ada di blog ini ye sbg rujukan sy n pembaca...smoge tuhan sj yg dpt membalas jasa penulis blog ini...same2 la kite menyebarkan ilmu islam ini....

    ReplyDelete
  4. Mohon share semua tazkirah dalam bolg ini untuk semua umat yang melayari blog : Ustaz Ss Muhtadin. Terima Kasih

    ReplyDelete
  5. subhanallah, trima ksehh. ini sngat membantu :)) alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. Mohon share semua tazkirah dalam blog ini untuk sama2 kita menyebarkan agama Allah..semoga admin dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  7. apa yg tertulis dgn bermulanya huruf alif adalah ilmu,sama sama kita berkongsi,sampaikan.....serta amalkan selalu.

    ReplyDelete
  8. AKAl mengawal NAFSU itulah makhluk yang dipanggil MANUSIA,sebaliknya NAFSU mengawal AKAL adalah makhluk yang dipanggil ORANG U.....!

    ReplyDelete
  9. Saya ijin copy ya admin, semoga allah limpahkan kebaikan untuk saudara, amieen

    ReplyDelete
  10. Mohon share & copy... Terima kasih...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,mohon share n copy.tq :)

    ReplyDelete

Popular Posts