اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Dosa terbesar dari dosa-dosa besar

*

Dari Abu Bakrah ra., Nabi saw. bersabda, "Mahukah aku beritahu kalian dosa terbesar dari dosa-dosa besar ?" (1) Syirik. (2) Derhaka kepada ibu atau bapa. (3) Membuat kesaksian palsu". (HR. Bukhari)



Link pilihan:

Syirik

Derhaka kepada Ibu Bapa

Dosa sesama manusia

*

16 ulasan:

  1. Terima kasih atas makanan jiwa di pagi hari ini.

    Syirik juga antara terbesar, cuma mungkin 3 dinyatakan ini lebih besar lagi akan dosanya.

    Moga kita semua dipelihara...

    BalasPadam
  2. Masya-Allah kian ketara di depan mata kita sekarang ini. Berbomoh, membuang ibu-bapa dan saksi fasiq di mahkamah. Takutnya....

    BalasPadam
  3. assalamualaikum :)

    thanks for sharing.

    hmm, dulu saya pernah pergi satu pusat perlindungan remaja islam. selepas solat berjemaah, mereka sama2 berzikir memuji. tapi, ada satu part yang agak sangsi sebab dia sebut nama orang. agak musykil. yela mungkin saya yang kurang ilmu ni tak tahu apa sebenarnya. tpi bila tanya orang yang lebih tahu, rupanya mereka ni dah mempersekutukan Allah sebab lebih mengagungkan nama orang tu dari Allah. am i right? maaf kalau silap.

    ~maaf, banyak bebel pulak :)

    BalasPadam
  4. semoga kita semua dipelihara dari berbuat dosa besar

    BalasPadam
  5. semoga kite terpelihara daripada buat syirik ouh .
    btw ni entry baru ,
    http://gadisbunga93.blogspot.com/2011/05/mati-itu-satu-kepastian.html

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum wrt. wbt.

    Dosa besar yang paling hampir dengan kita ialah kederhakaan kepada ibubapa...hanya sekadar menyebut "ah"...justeru itu berhati-hatilah dgn tuturkata dan tindakan (body language) kita.

    Syirik adalah dosa terbesar yang wajib sentiasa awasi. Syirik jali adalah mudah kita kesan seperti menyembah berhala. Namun syirik khafi amat terselindung yang selalu kita perbuat tanpa sedar mengundang dosa yang amat besar seperti contoh :

    seorang ibu sedang masak bubur kacang atas permintaan anak bongsunya. anak bongsunya berumur 7thn datang minta keizinan nak ke kedai beli ais krim. si ibu kata "nantilah makan bubur kacang dulu.."
    si anak tanpa mengendahkan cakap ibunya mencapai basikal dan terus berlalu.
    tiba-tiba kawan anaknya datang beritahu siibu sang anak telah jatuh ke dalam parit.
    sang ibu menangis sambil berkata "itulah tadi makcik dah kata tunggu makan bubur kacang dulu tapi dia tak dengar...ha ni kempunan bubur kacanglah jatuh parit tu.."

    perkataan "kempunan bubur kacanglah jatuh parit tu..." adalah syirik.

    sebenarnya kita telah mengucap kata-kata yg sering mengundang dosa.

    moga kita sentiasa di bawah perlindungan dan rahmat Allah SWT.

    *sekadar perkongsian.

    BalasPadam
  7. syukran atas perkongsian di pg hari

    BalasPadam
  8. kita sepanjang masa secara sengaja atau tidak telah melakukan syirik khafi. kalo ckp demam kebah sbb mkn panadol pun syirik. tapi Allah s.w.a maha pengampun. sbb tu setiap kali solat kita baca syahadah utk diperbaharui iman setiap hari..cantik tak perancangan Allah

    BalasPadam
  9. thanks for the reminder.. my ustaz ada ckp syirik ni byk org x perasan,tangkal, minta bantuan makhluk ghaib, dan lain2 itu termasuklah meminta pada selain Allah SWT.. moga2 kita semua bebas syirik..amin..

    BalasPadam
  10. Salam,
    Banyak kepercayaan melayu yang masih bercirikan hindu masih terlekat sedikit sebanyak seperti kepercayaan terhadap uri, uri ditanam dgn pen dsb, penggunaan tangkal untuk anak-anak kecil yg suka menangis, pusat bayi adik beradik disatukan utk eratkan kasih sayang...

    Wallahua'lam...

    BalasPadam
  11. bukan murtad pun... mmg syirik bahaya !

    BalasPadam
  12. thanks for the reminder.. my ustaz ada ckp syirik ni byk org x perasan,tangkal,MINTA BANTUAN MAKHLUK GHAIB, dan lain2 itu termasuklah meminta pada selain Allah SWT.. moga2 kita semua bebas syirik..amin..

    WEI.. kalau makhluk ghaib(bunian) 2 tlg kita sbb tujuan baik, cotohnye bntu drpd buat dosa
    x pe kan

    BalasPadam
  13. lihat statmen ni, fuhh... "ubat panadol tu yang melegakan demam i semalam", syirik khaffikan ? kalau statmen camni pulak "Alhamdulillah i ambil ubat panadol untuk melegakan demam". ok kan tak syirik kot.....

    BalasPadam
  14. semoga kita semua terhindar dari 3 dosa besar diatas.

    BalasPadam
  15. tk eh lah minta buniann walau apa syaratnya..tak dibuat sahabat2 nabi .. matlamat tak menghalalkan cara..bunian tu jinn

    taubatlah

    BalasPadam

Popular Posts