Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Api

*
Nabi saw. bersabda, “Api yang kamu nyalakan di dunia ini hanya sepertujuh puluh dari panas api neraka. Kalau sebahagian kecil sahaja api neraka jatuh ke dunia nescaya mendidih air laut kerana panasnya.” (HR. Muslim)



Wallahu a'lam,



Link pilihan:

Kelebihan Hari Jumaat

Neraka



*

Hutang

*

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang lelaki yang bersedekah dan orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia." (al-Hadid :18)

Firman Allah bermaksud: "Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan." (al-Maidah: 2)

Firman Allah, “Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan sedekahkah (halalkan sebahagian atau semua), itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (al-Baqarah: 280)

Sabda Rasulullah saw., "Orang mampu, yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman." (HR Bukhari)

Sabda Rasulullah saw., "Bagi orang berkemampuan, melewatkan pembayaran hutang adalah zalim, halal ke atas mereka dihukum". (HR Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban)

Sabda Rasulullah saw., "Sesiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun sesiapa yang meminjam dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" (HR Bukhari)

Sabda Rasulullah saw., “Jiwa orang mukmin itu tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskannya.” (HR Muslim)

Sabda Rasulullah saw., "Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya." (HR Bukhari, Tarmizi, An- Nasai' dan Ibn. Majah)

Sabda Rasulullah saw., "Demi yang jiwaku ada ditanganNya, seandainya seorang laki-laki terbunuh di jalan Allah, kemudian dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi dua kali, dan dia masih ada hutang, maka dia tidak akan masuk syurga sampai hutang itu dilunaskan." (HR. Ahmad)



Artikel pilihan:

Tidak dapat masuk syurga jika tidak mahu bayar hutang


*

Abu Lahap

*

Abu Lahap adalah musuh utama Nabi saw semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi saw dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahap sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi saw sehingga berusaha agar Nabi saw dibunuh.

Firman Allah, “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.” (Al-Lahab: 1 – 5).

Abu Lahap adalah bapa saudara Nabi saw. Nama sebenar Abu Lahap ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Abu Lahab adalah abang kepada ayahanda Nabi saw, Abdullah bin Abdul Mutalib.


Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Mutalib bermimpi bertemu Abu Lahab dan Abbas bertanya padanya, “bagaimana keadaan mu?”, Abu Lahab menjawab, “aku sedang disiksa, tetapi pada setiap hari isnin siksaan ke atas aku diringankan kerana pada hari kelahiran Muhammad saw., aku telah membebaskan hambaku Tsuwaibah kerana sangat gembira dengan kelahirannya”. (Sahih Bukhari no.4813)

Manusia yang zalim pun diberi keringanan siksaan kerana pernah gembira dengan kelahiran Nabi saw.



*

Hidupkan Sunnah

*



Dari Anas ibnu Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa menghidupkan sunnahku maka dia benar-benar mencintaiku, sesiapa yang mencintaiku maka dia akan bersamaku di syurga." (HR. Tirmidzi)

*

Amalan Bangun Tidur

*

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (HR. Muslim)


Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda akan membaca Alhamdulillahil lazi ahyana ba' dama ama tana wailai hin nushur (Segala puji Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan(tidur) kami dan kepadaNya tempat kembali). (HR Bukhari)

Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum dia mencucinya tiga kali.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Link pilihan:

Adab Menguap



*

Cara Nabi tidur

*
Waktu Nabi Muhammad saw. hendak tidur, lazimnya baginda meletakkan tapak tangan kanannya di bawah pipi kanannya. (HR Thabarani)

Nabi Muhammad saw. bersabda, "Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Bukhari dan Muslim)


Wallahu 'alam.



Link pilihan:

Dilarang tidur meniarap



*

Berwuduk sebelum tidur

*

Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu hendak tidur, hendaklah berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wuduk untuk melakukan solat." (HR. Bukahri dan Muslim)




Link pilihan:

Kelebihan berwuduk

Tidur adalah ibadah



*

Dilarang tidur meniarap

*
Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)

Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Wallahu a'lam,



Link pilihan:

Tidur adalah ibadah



*

Tidur adalah Ibadah

*
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Wallahua'lam.




Link pilihan:

Baca Ayat Kursi sebelum tidur

Istighfar sebelum tidur

Berwuduk sebelum tidur

Doa sebelum dan selepas tidur

Masukkan air ke dalam hidung bila bangun tidur

Dilarang tidur meniarap

Cara Nabi Tidur


*

Surah Al Mulk, selamat dari siksa kubur

*
Dari Abu Hurairah, Nabi saw. bersabda, “Ada satu surah dari al qur'an yang terdiri dari tiga puluh ayat yang dapat memberi syafa'at kepada yang membacanya, sampai dia diampuni, iaitu: "Tabaarakalladzii biyadihil mulk… (surat Al Mulk)" (HR. Tirmidzi no. 2891, Abu Daud no. 1400, Ibnu Majah no. 3786, dan Ahmad 2/299).

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud, dia berkata, “Sesiapa membaca “Tabarokalladzi bi yadihil mulk” (surat Al Mulk) setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari siksa /azab kubur.” (HR. An Nasai dan Al Hakim)



Link pilihan:

Fitnah Kubur

Mati Tanpa Dosa

Doa lindung siksa / azab kubur



*

Doa lindung azab kubur

*

Dari ‘Aisyah ra., "Aku tidak lihat Rasulullah saw. selepas solat melainkan baginda meminta perlindungan daripada azab kubur”. (HR Bukhari dan Muslim)





Link pilihan:

Fitnah Kubur

Mati Tanpa Dosa

Surah Al Mulk, penyelamat azab siksa kubur



*

Mati Tanpa Dosa

*
Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan. (Every soul will taste death. Then to Us will you be returned). (Al-Ankabut: 57)

Jangan takut mati.
Yang perlu kita takuti adalah azab siksa sesudah mati.
Akan ada azab kubur, azab di Mahsyar dan azab Neraka.
Azab siksa adalah balasan untuk sesiapa yang mempunyai dosa.

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguhnya akan Kami rasakan kepada mereka yang melakukan dosa sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar)." (as-Sajadah: 21)

Untuk selamat dari azab siksa selepas mati adalah mati tanpa dosa.

Untuk mencapai matlamat mati tanpa dosa:

1. Jaga diri dari melakukan dosa. Perkara WAJIB, jangan tinggal. Perkara haram, jangan buat.

2. Segera bertaubat jika melakukan dosa.

3. Segera memohan maaf dan halal jika melakukan kesalahan kepada manusia lain.

4. Bayar semua hutang. Pastikan waris tahu hutang kita dan ingatkan mereka untuk membayar hutang tersebut jika kita meninggal dunia.

5. Sentiasa berdoa kepada Allah memohon keampunan dosa, keselamatan dan perlindungan dari siksa azab neraka dan siksa kubur.



Link pilihan:

Siksaan Neraka Yang Paling Ringan

Doa lindung azab kubur

Mati dalam keadaan Islam

Syarat diterima taubat

Persediaan Untuk Mati

Tidak Dapat Masuk Syurga Jika Tidak Mahu Bayar Hutang



*

Air dimasuki lalat boleh diminum

*
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." (Sahih Bukhari)





Link pilihan:

Lalat dan kajian saintifik



*

Krisis di Syria

*
Ya Allah, selamatkan dan damaikan saudara-saudara Islam kami di Syria.


Maklumat krisis Syria -> KLIK SINI


*

Pesanan Rasulullah saw. kepada Abu Dzar

*


Dari Abu Dzar ra. berkata, "Kekasihku, Rasulullah saw. berpesan kepadaku dengan tujuh perkara, 
(1) supaya aku mencintai orang-orang miskin dan dekati mereka,
(2) menyuruh aku melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atasku,
(3) menyuruh aku menjaga silatur-rahim walaupun mereka berlaku kasar kepada ku,
(4) banyakkan ucapan LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH,
(5) mengatakan kebenaran walaupun pahit,
(6) jangan takut celaan orang ketika berdakwah, dan 
(7) jangan meminta sesuatu apa pun dari manusia”. 
(HR Imam Ahmad)



*

La haula wala quwwata illa billah

*

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.

Rasulullah saw. bersabda, “Lahaula wala quwta illa billah adalah salah satu khazanah syurga.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah saw. bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan la hau la wala qu wata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)

*

Popular Posts