Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Banyakkan selawat pada hari Jumaat

*

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi)

Moga ada manfaat.




Link pilihan:

Kelebihan Hari Jumaat

Kelebihan Membaca Selawat



*

Tajassus (Mengintip)

*


Tajassus maknanya mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain. 

Kita dilarang menyiasat, tanya-tanya, selidik, teropong, cari salah orang lain, belum lagi larangan cerita, hebah, sampaikan..

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang tidak boleh dinodai dengan tajassus dan diselidiki cacat-cacatnya, sekalipun dia berbuat dosa, selama dilakukan dengan tersembunyi.

Sabda Nabi saw., "Sesiapa mengintip rumah suatu kaum tanpa izin mereka, maka halal buat mereka untuk menusuk mata pengintip itu." (HR Bukhari dan Muslim)

Kata ‘Abdullah bin Mas’ud: “Kita dilarang untuk mengintip, namun apabila jelas kepada kita maka kita bertindak”. (Riwayat Abu Daud)

Firman Allah: (maksudnya), "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari buruk sangka kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahan dan keaiban orang lain (tajassus) dan janganlah kamu mengumpat yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaramu yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Hujurat ayat 12)

Nabi saw. bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (HR Abu Daud)




Link pilihan:

Jangan CERITA aib orang

TUTUP aib orang lain



*

Sentuh wanita yang tidak halal

*

Nabi saw. pernah bersabda, “Andaikata kepala salah seorang dari kalian ditusuk dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya”. (HR. Ar-Ruyany dalam Musnadnya no.1282, Ath-Thobrani 20/no. 486-487 dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman no. 4544)

*

Tundukkan pandangan

*

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya". (Surah an-Nur ayat 30-31)



*

Tak peduli halal haram


Rasulullah s.a.w. bersabda; "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana mendapat harta, apakah dari sumber halal atau haram." - Sahih Bukhari
*

Baca ayat Kursi sebelum tidur

*
Nabi saw. bersabda, "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)


Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)


Link pilihan:

Kelebihan Ayat Kursi



*

Baca ayat Kursi lepas solat

*


Nabi saw. bersabda, “Sesiapa membaca ayat kursi setelah setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR ath-Thabrani)




Link pilihan:

Kelebihan Ayat Kursi

*

Nikmat yang disia-siakan

*

Sabda Rasulullah saw, “Ada dua nikmat yang selalu disia-siakan, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” [HR Bukhari]

*

Dosa sesama manusia

Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: "Siapa yang merasa pernah berbuat aniaya kepada saudaranya, sama ada berupa kehormatan badan atau harta atau lain-lainnya, hendaknya segera meminta halal (maaf) darinya, sebelum datang suatu hari yang tiada harta dan dinar atau dirham, jika dia punya amal saleh, maka akan diambil menurut penganiayaannya, dan jika tidak mempunyai hasanah (kebaikan), maka diambilkan dari kejahatan orang yang dianiaya itu untuk ditanggungkan kepadanya." (H.R. Bukhari-Muslim)



Link pilihan:

Dosa terbesar dari dosa-dosa besar

Dosa-dosa besar

Bahaya Dosa


*

Orang yang untung


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan mereka yang berpesan-pesan dengan sabar. (Surah al-‘Asr 1-3).

*

Orang yang muflis


Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis ? Sahabat menjawab, “Orang yang muflis ialah orang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.” Lalu Rasulullah menjawab, “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat tetapi dahulunya waktu di dunia dia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.” (HR Muslim)

*

Khusyuk dalam solat

*

Khusyuk bermaksud menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah, apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu tempatnya di hati.

Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat adalah sunat hukumnya.

Bagi orang yang tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal. Solatnya tetap sah cuma dia mendapat pahala yang kurang, tidak sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.

Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, "Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya." (HR. Abu Dawud)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda: ”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun kembali. Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat, dengan berkata ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!” Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR Bukhari)






Link pilihan:

Kepentingan khusyuk dalam solat

Kisah khusyuk dalam solat

Solatlah dengan tenang

Doa Sebelum Solat



*

Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah


Toma’ninah perlu dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.

Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun yang disebutkan.

Seseorang itu tidak dikira toma’ninah jika dia menunaikan solat seperti burung yang mematuk makanan.

Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, toma’ninah adalah salah satu daripada rukun solat.

Rukun solat jika ditinggalkan maka tidak sah solat.

Solat yang tidak sah, tidak perolehi apa-apa pahala.





Link pilihan:

Kesilapan ketika solat - tiada takbirratul-ihram

Takbir Yang Salah



*

Seburuk-buruk pencuri


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Seburuk-buruk pencuri ialah yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya, bagaimana mereka mencuri dalam solat? Rasulullah menjawab, mereka tidak sempurnakan rukuk dan sujud mereka (sujud dan rukuk dengan pantas, tiada toma’ninah)". (H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah)

*

Kejayaan sebenar

*

Firman Allah, "Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terselamat daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)

Kejayaan sebenar ialah terselamat dari masuk neraka.


Cara untuk selamat dari neraka:

Mati dalam keadaan Islam

Mati Tanpa Dosa


*

Kesilapan ketika solat - tiada takbirratul-ihram


Takbirratul-ihram adalah rukun solat.

Rukun solat jika ditinggalkan maka tidak sah solat tersebut.

Takbirratul-ihram adalah antara rukun bacaan iaitu rukun yang perlu di baca atau disebut.

Menggangkat tangan ketika mula solat bukanlah takbirratul-ihram.

Takbirratul-ihram ialah MENYEBUT Allahu Akbar (الله أكبر) semasa permulaan solat.

Jika tidak disebut Allahu-akbar ketika permulaan solat, maka solat itu TIDAK SAH.





Link pilihan:

Kesilapan ketika solat – Tiada toma’ninah

Takbir Yang Salah



*

Kelebihan Orang Yang Alim

*


Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim (berilmu) atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (HR Tirmidzi)

*

Popular Posts