اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم
Allahumma inni 'a'u zubika min fitnatil masi khid dajjal - Ya ALLAH, aku pohon perlindungan MU daripada fitnah Dajjal..

Kelebihan Berselawat

*

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR. Abu Dawud dan Termidzi)

"Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

"Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sepuluh kali pada waktu pagi, sepuluh kali pada waktu petang, maka dia akan mendapat syafa'atku pada hari Kiamat". (HR Tabarani.)



Wallahu 'alam.




Link pilihan:

Syafa'at Nabi Muhammad SAW 
 
Kelebihan Hari Jumaat




*

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    terima kasih mengingati saya
    kadang2 nak cepat...tidak berselawat, terus berdoa..

    BalasPadam
  2. As'salamualaikum, izinkan sy share. JazaakALLAHu Khaira.

    BalasPadam
  3. Thanks for this article. Insya Allah sama-samalah kita mengamalkannya

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...sama2lah kita berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ...

    BalasPadam
  5. الهم صل على سيدن محمد

    BalasPadam
  6. Assalamu alaikum.
    Nemu web ini dari google waktu nyari arti dari tazkirah. Ternyata cukup banyak artikel yang bermanfaat disini. Syukran
    Salam dari Makassar, Indonesia :)

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.sama2 lah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda :)
    Kisah Saya & Shaklee

    BalasPadam

Popular Posts