Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Makna TAQWA

*


Taqwa itu berkaitan dengan sikap kepatuhan seseorang terhadap perintah Allah dan RasulNya, baik perintah itu berupa suruhan atau larangan.

Secara ringkas orang yang bertaqwa ialah orang yang menjunjung dan patuh kepada semua perintah Allah.

Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:
- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah).
- Kedua, bermakna taat.
- Ketiga, mengandungi maksud menyucikan hati daripada dosa.

Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudarat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

Definisi taqwa yang terindah adalah yang diungkapkan oleh Thalq Bin Habib Al’Anazi:

العَمَلُ بِطَاعَةِ اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، رَجَاءَ ثَوَابِ اللهِ، وَتَرْكِ مَعَاصِي اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، مَخَافَةَ عَذَابِ اللهِ

“Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah (dalil), mengharap ampunan Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah (dalil), dan takut terhadap azab Allah”. (Siyar A’lamin Nubala, 8/175)


*

10 ulasan:

  1. As'salamualaikum , iznkan sya share . trma kash

    BalasPadam
  2. diantara ciri-ciri wahabi yang lain : " mereka selalu mengajak umat pada kebahagiaan dunia dan akhirat "

    BalasPadam
  3. Secara peribadi saya memahamkan taqwa adalah derjat ehsan dlm hadis Umar r.a. (berkenaan Islam, Iman dan Ehsan), yg mana seseorg dpt merasakan Allah swt sentiasa mengawasinya, yg kerananya dia merasa takut dan gerun utk melakukan sesuatu yg menimbulkan murkaNya atau sesuatu yg tidak disenangiNya dan sentiasa pula berusaha melakukan perkara perkara yg disukai dan diredhaiNya. Bila ada ketelanjuran melakukan "saiiah" (perkara buruk) segera dia minta ampun dan bertaubat. Ungkapan pendeknya bg taqwa itu adalah "khasyatillah", takut tp menghampirkan diri kpdNya, bukan "khauf" iaitu takut yg kerananya menjauhkan diri. WaAllahu'alam !

    BalasPadam
  4. Antara ciri ciri org bertaqwa (utk kita mengenalinya) yg sudah semestinyalah seorg yg muslim dan mukmin,
    1. Bersifat pemurah dlm keadaan senang dan susah
    2. Penyabar tidak mudah marah (menahan marah)
    3. Pemaaf, mudah memaafkan, tidak berdendam
    4. Suka berbuat kebaikan, menolong, membantu, memudahkan org lain
    5. Sentiasa ingat kpd Allah swt, yg bila melakukan kesalahan dan dosa segera ingat, minta ampun dan bertaubat.
    Demikian yg dpt disimpulkan dr ayat ayat 134, 135 Surah Ali Imran.
    Mk akasnya, tidaklah org bertaqwa itu bakhil, tidak juga mudah marah, tidak juga pendendam sukar memaafkan, tidak juga yg suka mempersulitkan urusan, dan bukan juga yg jenis sering lalai dan melupakan dosa dan kesalahan.
    Bgmnkah kita ?

    BalasPadam
  5. ijin menyimak dan berguru untuk menambah wawasan sekaligus persaudaraan salam kenal dan hormat admin

    BalasPadam
  6. Fahaman saya ttg taqwa ;
    Sentiasa ingat kpd Allah swt dan berhati hati dlm menjalani kehidupan agar tidak mendtgkan murka Allah swt.
    Sentiasa melakukan dan mencari jalan yg mendtgkan suka Allah swt kpdnya.
    Sentiasa minta ampun dan taubat di atas segala dosa kesalahan dan kelemahan serta kelalaian diri.
    Meyakini Allah swt sentiasa Mengawasi dirinya.

    BalasPadam
  7. Takut dan harap kpd Allah swt.

    BalasPadam
  8. Beramal tanda Islam,
    Bersungguh dan ikhlas tanda iman,
    Akhlak yg baik tanda taqwa.

    BalasPadam
  9. Beza "allazina aamanu" dgn almukminun ,

    allazina aamanu, org org yg ada iman dlm hatinya (walau mungkin sedikit, tipis, cacat dan tidak sempurna), yg mengakui, percaya dan yakin kpd rukun iman yg enam, iaitulah org org Islam, ahli Kalimah Syahadah.
    almukminun adalah org org mukmin, yg sempurna imannya. Bukan hanya percaya dan yakin dgn rukun iman yg enam, tp juga yg khusyuk solatnya, menunaikan zakat, meninggalkan yg sia sia, menjaga kehormatannya, menepati janji janjinya, amanah, menjaga solat, gementar hatinya bila diperingat dgn Allah swt dan bertambah imannya bila mendgr ayat ayat Allah swt dibacakan kpdnya.

    Beza "allazinattaqa" dgn almuttaqun,

    allazinattaqa, org org yg ada rasa taqwa dlm hatinya, ada rasa takut dan harap kpd Allah swt, takut akan MurkaNya, Ketidak-PedulianNya, takut akan azab azabNya, sentiasa pula mengharap akan ampunanNya, rahmatNya dan redhaNya serta balasan baik drNya, yg kerananya dia sentiasa berusaha menunaikan dan melaksanakan segala perintah, suruhan dan anjuranNya, serta berusaha menjauhi segala larangan dan tegahanNya. Semestinyalah dia seorg yg bukan sahaja muslim tp juga seorg mukmin sejati.
    almuttaqun adalah org org yg bertaqwa, yg sempurna taqwanya, semestinya seorg muslim dan mukmin sejati yg sempurna imannya, taat dan patuh kpdNya, memperbnyk yg disukaiNya, berusaha keras menjauhi yg dibenci dan dimurkaiNya, segera minta ampun dan taubat bila tersalah terlanjur melakukan yg terlarang, ditambah dgn bersih hatinya mulia akhlaknya, jauh dr sifat sifat yg tercela, tenang tawaddu', pemurah, penyabar, pemaaf dan penyantun orgnya, sentiasa syukur dan qana'ah dgn apa pun ketentuan takdir Tuhan atasnya.

    Moga ada manfaat.

    WaAllahu'alam !

    BalasPadam

Popular Posts